Y.O.M.Y.L (6)

1.4K 40 8
                                    


           Anzie terkulai layu dan lemah di atas lantai. Kakinya telah diikat semula oleh Quinn selepas diperkosa tadi. Bila dia memandang ke arah lelaki itu, Quinn terlena tidur. Dalam fikirannya sekarang, masa inilah yang paling sesuai untuk melarikan diri!

Dia cuba menarik tangannya dari tali yang diikat pada pergelangan tangan. Ia sungguh pedih sekali! Dia dapat rasakan kulitnya terguris pada tali yang diikat kuat. Tetapi dia masih meneruskannya tanpa membuat bising.

  Zap..

Akhirnya dia berjaya melepaskan ikatan tali itu! Dengan gerakan perlahan, dia bangun dan membuka tali yang diikat pada kedua-dua belah kakinya. Sesekali, dia sering memandang ke arah Quinn. Nafasnya mulai laju ketika itu, dan tidak sabar untuk melarikan diri.

Sesudah dia berjaya membuka ikatan tali, dia bingkas berdiri walaupun kakinya terasa sakit sekali! Ikatan kain pada mulutnya dibuka, dia bergerak perlahan ke arah pintu dan terus membukanya. Pada masa itu juga Quinn tersedar dari tidur!

       "Anzie!" Jeritnya bila melihat Anzie sudah berjaya membuka pintu rumah usang tersebut.

Anzie terkejut, lalu berlari dengan laju meninggalkan kawasan itu meredah semak belukar!

Quinn mengejarnya dengan larian pantas! Tiada sesiapa dapat menandingi dia yang sememangnya seorang pelari pecut!

Anzie menggeletar, tetapi dia teruskan berlari. Perasaan takutnya semakin menjadi-jadi. Suara tangisannya jelas sekali ketika itu.

       "Joel..!!" Laungan nama suaminya berkumandang di udara. Nafasnya tercungap-cungap. Semak belukar dan duri-duri tajam dari pepohon kecil tercakar pada kulitnya!

        "Ah..!" Dia kesakitan, namun kakinya masih berlari laju.

Bunyi semak belukar diredah semakin menghampirinya dari belakang! Quinn sudah hampir dekat dengannya!

        "Anzie..!" Suara Quinn memanggil sungguh menakutkan wanita itu.

Anzie tidak mempedulikan dia lagi, tetapi malang bila Quinn dengan pantasnya menerkam Anzie dari belakang.

     "Ahh!!"

Gedebuk..!

Mereka jatuh bersama di atas tanah! Quinn memeluk erat badan Anzie yang cuba meloloskan diri!

       "Nak lari ke mana!? Kurang ajar..!" Bentak Quinn. Kemarahannya sudah sampai di kemuncaknya!

  Pak! Pak! Pak!

Dia menampar-nampar pipi Anzie dengan sepenuh hati!

      "Ahh! Joel...!" Jerit Anzie lagi lalu melawan Quinn dengan memukul-mukul badannya.

Kakinya menendang-nendang badan Quinn! Quinn semakin marah, kali ini dia acukan penumbuk ke muka Anzie!
 
        "Jangan..!" Anzie menjerit sambil tangannya melindung muka.

        "Huh..!" Quinn berdengus keras, penumbuknya hampir mengena pada muka Anzie. Dia tidak teruskan memukul Anzie kerana wanita yang dicintainya itu sedang menangis deras dihadapannya. Hatinya tersentuh sekali.

       "Sorry sayang.. saya tak bermaksud nak pukul awak.." tiba-tiba Quinn bersuara lembut. Dia mengusap muka Anzie yang kemerah-merahan akibat ditampar tadi. Suara esakkan Anzie menyengat hatinya.

       "Kenapa nak lari..? Hah? Awak tak sayangkan saya ke? Awak nak tinggalkan saya lagi? Kenapa awak buat saya macam ni..?" Quinn menyoal Anzie bertubi-tubi dengan soalan yang tidak masuk akal.

      "Tolonglah Quinn.. lepaskan saya. Saya merayu.." kata Anzie. Nafasnya tersekat-sekat ketika itu.

Quinn memegang tangan Anzie yang luka, lalu dikucupnya dengan lembut.

Y'O'M'Y'L (Completed)Where stories live. Discover now