Y.O.M.Y.L (24)

880 38 18
                                    


           Prapak..!

Pintu bilik Eliza dibuka dengan ganas oleh Amanina. Doktor Bert dan isterinya terkejut sekali dengan kedatangan Amanina yang kelihatan panik dan gelisah. Bibirnya kemerah-merahan, dia terus duduk di atas bangku. Dia kerap mengeluh seperti risaukan sesuatu. Doktor Bert segera bertanya kepada adik sepupunya itu.

       "Kenapa ni? Nampak hantu ke?"

Amanina berdengus, tapi dia langsung tidak menjawab soalan itu. Badannya bersandar pada bangku sambil berpeluk tubuh. Reaksi wajahnya serius sekali. Eliza tidak berani menegur kerana takut wanita itu akan meletup bagaikan gunung berapi.

        "Nina apa dah jadi? Kenapa awak nampak takut ni?" Sekali lagi doktor Bert menyoal.

        "Ish, jangan sibuklah. Hm.. hari ni saya nak balik. Saya nak urus majlis perkahwinan customer saya." Balas Amanina. Dia tidak mahu menceritakan perkara yang baru sahaja terjadi antara dia dan doktor Jeph tadi.

         "Okey.. kirim salam dengan mama saya ya? Kalau Eliza dah sembuh, kami akan balik kampung." Sahut doktor Bert. Ibu bapa dia dan Eliza telahpun pulang ke kampung beberapa hari yang lalu.

           "Ya, nanti saya sampaikan pada mereka. Huh.. em.. saya balik dululah. Jauh nak jalan ni," kata Amanina lalu berdiri dan membetulkan bajunya.

           "Terima kasih kak, hati-hati masa memandu.." ucap Eliza.

           "Okey Eliza. Eh Bert, awak jaga dia elok-elok. Saya nak gerak dulu," jawab Amanina.

Doktor Bert hanya menganggukkan kepalanya. Tetapi seperti ada sesuatu yang sedang mengganggu fikiran Amanina ketika ini. Ia jelas sekali pada wajahnya di mata doktor Bert. Amanina keluar semula dari bilik itu dengan keadaan tergesa-gesa kerana tidak mahu terserempak lagi dengan doktor Jeph.

          "Pelik pula perangai dia. Macam risaukan sesuatu," kata doktor Bert kepada Eliza.

          "Hm.. mungkin dia fikir tentang kerja." Sahut Eliza.

Selepas itu mereka tidak berbual lagi tentang Amanina. Beberapa minit kemudian, doktor Jeph datang untuk memeriksa keadaan Eliza untuk terakhir kali sebelum tamat waktu bekerja.

          "Morning," ucapnya ketika masuk ke dalam.

           "Yes morning," kedua-dua suami isteri itu menyahutnya.

Mata doktor Jeph memandang sekeliling seperti mencari seseorang. Doktor Bert lantas menegurnya.

          "Cari sesuatu ke?"

          "Eh? Haha.. taklah. Em.. saya nak check kondisi isteri awak." Balas doktor Jeph. Baju seragam doktornya dilihat pada bangku. Dia mengeluh pendek bila tidak mendapati Amanina di situ.

          "Oh.. okey." Sahut doktor Bert.

Kawan baiknya terus memeriksa keadaan Eliza. Selepas selesai, dia pun mengambil semula baju kerja dan memakainya. Sebelum dia bergerak keluar, dia memberanikan diri untuk bertanya doktor Bert tentang keberadaan Amanina.

          "Err.. mana sepupu awak?"

Doktor Bert tersenyum bila mendengar soalan itu.

          "Dia dah balik kampung. Baru saja tadi," jawab doktor Bert.

          "Dah balik? Awalnya.. dia tak nak datang sini lagi ke?" Doktor Jeph kelihatan agak kecewa sedikit.

          "Haha.. dia ada kerja nak diurus. Rasanya dia tak akan datang lagi. Kecuali kalau saya panggil," ulas doktor Bert. Dia dapat menangkap apa yang sedang difikirkan kawannya itu.

Y'O'M'Y'L (Completed)Where stories live. Discover now