Y.O.M.Y.L (27)

777 41 5
                                    


           Selepas kejadian Jared mencabul Petsie tempoh hari, barulah Petsie ada keberanian untuk bertanya kepada Dave tentang masa lalu abang tirinya. Sambil Dave bermain dengan anaknya di dalam bilik, Petsie duduk di sampingnya. Dia sebenarnya tidak mahu bercerita tentang diri Jared, tetapi kerana ingin tahu, dia pun memulakan perbualan.

        "Dave.. boleh saya tanya sesuatu?" Soalnya. Dia asyik menggaru jari jemari kerana risau Dave akan melenting.

        "Em? Tanyalah." Dave menyahut sambil bergelak ketawa dengan anak lelakinya yang kini sudah berusia beberapa bulan.

        "Err.. tentang Jared. Boleh tak awak beritahu macam mana perangai dia yang sebenarnya?" Petsie memulakan persoalan.

Dave yang sedang ketawa tadi berdengus, dia seraya memandang Petsie bila soalan tentang abangnya diajukan.

        "Hm.. okey. Dia baik, suka berkawan dan suka bergurau. Tapi saya pun kadang-kadang tak tahu apa sebenarnya dalam fikiran dia." Dave menjelaskan butir-butir diri Jared dengan tenang.

        "Betulkah awak dan dia.. pernah berkongsi teman wanita..?" Soalan itu Petsie ajukan dengan suara perlahan.

Dave tersentap, lalu memandang tajam ke arah Petsie.

        "Dari mana awak dengar cerita ni? Jared beritahu awak ke?" Dave menyoal Petsie semula.

        "Hari tu di rumah papa, dia ceritakan pada saya.. saya bukannya marah, sebab perkara tu kan dah lama berlalu, tapi saya cuma nak awak berterus terang saja.." balas Petsie.

        "Huh.. sampai ke situ pula dia beritahu awak? Kami tak pernah berkongsi teman wanita pun.. tapi.. hei.. susahlah nak cakap, saya risau awak sakit hati pula nanti," jawab Dave. Dia seperti tidak mahu menceritakan hal lalu mereka adik beradik.

       "Kan saya kata saya tak marah? Beritahulah.. jangan rahsiakan dari saya.." Petsie bersuara lembut saja.

       "Okey.. dulu semasa kami remaja, saya ada seorang girlfriend. Eh, maksud saya ex-girlfriend.. haha.." Dave tergelak pula. Dia menggaru kepala, takut Petsie akan berkecil hati.

      "Lepas tu?" Petsie semakin tidak sabar mendengar sambungannya.

Dave sedia menggapai bahu Petsie dengan dagu diletakkan pada bahu isterinya.

      "Saya bawalah dia jalan-jalan pergi ke rumah papa.. em.. di sanalah Jared pertama kali nampak ex saya. Selama dua bulan saya couple dengan gadis tu, tiba-tiba saya nampak Jared berpegangan tangan dengan dia di sebuah taman." Dave mengulas panjang. Petsie menjadi pendengar setia kepadanya.

      "Jadi apa awak buat?" Soalnya.

      "Saya marahlah, haha.. saya tanya, apa hubungan dia dengan gadis tu, tapi dia jawab.. gadis tu sendiri pergi kepada dia untuk menjalinkan hubungan. Huh.. memang saya sakit hati, benci dengan Jared masa tu. Tapi bila difikirkan semula, lebih baik saya lepaskan saja ex saya untuk dia. Awak tahu tak, sebenarnya dalam masa sebulan saya couple dengan ex saya, dia diam-diam couple dengan gadis tu. Saya tahu perkara tu pun lepas saya break-up. Mungkin sebab tu dia cakap kami berkongsi teman wanita.." terang Dave.

         "Awak maafkan dia macam tu je? Tak ada tindakan? Sebab awak sayangkan abang awak, jadi awak biarkan dia rampas segala milik awak?" Soalan bertubi-tubi Petsie acukan kali ini. Dia pula yang berasa geram.

       "Haha.. kenapa ni? Mana ada dia rampas segalanya.. girlfriend je pun. Kalau benda lain dia tak kacau. Eh, malaslah nak ungkit benda tu semua," balas Dave. Jarinya yang besar mencubit pipi Petsie.

Y'O'M'Y'L (Completed)Where stories live. Discover now