Pak! Pak! Pak!Tapak kaki Celine kedengaran dengan jelas pada telinga Steve. Dia tidak sedar bahawa Steve sedang memandangnya di tepi jalan. Celine tampak ketakutan di mata Steve. Kedua-dua tangannya memeluk badan, matanya kerap melihat ke belakang. Ketika dia berjalan berhampiran dengan Steve berdiri, Steve lantas memanggil namanya
"Celine!"
Gadis itu tersentak! Dia terus melihat lelaki bertubuh tinggi memakai jaket hitam. Matanya terbeliak, bibirnya tergagap-gagap apabila mengetahui orang itu ialah Steve. Steve mendekatinya dan terus bertanya.
"Awak nak ke mana ni?" Soalnya sambil anak mata melirik tubuh badan Celine yang terdedah kerana memakai gaun ketat dan singkat.
Celine sukar untuk bersuara, tetapi dia tetap menjawab soalan itu.
"Err.. Steve? Sa.. saya nak.. balik,"
Steve memandang curiga padanya lalu melihat ke arah pejalan kaki. Hanya beberapa orang saja yang kelihatan di situ.
"Awak macam risaukan sesuatu. Ada apa-apa ke ni?" Steve menyoal lagi. Dia dapat rasakan gadis itu berada dalam masalah.
Celine berpura-pura senyum. Kemudian dia menjawab soalan berbaur risau tersebut.
"Eh, tak ada apa-apa.. em.. saya pergi dulu, bye." Katanya dan terus meninggalkan lelaki yang pernah disukainya.
Steve tidak berpuas hati dengan jawapan Celine, dia pun mengekori gadis itu dari belakang dan memanggilnya semula.
"Celine, are you hiding something? Beritahu saya kalau awak ada masalah,"
Celine terhenti dari berjalan. Tanpa menoleh ke belakang, dia menyahut pertanyaan Steve.
"Saya kata.. tiada apa-apa. Boleh tak jangan ganggu saya?" Celine menjawab kasar.
"Bukankah kita kawan? Kenapa tak nak beritahu?" Sekali lagi Steve menyoal.
"Kita bukan kawan Steve! Pergi!" Tiba-tiba Celine menjerit padanya.
Steve tersentap! Gadis ayu yang dikenalinya dulu tiba-tiba sahaja berubah. Celine seperti mahu mengelak dari bertemu dengannya. Itu yang Steve fikirkan sekarang.
"Ce.." belum sempat Steve menyebut namanya, kedengaran beberapa suara lantang dari jauh memanggil nama Celine.
"Celine! Awak jangan lari, balik ke kelab sekarang!!" Jerit lelaki-lelaki berbadan besar sambil berlari ke arah mereka.
Steve mula berasa risau ketika melihat Celine menggelabah dan terpinga-pinga! Gadis itu kemudiannya cuba untuk melarikan diri, tetapi Steve tangkas memeluknya dari belakang! Celine sangat terkejut dengan tindakan Steve terhadapnya!
"Saya kena pergi, Steve!" Bentaknya.
"Celine! Come with me!" Jerit Steve kepadanya lalu menarik tangan gadis itu menuju ke arah motosikal.
Dalam keadaan takut dan terpaksa, gadis itu terus menaiki motosikal, dan Steve segera memandunya untuk meninggalkan kawasan bangunan tersebut. Lelaki-lelaki yang mengejar Celine tidak sempat menangkapnya! Mereka tercungap-cungap sambil terjerit-jerit memanggil nama Celine di tepi jalan.
"Huh.. huh.." Celine berdengus-dengus di belakang Steve. Tanpa disengajakan, tangannya memeluk erat badan Steve. Lelaki itu dapat merasakan tangan Celine bergetaran pada badannya.
Suara tangisan teresak-esak dari belakang juga turut didengarinya. Tetapi Steve membonceng saja motosikal itu dengan perasaan ingin tahu apa sebenarnya yang sedang terjadi kepada kawannya itu. Kelakuan Celine tidak sama seperti pertama kali mereka berkenalan di pejabat. Lantas, rasa risau mulai timbul di dalam diri Steve.
YOU ARE READING
Y'O'M'Y'L (Completed)
RandomI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 WARNING, MATURE CONTENT!! 🔞🔞 Language : Malay, English Genre : Thriller, Romance Kesinambungan dari keseluruhan cerita ANZIE termasuk special edition Dr.Bert & Dear Dave. Adakah ini kesudahan terakhir bagi...