Y.O.M.Y.L (9)

1.2K 48 11
                                    


          "Huh..! Huh..! Huh..!!" Nafas Quinn berdengus-dengus semasa melarikan diri. Kakinya tidak pernah berhenti dari melangkah untuk mengelak dari ditangkap polis.

Semak samun diredah saja, keringat mencurah-curah dari badannya. Suara jeritan para anggota polis bergelombang di udara menyuruhnya berhenti. Tetapi dia ingkar dan masih tetap berlari selaju-lajunya.

Langkah kakinya terhenti bila dia menjumpai sebatang sungai yang luas dan dalam. Dan terdapat air terjun di hujung sungai itu. Air sungai yang mengalir, deras sekali. Lalu, dia bergegas menuju ke arahnya dan masuk ke dalam sungai sambil berenang ke arah air terjun.

Sesampai saja dia di bawah air terjun yang deras itu, dia menaiki batu-batuan besar dan bersembunyi di sebalik jatuhan air.

Joel dan pihak polis telah hilang jejaknya. Mereka terhenti di tepi sungai itu sambil memandang kiri dan kanan. Kelibat Quinn langsung tidak kelihatan lagi pada waktu itu.

        "Sial!" Maki Joel kerana tidak menjumpai Quinn.

         "Mari cari dia di sana!" Arah polis yang mengetuai pencarian itu.

Kesemua mereka berpecah masuk ke dalam hutan, dan tiada satu orang lagi anggota polis yang tinggal di tepian sungai tersebut, kecuali Joel. Nafasnya tercungap-cungap, kakinya lenguh kerana telah seharian berlari. Tetapi dia tetap kuatkan semangat! Demi membalas dendam, dia akan mencari Quinn sehingga ke lubang cacing!

Joel berjalan perlahan di sepanjang sungai itu sehingga tiba berdekatan dengan air terjun tempat Quinn menyembunyikan diri. Dia padamulanya ingin meninggalkan tempat itu, tetapi firasatnya kuat sekali menyatakan yang Quinn berada di sana sekarang. Lalu dia menjerit memanggil nama bekas kawan baiknya itu dengan suara lantang.

         "Quinn..!!" Suaranya bergema di udara, matanya memandang sekeliling.

         "Awak nak balas dendam kan!? Lebih baik awak keluar sekarang! Awak memang manusia tak guna!!" Joel menjerit lagi.

Namun, Quinn tidak menyahut. Dia tergelak di sebalik air terjun yang deras. Suara Joel yang lantang itu bagaikan bunyi air terjun yang lalu saja bagi Quinn.

         "Pengecut!! Awak pengecut Quinn!!" Joel merendah-rendahkan Quinn kerana terlalu berang.

Quinn yang mendengarnya mula panas hati. Jari jemarinya bergenggaman erat. Kebenciannya terhadap Joel kian terasa.

         "Joel.. awak nak mati ye?" Katanya. Air yang sejuk tidak dirasainya lagi.

Kemudian, dia dengan beraninya menunjukkan diri di sebalik air terjun itu. Mata Joel terbuka besar apabila terlihat sosok tubuh Quinn bermandikan air terjun sambil tersenyum sinis!

        "Tak guna, awak akan mati Quinn!!" Bentak Joel dan tanpa berlengah, dia terus masuk ke dalam sungai itu! Kemarahannya membuak-buak bila teringatkan semula apa yang telah Quinn lakukan kepada Anzie dan Petsie.

     Dushh..!

Quinn juga terjun ke dalam sungai, lalu mereka bertembung di dasar sungai yang dalam itu!

'Awak hanya sia-siakan hidup awak, Joel. Hari ini ialah hari terakhir untuk awak!'

Quinn berkata di dalam hati. Ketika mereka bertembung, Joel lantas menarik baju Quinn sehingga tenggelam di dalam air sungai!

      Gulpp..!!

Quinn turut melawan Joel dengan menenggelamkannya lagi sehingga ke dasar sungai! Sukar sekali Joel melawannya ketika itu! Nafasnya mulai tersekat kerana dia memerlukan udara. Joel kuatkan semangat dan dengan tangkasnya menarik kepala Quinn masuk ke dalam air!

Y'O'M'Y'L (Completed)Where stories live. Discover now