Jared's SE.6

863 43 19
                                    


           Air dalam cerek dipanaskan, serbuk teh dibubuh pada cawan beserta dua sudu kecil gula. Sambil itu, Jared menepiskan perasaan bodohnya terhadap Alyn. Jaketnya yang basah dibuka lalu dimasukkan ke dalam mesin pencuci kain. Seketika kemudian, air panas dituang ke dalam cawan. Jared menapis sisa serbuk teh pada segelas cawan lagi.

          "Huh.." dia menghembuskan nafas lalu berjalan ke biliknya yang dijadikan tempat Alyn berehat.

Tok.. tok.. tok..

Pintu diketuk perlahan.

       "Alyn, teh dah siap. Boleh saya masuk?" Katanya dari luar pintu.

        "Masuklah.." wanita itu menyahut dari dalam bilik.

Krakk..

Jared membuka pintu dengan pembukaan kecil saja. Dia melihat Alyn sudahpun menukar pakaiannya. Dengan perasaan gementar, Jared menghulurkan cawan berisi teh pada kepadanya.

         "Minumlah.."

         "Thank you.." balas Alyn. Dia berasa segan kerana Jared terlalu baik padanya.

Jared masih berdiri di hadapan Alyn sambil menggaru kepala.

          "Jared, sorry pasal tadi. Saya tak tahu nak call siapa lagi," ucap Alyn. Cawan pada tangan ditenung hiba.

         "Hm.. tak apa. Nasib baiklah awak ada simpan nombor telefon agensi tu. Kalau tak?" Sahut Jared.

         "Haha.. kalau tak, saya jadi pengemis di jalan." Alyn merendahkan diri diikuti ketawa kecil.

Jared lantas duduk di sebelahnya dan berkata..

         "Don't say like that, Alyn. Em.. bagilah nombor telefon awak supaya lain kali kalau awak ada masalah, senang panggil saya." Balas Jared.

Padamulanya Alyn berdiam diri saja, tetapi selepas itu dia mengambil beg tangannya yang diletakkan pada tepi tilam dan menyeluk telefon bimbitnya.

         "Ok.. apa nombor awak?" Katanya sambil menekan butang skrin telefon.

Jared tersenyum dan mula menyebut satu persatu digit nombor telefonnya. Alyn dengan segera menyimpan ia ke dalam log buku.

         "Done. Lain kali saya akan call awak terus.. thanks," ucap Alyn. Teh panas dihirupnya.

         "No problem.. eh, saya nak beritahu sesuatu," Jared ingin memanjangkan perbualan.

         "Apa dia?" Sahut si wanita kacukan.

          "Pasal lingerie yang rosak hari tu. Saya dah tahu siapa orang yang sabotaj awak," ulas Jared.

Alyn mengerut kening tajam, cara duduknya dibetulkan lalu dia bertanya.

          "Betulkah ni? Siapa orang tu? Mesti kerja Vee, kan?" Dia sudah dapat mengagak orang yang telah memfitnahnya.

         "Erm.. ya, dialah orangnya. Tapi biarlah Miss Starla yang kerjakan dia. Yang penting lepas ni, saya pasti awak akan diterima bekerja di sana semula." Terang Jared.

         "Huh.. tak sangka dia berhati busuk! Walaupun saya jahat, tapi saya tak sabotaj orang lain. Kurang ajar betul perempuan tak guna tu!" Sakit sungguh hati Alyn terhadap Vee.

Jared menepuk bahu Alyn untuk cuba menenangkannya. Alyn menarik nafas panjang. Kemarahannya mulai reda bila sentuhan pada bahagian belakangnya diulang berkali-kali. Perasaan pelik mulai timbul.. Dia dan Jared berdiam diri sejenak.

         "Err.. awak lapar tak? Saya boleh masakkan." Jared sengaja berkata supaya tidak berasa janggal.

         "Lapar sikit.. tapi awak tak nak balik ke agensi semula? Tentu Paxton cari awak sekarang." Balas Alyn.

Y'O'M'Y'L (Completed)Where stories live. Discover now