Y.O.M.Y.L (8)

1.3K 45 15
                                    


             Saat yang dinanti-nantikan Quinn semakin tiba, matanya tidak pernah lari dari melihat Petsie yang sedang meneran sekuat hati untuk melahirkan zuriat Dave.

          "Come on.." bisik Quinn sendirian.

Anzie menggeletar ketika itu. Lantai dipenuhi darah yang mengalir keluar dari celah kengkangan Petsie. Dia tidak sanggup melihatnya kerana dia sendiri pernah mengalami perkara itu semasa melahirkan kedua-dua orang anaknya. Anzie menutup mata dan hanya mampu berdoa agar Dave serta Joel datang segera ke situ.

       "Errmm...!!" Suara meneran Petsie semakin kuat, bibirnya diketap erat.

Akhirnya dia merasakan sesuatu keluar dari dalam rahimnya dengan perlahan! Dia dapat merasa koyakan itu ketika dia meneran kuat! Kepala itu seperti tersangkut pada celahan pembukaannya. Kesakitan itu hanya dia yang tahu dan dia hampir tidak dapat bernafas! Sekali lagi dia meneran untuk kali yang terakhir. Nafas ditarik sedalam-dalamnya, otot-otot badannya dikeraskan, lalu..

       "Errmm...!!"

    Klak...

      "Uwaa..!"

Seorang bayi telah lahir ke dunia! Suara tangisannya yang nyaring lantas didengari oleh Petsie. Dia menangis dan teringin menyambut kehadiran anak pertamanya itu, tetapi tangannya terikat! Badannya menggigil bagaikan separuh nyawanya telah hilang. Kesakitan pada badannya masih jelas terasa!

       "Huh.. huh.. huh.." nafas Petsie tercungap-cungap, badannya bersandar pada dinding. Pandangan matanya semakin kabur.

Anzie melihatnya semula. Anak itu masih bertali pusat dan terkujur pada lantai. Quinn datang ke arah Petsie lalu mengambil bayi yang baru dilahirkan itu!

        "Umm..!!" Anzie menjerit sambil meronta-ronta agar Quinn tidak melakukan apa-apa kepada anak Dave.

Petsie yang melihat perkara itu, tidak berdaya lagi. Dia sudah menjadi terlalu lemah ketika melihat bayi itu berada di tangan Quinn.

'Anak.. saya..'

Petsie berbisik di sudut hati bersama dengan air matanya yang berlinangan di pipi. Perlahan-lahan, matanya tertutup lalu dia pengsan di hadapan Quinn!

'Petsie bangun! Bangun!'

Jerit Anzie di dalam hatinya bila melihat keadaan Petsie yang tidak bergerak lagi.

Quinn langsung tidak punya perasaan kasihan terhadap wanita yang baru bergelar ibu itu, dia lantas menarik tali pusat bayi itu sehingga tembuninya turut keluar dari dalam rahim Petsie! Tangannya dilumuri darah anak kecil yang baru dilahirkan.

         "Aw.. comelnya awak. But your dad will never see you, baby.." kata Quinn kepada bayi itu sambil memegang jari jemari kecilnya.

Lalu dia datang ke arah Anzie dan menunjukkan wajah bayi itu kepadanya. Anzie terlalu kasihan melihat anak kecil yang memerlukan kedua ibu bapa di sampingnya, tetapi lelaki celaka itu yang telah menyambut kelahirannya!

         "Anzie.. kan bagus kalau anak ni, kita yang punya?" Quinn berkata kepada Anzie. Kain pada mulutnya dibuka supaya Anzie dapat berbicara.

         "Awak dah gila Quinn!! Apa awak nak buat dengan anak Dave!? Dia baru lahir, awak tak kasihan dengan dia ke!? Hah!?" Anzie menengking Quinn sejurus saja kain pada mulutnya dileraikan.

Quinn ketawa sinis bagaikan syaitan yang terlepas dari neraka. Pipi Anzie diusap-usapnya dengan penuh kasih dan sayang, tetapi Anzie mengelak tidak mahu disentuh.

        "Saya memang gila, Anzie. Saya akan.. kubur anak ni hidup-hidup! Saya nak Dave merana!" Bentak Quinn lalu berdiri meninggalkan Anzie di situ.

Y'O'M'Y'L (Completed)Where stories live. Discover now