Pagi itu Jared sengaja bangun awal tidak seperti kebiasaannya. Bingkai gambar yang memaparkan perempuan berbogel di dinding diturunkan. Dia serta merta membuang kesemuanya di tempat pembuangan sampah."Okey, done. Sesiapa nak ambil, ambil saja." Katanya sendirian lalu masuk ke dalam rumah kecilnya semula.
Dia yang tidak pernah mengemas rumah, tiba-tiba menjadi rajin pada hari ini sebelum Alyn bangun dari tidur. Semalam wanita itu tidak keluar dari bilik selepas makan malam bersamanya. Jared tahu, pasti Alyn masih bersedih dengan hidupnya. Dan dia akan cuba untuk melayan wanita itu seperti seorang puteri walaupun dia bukanlah lelaki terbaik dan sempurna.
~~~~~~
"Hm?"
Alyn terpaku melihat keadaan rumah kecil itu tampak bersih dari hari kemarin. Dia baru saja keluar dari bilik untuk menolong si lelaki pelik mengemaskan rumah. Tetapi semuanya sudah dibereskan.
Trang.. tang.. tang..
Kedengaran periuk berbunyi-bunyi di dalam dapur. Alyn bergerak perlahan-lahan ke arah dapur untuk mengintai.
"Huh, rajinnya?" Dia berbisik ketika terlihat Jared menyibukkan diri mencuci periuk di sinki.
Tanpa dia sedari, Alyn masuk ke dalam dapur dengan senyuman sinis.
"Sibuk ke?" Alyn menegur.
Pranng..!
Jared tersentak dengan teguran di belakangnnya hinggakan periuk terhentak pada muka sinki. Dia terus menoleh ke belakang.
"Err.. hai.. morning. Haha.. taklah sibuk sangat," balasnya sambil mempercepatkan tangan mencuci periuk.
"Tinggalkan saja kerja tu semua, nanti saya tolong bersihkan," kata Alyn.
"Eh, tak payah. Nanti tangan awak kotor," balas Jared.
Alyn mencebik bibir. Kata-kata itu seperti sindiran pula baginya.
"Awak ingat saya tak pandai cuci periuk ke?"
"Ah.. diamlah. Lebih baik awak duduk sana, nanti saya sediakan sarapan." Jared ketara sekali tidak mahu ditolong.
Tapi Alyn tidak mahu mendengar kata. Dia serta merta datang ke sinki dan menolak badan Jared ke tepi.
"Sana, awak yang patut bersarapan sebab nak pergi bekerja," katanya. Span pencuci periuk dirampas dari tangan Jared.
"Haha.. seronoknya kalau ada isteri. Bila kita nak kahwin ni?" Jared memulakan gurauan di awal pagi.
Pok!
Kepalanya terus dihumban menggunakan span bersabun. Buih-buih cucian tertempel pada dahi Jared. Alyn memandang tajam padanya.
"Ahh! Just kidding okey!?" Kata Jared sambil mengesat buih pada dahinya.
"Awal pagi dah buat orang panas. Lebih baik awak keluar dari sini," jawab Alyn.
Jared tergelak lagi tapi dia tidak berganjak dari situ, malah dia bersandar pula di tepian sinki sambil memerhatikan Alyn mencuci periuk.
"Boleh tak jangan tenung saya macam tu? Awak tak ada telinga ke? Saya kata pergi kan?" Alyn bernada kasar. Dia tidak peduli Jared sakit hati ataupun tidak kerana dia berasa tidak selesa diperhatikan.
"Telinga saya ada, tapi malaslah nak dengar arahan awak, haha.." balas Jared.
Sekali lagi Alyn ingin menghumbannya menggunakan span, tetapi Jared pantas menyambut tangannya. Alyn ditarik kuat sehingga berhadapan dengannya!
YOU ARE READING
Y'O'M'Y'L (Completed)
RandomI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 WARNING, MATURE CONTENT!! 🔞🔞 Language : Malay, English Genre : Thriller, Romance Kesinambungan dari keseluruhan cerita ANZIE termasuk special edition Dr.Bert & Dear Dave. Adakah ini kesudahan terakhir bagi...