Pada hari ini juga, Dave dan Petsie datang bersama anak mereka ke rumah bapanya seperti yang dijanjikan. Wajah Petsie muram sepanjang masa walaupun Dave cuba untuk bergurau. Perasaan tidak sedap hati sering Petsie rasakan semasa dalam perjalanan ke sana, apalagi bila mereka sudah tiba di rumah itu. Dia seakan-akan tidak mahu keluar dari kereta."Petsie.. jangan macam ni. Kita baru sampai, takkan awak nak balik?" Dave cuba memujuknya yang sudah berada di luar pintu kereta sambil mendukung Lucas.
"Hm.. Dave, saya.. hei.. tak tahulah macam mana nak cakap." Balas Petsie. Matanya tidak memandang Dave.
"Apa kata papa nanti kalau muka awak macam ni? Tak baik tau tunjukkan muka masam depan dia." Pujuk Dave lagi.
"Janji jangan tinggalkan saya seorang dalam rumah tu.." Petsie mengemukakan semula syaratnya tempoh hari.
"Haha.. ya sayang. Jomlah masuk, papa mungkin ada di dalam rumah sekarang," kata Dave. Lucas asyik merengek inginkan susu, ia membuatkan Petsie segera keluar dari kereta.
"Okey.." sahutnya lalu berjalan seiringan dengan Dave. Petsie menyeluk dan memegang erat lengan suaminya kerana takut ditinggalkan.
Dave sedar bahawa isterinya seperti takut sekali, tetapi dia cuba untuk bertenang, tidak mahu berfikir yang lain.
Tok! Tok! Tok!
Pintu rumah diketuk, ia lantas dibuka oleh Jared. Lelaki itu terpegun melihat keluarga kecil itu datang ke sana dengan membawa anak mereka. Pandangan Petsie segera dialihkan ke arah lain kerana benci melihat muka Jared. Jared tersengih sinis.
"Kamu rupanya? Ada apa datang sini? Bukan saya kata hari tu jangan datang lagi ke?" Dia seraya menyoal Dave dengan kasar seperti tidak mengalu-alukan mereka. Dia sebenarnya tidak tahu bahawa bapa mereka mengajak Dave dan keluarganya ke sana.
"Apa awak cakap ni Jared? Saya nak lawat papa, dia nak jumpa Lucas. Takkan tak boleh?" Jawab Dave. Mereka tidak dijemput masuk langsung oleh Jared.
"Ye ke? Dia tak beritahu saya pun yang kamu nak datang? Kalau saya tahu awak datang hari ni, saya akan keluar rumah." Balas Jared pula sambil berpeluk tubuh.
"Kenapa dengan awak ni Jared? Tak boleh ke lupakan perkara hari tu? Saya tak nak bergaduh dengan awak lagi, faham tak?" Dave bersuara lembut saja tidak mahu menimbulkan kekecohan di rumah bapanya.
"Huh.. saya tak perlu faham, Dave. Awak tu yang kena faham saya ni siapa. Saya tak suka dengan orang yang bermuka-muka baik, tapi.." belum sempat Jared menyindir lebih panjang, bapanya menegur mereka yang baru saja keluar dari biliknya.
"Eh Dave, kamu dah datang rupanya? Jared, kenapa tak ajak mereka masuk? Kalau nak berbual, duduk dalam rumah," katanya.
Pergaduhan kecil antara Dave dan Jared tergendala. Petsie yang dari tadi berdiam diri, berasa sakit hati sekali disindir oleh Jared si talam dua muka.
"Hai pa.." seraya Dave menyapa bapanya lalu masuk ke dalam rumah bersama dengan Petsie.
Jared kononnya berpura-pura marah dan terus masuk ke dalam bilik. Bapanya agak terkilan dengan perangai anak lelaki pertamanya itu.
"Hai.. Dave, awak dengan Jared bergaduh ke? Kenapa dia masuk bilik macam tu saja?" Soal bapanya yang langsung tidak tahu perkara yang terjadi antara Dave dan Jared.
"Eh, mana ada kami gaduh. Mungkin dia tak sihat," Dave menafikan anggapan bapanya.
"Hm.. kamu dah besar. Jangan gaduh macam budak-budak. Papa tak suka tengok kamu adik beradik tak bersefahaman," balas bapanya.
YOU ARE READING
Y'O'M'Y'L (Completed)
CasualeI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 WARNING, MATURE CONTENT!! 🔞🔞 Language : Malay, English Genre : Thriller, Romance Kesinambungan dari keseluruhan cerita ANZIE termasuk special edition Dr.Bert & Dear Dave. Adakah ini kesudahan terakhir bagi...