Keesokan harinya Steve datang ke tempat kerja seperti biasa. Apa yang dilaluinya kemarin dia tepiskan dari minda. Dia akan berpura-pura baik saja, namun di dalam hati, dia tidak mahu bertembung atau melihat Celine lagi. Bukannya dia membenci gadis itu, tetapi dia mahu mengelak dari menjadi buah mulut rakan-rakan sekerjanya yang lain.Dia masuk ke pejabat lalu duduk di atas bangku meja kerjanya. Bob dan rakan sepejabatnya berbual cara berbisik di depan pintu masuk bilik pantri. Steve tahu, pasti mereka berbicara mengenai hal yang terjadi kemarin. Tetapi dia meneruskan kerja saja tanpa mempedulikan rakan-rakannya.
Tiba-tiba, Bob datang menegur Steve tetapi dengan muka tidak ceria. Steve berlakon tidak endahkannya.
"Morning Steve," ucap Bob. Steve memandangnya sesaat lalu matanya beralih arah ke skrin komputer.
"Morning," sahut Steve.
"Em.. i have something to tell you," kata Bob.
"Cakaplah," Balas Steve pula sambil menekan-nekan papan kekunci komputer.
"Pasal Celine,"
Steve seraya berkata selepas nama itu disebut.
"Sorry Bob, saya tak ada masa nak dengar pasal dia. Boleh awak tinggalkan saya sendirian? Maaflah kalau saya berkasar." Kata Steve.
"Hm.. awak nak dengar atau tidak, saya kena sampaikan juga." Ulas Bob lagi. Dia masih berkeras mahu memberitahukan sesuatu kepada Steve.
Steve mengeluh pendek, tapi dia masih meneruskan kerjanya. Kata-kata Bob tidak dijawab langsung. Lalu Bob mengulas pendek tentang Celine.
"Celine dah resign, dia suruh saya sampaikan kata maaf pada awak. Dia berhenti sebab dia nak sambung belajar.. em.. okey, that's all. Happy working," kata Bob dan terus berganjak dari meja kerja Steve. Dia tidak mahu berlawan kata lagi dengan Steve.
Jari jemari Steve terhenti dari menekan papan kekunci komputer. Fikirannya melayang sejenak. Dia pasti Celine berhenti kerja bukan disebabkan ingin sambung belajar, tetapi kerana dirinya.
"Hm.." keluh Steve. Hatinya bercelaru. Tetapi entah mengapa, dia berasa kasihan pula dengan gadis itu.
Dia tidak mahu memikirkan tentang hal tersebut, lalu menyambung semula kerjanya.
******
Pagi yang indah itu juga adalah hari biasa buat pasangan merpati dua sejoli yang baru setahun jagung mendirikan rumah tangga, iaitu doktor Bert dan Eliza. Ciuman dan pelukan sudah menjadi kebiasaan mereka. Eliza juga semakin hari semakin mencintai diri doktor Bert. Dia kerap bermanja dengan bekas duda itu. Doktor Bert sentiasa melayan karenah manja isteri mudanya tanpa merungut. Panggilan manja 'abang' terhadap doktor Bert juga Eliza kekalkan. Dia tidak biasa memanggil nama doktor itu kerana dia lebih selesa dengan nama panggilan tersebut.
"Abang, hari ni awak balik awal?" Eliza menyoal ketika mereka menjamu sarapan bersama.
"Yup, kenapa? Nak minta beli sesuatu ke?" Doktor Bert menyoal semula.
"Haha.. awak macam dapat baca apa dalam fikiran sayalah.." balas Eliza. Bibir diketapnya sambil memandang wajah doktor Bert yang sangat kacak.
"Luculah awak ni. Nak beli apa? Haha.." doktor Bert tergelak melihat gelagat isterinya yang masih kebudak-budakan.
"Em.. sesuatu yang sedap," sahut Eliza. Lidahnya dijelir keluar.
YOU ARE READING
Y'O'M'Y'L (Completed)
CasualeI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 WARNING, MATURE CONTENT!! 🔞🔞 Language : Malay, English Genre : Thriller, Romance Kesinambungan dari keseluruhan cerita ANZIE termasuk special edition Dr.Bert & Dear Dave. Adakah ini kesudahan terakhir bagi...