Y.O.M.Y.L (30)

881 32 3
                                    


Waktu yang sama di kampung halaman doktor Bert...

         "Huaah...!" Doktor Jeph mengaum sambil mendepakan tangannya setelah sampai di kampung doktor Bert. Badannya direnggangkan sedikit kerana terlalu lama duduk di dalam kereta.

Matanya memandang sekeliling kawasan rumah keluarga kawannya yang indah. Dia sungguh teruja melihat keindahan alam di situ.

       "Dah tengah hari pun masih rasa sejuk.. huh.. seronoknya kampung Bert ni." Dia bercakap sendirian ketika berada di luar kereta.

       "Hoi apa awak bebel sana? Jomlah masuk, tak lapar ke?" Tegur doktor Bert yang sedang memegang lengan Eliza.

        "Oh? Hehe.. okey. Cantik rumah awak ya?" Puji doktor Jeph.

        "Thanks.. ini rumah bapa saya, saya tumpang je. Haha.." balas doktor Bert.

Doktor Jeph pun mengekorinya dari belakang lalu bertanya sambil menggaru telinganya.

        "Err.. rumah sepupu awak mana?"

        "Haha.. saya dah agak awak akan tanya soalan tu. Eh, belum masuk rumah kami awak tanya di mana rumah dia pula," usik doktor Bert sambil tergelak.

Eliza turut terketawa dengan perbualan dua orang lelaki itu. Timmy pula berlari masuk ke dalam rumah tanpa mengetuk pintu kerana merindui nenek dan datuknya.

          "Hehe.. saya tanya je.. bukan nak jumpa pun.. hm.." jawab doktor Jeph. Dia masih menafikan tujuannya ke kampung itu. Padahal, berkobar-kobar keinginan hatinya untuk berjumpa dengan Amanina.

Doktor Bert menjeling sinis pada kawan baiknya itu. Dia tahu kawannya itu acah-acah saja tidak endahkan Amanina.

        "Nanti saya jemput dia datang makan malam di sini," sengaja doktor Bert berkata seperti itu untuk melihat reaksi kawannya.

Doktor Jeph lantas tersenyum lebar. Dengan muka yang ceria, dia terus mencelah.

        "Eh, betul ke? Haha.. baguslah tu. Tapi Bert, jangan beritahu saya di sini. Nanti dia tak mahu datang pula," entah apa rancangan doktor bertubuh sasa itu lagi terhadap Amanina.

Doktor Bert tergelak sakan dengan kata-kata doktor Jeph.

        "Hm.. ya, ya.. i will not tell her." Balas doktor Bert.

Kawannya itu tersenyum-senyum bagaikan sedang dilamun cinta. Padahal dia tidak tahu apakah perasaan Amanina terhadapnya.

~~~~~~~~

          Petang sudah pun menjelang tiba. Selepas bersiar-siar bersama doktor Bert serta melawat kubur mendiang ibu bapa Eliza, mereka pun pulang semula ke rumah keluarga doktor Bert. Dia telah menghubungi Amanina yang dia ingin menjemputnya untuk makan malam bersama nanti. Tetapi tentang kedatangan doktor Jeph ke situ, dia sembunyikan dari Amanina. Jika wanita bengis itu tahu doktor Jeph ada di rumah mak ciknya, pasti dia tidak akan datang. Itu yang bermain di dalam fikiran doktor Bert.

        "Jeph, Jeph.. hm.." keluh doktor Bert. Dia berasa lucu sekali bila teringatkan kawannya itu.

Dia tidak pernah melihat doktor Jeph begitu teruja sekali untuk memikat wanita. Tapi yang ingin dipikatnya pula bukan wanita sembarangan. Sifat Amanina memang amat berbeza sekali berbanding wanita lain. Walaupun bukan ahli tinju, namun dia dapat menumpaskan musuhnya begitu saja. Doktor Jeph bernasib baik kerana berpengalaman dalam seni mempertahankan diri. Kalau tidak.. pasti dia juga cedera teruk oleh Amanina.

~~~~~~~

Malam itu, selepas saja doktor Jeph selesai mandi, dia terdengar suara sapaan wanita dari ruang tamu. Dia lantas bersembunyi disebalik dinding untuk memastikan suara itu milik wanita yang disukainya ataupun bukan.

Y'O'M'Y'L (Completed)Where stories live. Discover now