♧
♧
♧Tepat jam 11 malam. Jared tersedar dari tidurnya setelah terdengar ketukan pada cermin dari luar keretanya. Kehangatan dari tubuh Alyn telah menyegarkan dirinya. Wanita itu juga terlelap semasa berpelukan tadi. Angin kencang dan hujan kuat telah pun reda. Jared lantas membuka cermin apabila terlihat seorang anggota polis berdiri di samping pintu keretanya.
"Yes sir?" Sapa Jared sambil menggosok kelopak mata.
"Maafkan mengganggu encik, tapi pokok yang tumbang tu dah dialihkan. Kamu boleh bergerak sekarang," kata anggota polis yang meronda kawasan itu.
"Oh? Baiklah tuan, saya jalan sekarang. Terima kasih." Jawab Jared.
"Sama-sama.." balas polis itu lalu meninggalkan kereta Jared.
Jared tidak menyedarkan Alyn dari tidur, malah dia terus memandu keretanya ke pangsapuri. Senyumannya terukir ketika melihat Alyn yang sedang dibuai mimpi.
Tidak lama kemudian, dia pun menghentikan keretanya di tepi jalan bangunan pangsapuri. Tapi sebelum itu, dia menatap wajah Alyn selama beberapa minit. Matanya melirik bibir nipis Alyn, lalu ia tanpa sengaja melirik dadanya..
Gulp..
Jared menelan air liurnya tapi dia terus memandang ke luar tingkap sambil menggaru-garu kepala. Cuaca sejuk selepas ribut mengganggu ketenteraman dirinya.
"Fuh.." keluhan nafasnya dilepaskan.
Dia menutup mata, tapi tangannya mula bergerak perlahan ke arah paha Alyn. Ini kerana dia tidak dapat mengawal nafsu yang sedang bergolak dalam diri lelakinya! Keningnya mengerut tajam, tangannya teragak-agak untuk mengambil kesempatan pada Alyn.
"Heii.. jangan bodoh, Jared!" Makinya sendiri lalu membatalkan niat ingin menyentuh paha Alyn.
Dia tidak mahu berada lebih lama dalam keadaan itu, lalu dia mengejutkan Alyn dari tidur dengan mencubit lengan si wanita. Alyn serta merta tersedar akibat dicubit.
"Eh!? Aduh..!" Jeritnya dan terus memegang lengan yang dicubit tadi.
Jared tersengih tetapi sebenarnya perasaan pelik sedang timbul dalam diri.
"Dah sampai, pulanglah.." kata Jared.
Alyn membetulkan posisi duduknya. Pandangan matanya lantas melihat ke luar kereta.
"Kenapa tak kejutkan saya tadi?" Balasnya sambil mencapai beg tangan yang berada di bawah kaki.
"Sebab saya nak tenung boobies awak lama-lama, haha.." jawab Jared.
"Sial!" Caci Alyn. Hampir saja dia hayunkan beg tangannya untuk memukul Jared, tapi dia hentikan niat itu.
Jared mempertahankan diri dengan kedua-dua belah tangan diikuti gelak tawanya.
"Seksi juga cara awak tidur ya? Nasib baik saya tak.. em.." Jared tidak meneruskan kata-kata. Dia menggaru kepala.
"Nasib apa? Awak nak ambil kesempatan kan!? Saya dah agak memang itu tujuan awak nak hantarkan saya balik!" Balas Alyn.
Jared ketawa kecil lalu menidakkan ulasan Alyn.
"Kalau betul saya cuma nak ambil kesempatan, dari tadi lagi saya akan buat. Tapi tidak kan? Paling-paling pun, saya minta peluk saja. Haha.." katanya.
"Huh.. saya malas nak layan karenah awak! Terima kasih sebab hantar saya balik, bye!" Ucap Alyn dengan kasar lalu membuka pintu kereta.
YOU ARE READING
Y'O'M'Y'L (Completed)
RandomI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 WARNING, MATURE CONTENT!! 🔞🔞 Language : Malay, English Genre : Thriller, Romance Kesinambungan dari keseluruhan cerita ANZIE termasuk special edition Dr.Bert & Dear Dave. Adakah ini kesudahan terakhir bagi...