Seminggu kemudian..Eliza semakin pulih dari kecederaannya, tetapi dia tidak mampu untuk berdiri serta bangun dari katil. Sepanjang doktor Bert menjaganya, dia langsung tidak berbicara dengan suaminya itu. Hatinya masih sakit bila teringat semula tentang Laura. Sudah berkali-kali doktor Bert memberitahukan hal sebenar yang telah terjadi, tetapi Eliza masih tidak mahu percaya sedikit pun. Hanya air mata saja yang menjadi sahutannya.
Hari ini, Amanina datang ke hospital setelah berulang alik dari kampung ke bandar. Doktor Bert meminta pertolongan Amanina untuk memujuk isterinya yang masih marah. Ibu bapa angkat Eliza serta kedua orang tua doktor itu juga telah berusaha memujuknya, tetapi Eliza masih berkeras kepala untuk tidak percaya satu apa pun.
Amanina masuk ke bilik Eliza dengan wajah simpati. Walaupun penat, tetapi demi memulihkan semula hubungan suami isteri itu, dia sanggup berkorban masa untuk mereka.
"Hai Eliza.." sapanya sambil mengusap jari jemari Eliza bagaikan seorang kakak.
Eliza hanya tersenyum sebagai balasan sapaan itu. Amanina mengeluh pendek, lalu dia mula berbicara.
"Hm.. saya faham perasaan awak Eliza. Bert tak bersalah.. dia tak pernah pun curang dengan awak. Perempuan tu sengaja cari pasal dengan kamu. Saya datang ni nak beritahu.. Bert sangat cintakan awak.."
Eliza masih berdiam diri. Matanya merenung tingkap yang terbuka luas.
"Saya tahu awak tak percaya dan masih marah dengan Bert. Tapi saya saksi semasa awak cuba dibunuh. Dan, saya dah kerjakan perempuan tu bagi pihak awak. Saya tahu sakit hati macam mana, Eliza. Saya pernah dicurangi.. tapi Bert, dia tak pernah lakukannya. Saya kenal dia dari kecil, dia lelaki yang baik.. maafkan saya kalau saya beritahu hal ni. Tapi mendiang isteri Bert adalah perempuan pertama yang buat dia ingin menyayangi.. lepas saja mendiang isterinya meninggal, hatinya dah tertutup. Saya.. macam tak percaya yang dia dah jatuh cinta sekali lagi selepas isterinya meninggal. Awak kena bersyukur Eliza.." Amanina mengulas panjang sekali tentang diri doktor Bert.
Eliza memandangnya lalu menangis. Ulasan Amanina itu telah menyentuh sanubarinya.
"Saya tumpang gembira buat abang sepupu saya. Dia tak pernah gembira sejak kematian isterinya dulu. Tapi awak dah buat dia berubah.. dia dah buka pintu hatinya untuk awak saja. Awak nak dia buktikan macam mana lagi supaya awak percaya? Awak nak saya belasah dia?" Ujar Amanina lagi.
Eliza tergelak bila Amanina bergurau kata. Tangannya mencapai jari jemari Amanina. Dengan suara yang masih tidak jelas, dia pun berkata.
"Kak.. saya.. sayangkan dia.." akhirnya Eliza berkata-kata. Senyuman terukir diwajahnya ketika itu.
"Ha.. kalau sayang, maafkanlah dia. Dan kalau dia buat perangai lagi, awak beritahu saja dengan saya. Biar saya kerjakan dia, haha.." balas Amanina lalu memeluk badan Eliza yang berbaring di atas katil.
Dengan perasaan senang hati, duka pahit yang tersemai di dalam diri Eliza serta merta pulih. Dia membalas pelukan itu dengan penuh keikhlasan. Jiwanya telah berjaya ditenangkan oleh Amanina. Bila Eliza terfikirkan mendiang isteri doktor Bert, hatinya pilu. Dia dapat merasakan bagaimana sakit dan sedihnya hati doktor Bert bila kehilangan orang yang sangat dia dicintai. Dan itu membuatkan Eliza kembali percaya terhadap suaminya..
~~~~~~
Dua minggu lagi hari perkahwinan Steve dan Lyezze akan dilangsungkan. Segala persiapan perkahwinan sedang dalam proses penyediaan. Dari pakaian pengantin hinggalah dekorasi hiasan pelamin, sedang Lyezze laksanakan. Dia sungguh teruja dan tidak sabar menanti hari itu tiba.
YOU ARE READING
Y'O'M'Y'L (Completed)
RandomI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 WARNING, MATURE CONTENT!! 🔞🔞 Language : Malay, English Genre : Thriller, Romance Kesinambungan dari keseluruhan cerita ANZIE termasuk special edition Dr.Bert & Dear Dave. Adakah ini kesudahan terakhir bagi...