Segala kerja rumah telah selesai disiapkan oleh Celine termasuk makanan malam untuk dia dan Steve. Dia duduk di bangku sofa menantikan kepulangan suaminya. Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang, Celine tersenyum bila terlihat Steve di muka pintu dengan membawa bakul plastik berisi cakera padat. Ia semestinya filem yang akan ditontonnya pada waktu malam seperti selalu. Celine sudah mula mengenali lelaki itu sedikit demi sedikit dan mengetahui Steve ialah seorang kaki wayang."Hai.." sapa Celine lalu menyambutnya di depan pintu. Topi keledar dan jaket Steve dicapai dari tangan suaminya dan meletakkan ia di atas rak.
"Eh, kenapa dengan awak hari ni? Nampak happy je?" Soal Steve. Bila melihat perangai Celine seperti itu, dia tersenyum dan berasa pelik.
"Tak ada apa-apa.. tapi saya nak cakap pasal kerja," kata Celine sambil menggenggam jari jemari.
"Oh.. pasal tu pula? Jadi apa keputusan awak?" Steve bertanya lagi.
"Saya dah fikir dalam-dalam tadi. Em.. saya nak bekerja dan tolong awak. Boleh?" Jawab Celine.
"Haha.. boleh. Tapi jangan fikir yang saya paksa awak pula ya?" Balas Steve.
"Mana ada saya fikir macam tu.. saya sendiri nak kerja. Eh, saya dah sediakan makan malam. Jomlah," Celine sudah semakin biasa bercakap dengan Steve. Dia tidak sejanggal dulu lagi.
Steve suka bila Celine bersikap sedemikian kerana dia juga tidak mahu berasa kekok bila berbual. Mereka pun masuk ke dalam dapur dan mula menjamah makanan yang terhidang di atas meja.
"Esok saya pujuk bos untuk ambil awak bekerja, okey?" Kata Steve semasa mengunyah makanan.
"Okey Steve. Macam tak sabar pula nak kerja, haha.." Celine kelihatan gembira sekali.
Akan tetapi perasaan Steve menjadi lain. Entah apa yang sedang bermain di fikirannya masa ini. Dia seperti tidak mahu Celine bekerja dan dia rasa menyesal pula mengutarakan cadangannya pagi tadi. Tapi bila melihat Celine teruja, dia tidak mahu menyakiti hati si gadis dan membuatkan wajah cerianya hilang. Maka, kemahuan Celine akan diturutinya esok.
*******
Kejadian tengah hari tadi diantara Jared dan Alyn..
"Nama saya Jared," kata abang tiri Dave sambil menghulurkan salam kepada Alyn.
Wanita itu menyambutnya saja tanpa rasa gelisah sedikit pun. Pada pandangan Jared, Alyn kelihatan sudah biasa dengan keadaan itu.
"So.. where can we.." Jared tidak menghabiskan kata-katanya.
"Dari awak saja, saya ikut ke mana awak bawa," balas Alyn. Ubat-ubatan dimasukkan ke dalam beg tangan lalu mengeluarkan kunci keretanya.
"Okey, awak ikut kereta saya dari belakang.." Jared tersengih-sengih waktu itu.
Alyn tersenyum. Dia pun bergerak menuju ke keretanya. Mereka saling berekoran di jalan raya. Tidak lama kemudian, Jared menghentikan keretanya di hadapan sebuah hotel murah. Begitu juga dengan Alyn. Jared kagum dengan keberanian wanita itu. Dia sangkakan Alyn akan melarikan diri saja, tetapi ia tidak sama sekali berlaku.
Jared telah menempah sebuah bilik dalam hotel tersebut. Alyn mengekorinya saja dari belakang tanpa membantah. Sesampai saja mereka di bilik itu, Jared terus melabuhkan punggungnya pada tilam sambil memandang Alyn yang berdiri di depan pintu.
"Hm.. betulkah apa yang awak nak buat ni? Demi bayar hutang yang tak seberapa banyak tu?" Soal Jared.
"Ya, kenapa? Awak takut ke?" Alyn menyoal semula. Jared menggaru kepalanya kerana tersentap.
YOU ARE READING
Y'O'M'Y'L (Completed)
RandomI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 WARNING, MATURE CONTENT!! 🔞🔞 Language : Malay, English Genre : Thriller, Romance Kesinambungan dari keseluruhan cerita ANZIE termasuk special edition Dr.Bert & Dear Dave. Adakah ini kesudahan terakhir bagi...