Y.O.M.Y.L (11)

1K 42 7
                                    


           Kehidupan Anzie dan Joel tidak sama lagi seperti dulu. Perkara buruk yang telah menimpa Anzie menyebabkan dia menjadi dingin terhadap suaminya. Bila Joel cuba menyentuhnya, dia akan mengelak dan memberi alasan untuk tidak bersamanya. Dia berasa malu, kotor dan jijik sekali dengan dirinya. Perasaan trauma kembali menghantui diri walaupun Quinn sudah meninggal dunia. Mak cik Stephany selalu saja menasihati Anzie supaya melupakan kejadian itu, tetapi bukan mudah bagi Anzie. Ia adalah kenangan yang sangat pahit dan sukar untuk dilupakan. Tetapi Joel faham akan situasi isterinya, dan dia sentiasa berharap agar Anzie akan pulih seperti dulu.

        "Sayang, esok kita keluar jalan-jalan, okey?" Joel memujuk isterinya yang sedang menyibukkan diri di dapur.
 
        "Em.. nak pergi mana?" Soal Anzie. Piring yang sudah digunakan, diangkat menuju ke sinki.

       "Pergi mana-mana yang awak suka.. bawa Luna dan Oliver sekali. Dah lama kita tak bersiar-siar, kan?" Suara lembut Joel itu menyentuh hati Anzie.

       "Okey.." hanya itu saja sahutan Anzie. Piring dicuci lalu disimpannya ke dalam rak almari.

Joel datang ke arahnya dan terus memeluk Anzie dari belakang kerana sudah terlalu rindu kehangatan tubuh isterinya.

        "Anzie.. boleh tak.. awak jangan layan saya macam ni? Lupakan saja hal tu.. anggap saja ia.." belum sempat Joel menghabiskan kata-katanya, Anzie membuka pelukan Joel dari badan dan terus mencelah.

        "Anggap apa..? Senangnya awak cakap? Saya kotor Joel..! Kotor..! Tolonglah faham keadaan saya..! Saya malu dengan awak..!" Bentak Anzie. Pencuci piring digenggamnya, lalu menangis di hadapan sinki.

         "Semua ni salah saya.. saya tak patut biarkan awak balik ke kabin sendirian malam tu.. sorry.." Joel menyalahkan dirinya.

          "Boleh tak jangan ungkit hal tu lagi? Saya tak nak ingat semuanya.." kata Anzie lagi.

   Prakk..!!

Joel yang panas baran, menendang kerusi meja makan dengan kuat kerana terlalu berang. Keluhannya jelas kedengaran ketika itu. Anzie terkejut, tetapi dia tetap berdiam diri.

         "Huh.. okey! Saya takkan sebut lagi..! Saya sentiasa sayangkan awak Anzie.. ingat tu! Sorry.. saya tak bermaksud nak marahkan awak, tapi Quinn dah mati! Saya nak kita mulakan hidup baru, padam semua kenangan buruk tu dari fikiran awak..!" Joel melantangkan suaranya kali ini. Gara-gara Quinn, dia dan isteri kini mulai renggang.

Anzie menangis teresak-esak tanpa memandang Joel. Joel pula terus keluar dari dapur kerana tidak mahu berbalah dengan isterinya lagi. Oliver yang berada di ruang tamu, diangkatnya lalu naik ke tingkat atas menuju ke bilik mereka.

        "Joel.. so sorry.." bisik Anzie sendirian. Mak cik Stephany segera masuk ke dalam dapur kerana terkejut dengan jeritan lantang Joel tadi.

Dilihatnya Anzie sedang menangis deras berhadapan dengan sinki. Lalu dia datang dan menegur wanita itu
   
        "Anzie, kenapa dengan kamu berdua? Tak baik bergaduh.. anak-anak kamu sedang mendengar," katanya. Bahu Anzie diusap-usap.

        "Mak cik.. apa perlu saya buat sekarang..? Setiap kali Joel sentuh saya, saya rasa seperti seorang pelacur..!" Balas Anzie. Tangisannya semakin kuat.

       "Apa awak cakap ni? Jangan fikir yang bukan-bukan.. Joel tak pernah pun sisihkan awak, kenapa awak nak mengelak dari dia? Jangan lagi fikir yang awak tu jijik atau kotor Anzie.. Joel masih mencintai awak walaupun perkara tu dah terjadi. Bukankah kamu saling faham memahami? Jangan biarkan perkara yang berlaku tu membuatkan hubungan kamu renggang.. fikirlah tentang anak-anak kamu.." Mak cik Stephany memberi nasihat panjang kepada Anzie seperti seorang ibu yang mengasihi anaknya.

Y'O'M'Y'L (Completed)Where stories live. Discover now