Y.O.M.Y.L (18)

917 43 19
                                    


           "Jadi, apa keputusan kamu encik Joel?" Doktor yang merawat Anzie bertanya setelah memeriksa keadaan isterinya.

Joel diam, matanya melirik ke arah Anzie yang sedang berbaring di atas katil. Mereka masih belum membuat keputusan lagi, kerana Anzie langsung tidak mahu berkata-kata.

         "Erm.. kami belum dapat buat keputusan lagi  doktor.. saya akan berbincang semula dengan isteri saya," balas Joel.

Doktor itu mengeluh pendek. Lalu dia berkata semula.

       "Baik encik. Tapi, saya harap kamu dapat berikan jawapan lebih awal sebab kanser tu akan menjadi lebih teruk kalau dibiarkan. Semuanya terpulang dari kamu berdua, dan saya harap kamu dapat memaklumkan saya secepat yang mungkin," ujar doktor itu lagi.

Anzie hanya mendengar perbualan itu tanpa mencelah sedikit pun. Jari jemarinya mengusap-usap perut. Joel menganggukan kepalanya tanda faham. Seketika kemudian, doktor yang merawat Anzie pun beredar dari bilik pesakit itu.

Joel duduk di tepi tilam, lalu membelai rambut isterinya. Wajah ayu Anzie tidak lagi seceria dulu. Ia pucat dan kusam, kerana penyakit yang dialaminya. Joel mengucup pipinya dan mula berbicara tentang kanser rahim itu.

       "Sayang.. awak kena buat keputusan yang betul.. saya merayu pada awak.. tolong jangan tinggalkan kami," ucap Joel. Mata putihnya mulai kemerah-merahan ketika merenung Anzie.

Anzie memandang Joel dengan penuh hiba. Air matanya jatuh ke pipi saat Joel berkata seperti itu.

       "Tapi anak ni.. kasihan.." Anzie menjawab dengan suara serak.

       "It's okey Anzie.. lepaskanlah dia.. sebab, saya tak mahu kehilangan awak.. awak adalah hidup saya, dan anak-anak kita perlukan awak.. please?"  Joel merayu kepada Anzie untuk tidak meneruskan kandungannya.

Anzie tidak mampu berkata-kata lagi. Hanya tangisan menjadi jawapan bagi rayuan Joel. Suaminya memeluk dia dengan penuh kasih sayang.

       "Please Anzie.. please.." Joel masih merayu diiringi tangisannya.

        "Joel.. kenapa nasib saya macam ni? Sejak kecil lagi ibu bapa saya pergi tinggalkan saya sendirian.. mama awak juga tinggalkan kita.. sekarang, saya pula kena tentukan hidup dan mati saya sendiri.." ulas Anzie. Sebak sungguh ayat yang diulasnya hinggakan Joel menangis deras dalam dakapan Anzie.

        "Awak ada saya Anzie.. saya tak akan tinggalkan awak. Dan.. saya merayu lagi pada awak, jangan biarkan saya hidup sendirian.. sanggupkah awak tengok saya macam ni? Sanggupkah awak tengok Luna dan Oliver membesar tanpa ibu? We really need you.. i need you.." Balas Joel.

Tangan Anzie semakin memeluk erat pada badan Joel. Bila nama anak-anak mereka disebut, semangat Anzie kembali kuat! Apa yang dikatakan Joel itu memang benar, bahawa mereka memerlukan dirinya sebagai permaisuri di dalam keluarga kecil mereka.

        "Ba.. baiklah.. saya akan lakukan pembedahan tu.." akhirnya Anzie membuat keputusan yang sepatutnya.

Joel lantas mengucup-ngucup kulit muka Anzie tanda berterima kasih. Jawapan Anzie membuatkan dia gembira tidak terhingga!

        "I love you, Anzie! I love you..! Thank you..!" Ucap Joel sambil tersenyum girang.

Anzie membalas senyuman suaminya. Walaupun sedih untuk melepaskan anak dalam kandungannya, namun di sudut hati dia meminta keampunan dari-Nya. Ia bukanlah keputusan yang mudah, tetapi demi Joel, Luna dan Oliver, dia harus meneruskan hidupnya..

Pada hari itu juga, Joel telah memaklumkan keputusan mereka kepada doktor. Pembedahan ke atas diri Anzie untuk membuang rahimnya yang ditakluki kanser akan dijalankan pada keesokan hari.

Y'O'M'Y'L (Completed)Where stories live. Discover now