♧
♧
♧Kelopak mata Alyn mula terbuka. Cahaya lampu yang terang serta siling berwarna putih susu adalah benda pertama yang dilihatnya. Dia menjadi bingung sambil memandang kiri dan kanan.
"Hospital?" Sebutnya perlahan. Namun tiada sesiapa menemaninya disitu, hanya dia seorang diri.
Baju yang dipakainya ditenung, ia bukan lagi pakaiannya pagi tadi. Dia berbaju hospital.
"Apa dah jadi tadi..?" Dia menyoal diri sendiri sambil memicit kepalanya yang masih pening.
Krakk..
Tiba-tiba pintu bilik dibuka seseorang. Alyn segera memandang ke arah pintu itu. Tapi dia terkejut kerana orang yang masuk ialah Jared! Alyn bingkas bangun dan cuba untuk turun dari katil.
"Eh? Nak pergi mana?" Jared terus mendapatkan Alyn yang masih tidak boleh berdiri teguh.
"Don't touch me!" Bentak Alyn. Tangan Jared yang memegang lengannya ditepis kasar.
"Masa macam ni pun nak sombong. Awak tu sakit, faham? Baring balik di tilam." Arah Jared bagaikan seorang suami.
Alyn seraya menjelingnya, tapi dia tidak mahu mendengar arahan itu. Kakinya mula melangkah ingin meninggalkan Jared, tetapi ia terlalu lemah semasa memijak lantai. Dia lantas terjatuh tapi disambut oleh Jared.
"Saya kata awak sakit! Janganlah keras kepala sangat!" Jared tidak sengaja berkasar kerana dia terkejut. Ditangkapnya badan Alyn dan membaringkan wanita itu ke atas katil semula walaupun Alyn menolak-nolak tangannya.
"Kenapa awak suka sangat menyibuk hal saya!? Saya tak perlukan sesiapa, faham!? Pergi dari sini!" Serta merta Alyn menengking Jared.
Jared duduk di tepi tilam dengan muka bengisnya. Alyn cuba berundur dari berdekatan lelaki itu.
"Kalau bukan saya, awak takkan ada di sini! Tiada sesiapa akan tahu awak pengsan di tepi bangunan tadi. Buka sikit fikiran awak tu Alyn. Saya bukan nak ambil kesempatan pada diri awak! Saya..!" Jared terhenti dari mengulas panjang. Matanya segera dialihkan ke arah lain.
Alyn mengerut kening tajam sambil berpeluk tubuh melihat Jared.
"Apa..!?" Alyn ingin tahu apa lagi yang Jared ingin katakan. Tapi Jared diam membisu.
Tapak tangannya mulai berkeringat, ia asyik bergeselan antara satu sama lain.
"Erm.. nothing.. i just.." tergugup-gugup Jared ketika itu. Dia tidak berani meluahkan perasaannya!
Alyn masih menanti jawapan dari mulut lelaki itu. Jared berdiri sambil memasukkan tangannya ke dalam poket seluar dan kepala menunduk merenung lantai. Betapa gundahnya ketika ini! Apalagi bila Alyn langsung tidak melarikan pandangannya.
Dup.. dup.. dup..
Jantung Jared ketika ini seperti ditembak-tembak oleh peluru berpandu! Dia mencuri pandang muka Alyn, lalu menunduk semula kerana malu.
'Apahal dengan orang ni? Ish!'
Alyn menjadi curiga dengan perangai pelik Jared padanya.
"Hoi, saya tanya ni. Apa lagi awak nak cakap?" Alyn memaksa.
"Huh.. saya cuma simpatikan awak, bodoh." Jared berbohong. Padahal bukan itu yang ingin diucapkannya.
"Cis! Baliklah. Tak payah simpatikan saya. Saya bukan pengemis." Balas Alyn dalam keadaan tidak sihat.
YOU ARE READING
Y'O'M'Y'L (Completed)
RandomI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 WARNING, MATURE CONTENT!! 🔞🔞 Language : Malay, English Genre : Thriller, Romance Kesinambungan dari keseluruhan cerita ANZIE termasuk special edition Dr.Bert & Dear Dave. Adakah ini kesudahan terakhir bagi...