Anzie duduk di bangku taman berhadapan dengan rumah agam sambil melihat Luna dan Oliver bermain. Anak-anak kecil itu membuatkan dia tersenyum bila mereka bermain dan bergelak tawa. Tetapi bila Anzie teringatkan kandungannya, senyuman manisnya tadi mulai pudar. Kepalanya menunduk, matanya memandang perut. Joel yang baru saja sampai dari bekerja, menghentikan keretanya di perkarangan rumah setelah terlihat keluarga kecilnya berada di taman. Dia lantas keluar dari kereta dan menyambut anak-anaknya yang comel. Anzie terkelu.. dia takut untuk mengkhabarkan berita yang mungkin akan menyebabkan gelak tawa Joel hilang. Hatinya berdegup kencang lagi apabila Joel datang kepadanya sambil tersenyum."Hai sayang.." sapa Joel. Ciuman mesra diberi kepada Anzie. Dia pun ikut duduk di atas bangku bersama dengan isterinya.
"Hai.. em.. awak lapar? Saya dah masakkan lauk kegemaran awak. Awak tolong jaga budak-budak ni sebentar, saya sediakan lauk tu atas meja," Anzie seperti mahu mengelak dari Joel, lalu berdiri dari bangku.
"Eh? Saya belum lapar lagi. Duduklah dulu.. dah lama kita tak berbual," balas Joel. Tangan Anzie ditarik semula untuk duduk.
Anzie mengeluh pendek, arahan itu diturutinya. Wajahnya yang pucat menambahkan kegusaran di hati Joel.
"Awak sakit ke?" Joel menyoal sambil tapak tangannya mengusap pipi Anzie.
"Em.. tak juga. Tapi.." Anzie terhenti sejenak. Dia ingin memberitahukan tentang kandungannya, tetapi lidahnya sukar untuk menyuarakan hal itu.
"Tapi apa..?" Joel mulai risau.
Anzie lantas berdiri. Jari jemarinya semakin tidak keruan, ia asyik membelit-belit antara satu sama lain. Pandang muka Joel pun dia takut, apatah lagi ingin beritakan perkara yang akan menyakitkan hatinya. Joel memandang curiga pada Anzie lalu dia ikut berdiri.
"Tell me Anzie, what's wrong?" Joel menyoal lagi. Bahu Anzie dipegangnya.
"Joel.. boleh tak kita bercakap di bilik..?" Kata Anzie. Dia tidak mahu perkara itu akan mencetuskan pergaduhan di hadapan anak-anak mereka.
"Awak buat saya risau.. em.. baiklah. Jom masuk," sahut Joel lalu menarik tangan Anzie masuk ke dalam rumah.
Mak cik Stephany diarah untuk menjaga anak-anak mereka di taman. Ketika Joel dan Anzie berada di bilik, Anzie duduk pada tilam. Joel melonggarkan tali leher, pada masa yang sama dia menanti kata-kata yang ingin Anzie ucapkan. Lalu, dia duduk berlutut di hadapan isterinya itu, jari jemari Anzie digenggamnya.
"Sayang, kenapa ni? Beritahu apa yang tak kena.."
Anzie menarik nafas panjang, kepalanya menunduk, tangan Joel semakin digenggam kuat. Tiba-tiba dia menangis di hadapan suaminya itu.
"Joel.. sa.. saya.." Anzie tergugup-gugup.
"Apa dia..? Don't cry, please..?" Ucap Joel. Air mata Anzie dikesatnya.
"Saya.. saya.. mengandung.." Anzie menutup mata semasa berterus terang kepada Joel.
Dup..!
Jantung Joel bagaikan terhenti berdegup! Bahang panas tiba-tiba berlalu di tengkuknya! Keningnya mengerut tajam, dengusan nafas dari hidungnya semakin laju. Mukanya mulai kemerah-merahan tanda marah!
"No Anzie.. cakaplah itu cuma gurauan.." kata Joel kerana tidak mahu mempercayainya.
Anzie memandang Joel dengan tangisan hiba. Lalu dia menjawab..
"Sa.. saya tak bergurau Joel.."
Joel lantas melepaskan jari jemari Anzie dan berdiri. Kakinya berundur beberapa langkah dari tempat Anzie duduk.
YOU ARE READING
Y'O'M'Y'L (Completed)
RandomI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 WARNING, MATURE CONTENT!! 🔞🔞 Language : Malay, English Genre : Thriller, Romance Kesinambungan dari keseluruhan cerita ANZIE termasuk special edition Dr.Bert & Dear Dave. Adakah ini kesudahan terakhir bagi...