Steve mula tersedar dari pengsan selepas beberapa jam bertarung nyawa di hospital. Doktor Bert segera memeriksa keadaannya yang agak kritikal ketika itu. Pernafasan Steve tersekat-sekat, alat pernafasan disambung pada mulutnya. Dia menyedari bahawa dia sedang berada di hospital. Hatinya kuat ingin bertemu dengan Petsie. Namun apakan daya, dia tidak mampu bergerak kerana kesakitan pada kepalanya mencengkam otak."Hai Steve, awak dah sedar akhirnya. Praise to Lord.." ucap doktor Bert sambil memeriksa keadaan diri Steve.
"Errgh.." Steve mengerang sakit. Dia cuba untuk berkata-kata tetapi suaranya bagai tersekat ketika itu.
"Semua dah okey Steve. Petsie dan yang lain-lain selamat.." doktor Bert dapat membaca fikiran Steve kerana dia tahu lelaki itu sangat risaukan adiknya.
Steve mengeluh lega setelah mendengar kata-kata doktor Bert tadi.
"Oh ya.. adik awak dah melahirkan anak. Baby boy.. Awak dah jadi uncle," berita gembira itu disampaikan lagi oleh doktor Bert sambil tersenyum.
Steve terkejut tetapi pada masa yang sama dia gembira sekali. Dia tidak dapat ucapkan dengan kata-kata, air matanya mengalir ke pipi begitu saja. Teringin pula dia melihat anak yang baru lahir itu.
"Awak tak boleh banyak bergerak tau? Petsie berada di bahagian ibu dan anak. Saya akan maklumkan keadaan awak kepada Dave dan Petsie nanti." Ujar doktor Bert lagi.
Steve hanya mendengar setiap kata yang diungkapkan oleh doktor itu. Dia sungguh berterima kasih kepada doktor Bert kerana telah membantunya.
******
Tiga hari kemudian.."Abang okey?" Petsie menyoal Steve yang masih berbaring di atas tilam.
Steve memegang jari jemari Petsie lalu mengusap lembut kepala bayi lelaki yang sedang didukung oleh adiknya. Dia semakin bertambah pulih setelah bertarung melawan kesakitan beberapa hari yang lalu.
"Saya okey.. awak macam mana?" Jawab Steve. Dia masih lemah ketika ini.
"Saya tak apa-apa.." sahut Petsie pula.
"Maafkan saya sebab tak dapat tolong awak hari tu. Macam mana dengan isteri Joel?" Soalan itu diajukan kepada Dave yang berdiri di samping Petsie.
"Dia baik-baik saja. Rasanya esok dia dah boleh balik rumah. Tentang kes tu pula, dah ditutup sebab.. Quinn dah meninggal," ulas Dave.
Ketika dia menyebut nama itu, hatinya sebak. Walaupun Quinn sudah berbuat jahat kepada mereka, namun di dalam hati Dave, dia telahpun memaafkan segala kesilapan yang Quinn telah lakukan kepada mereka.
Steve lega bila melihat adik dan anak buahnya sihat walafiat tanpa sebarang kecederaan selepas kejadian yang menimpa Petsie. Semasa mereka leka berbual, seseorang telah mengetuk pintu bilik.
Tanpa dijemput, orang itu masuk ke dalam dengan membawa sedikit buah tangan. Mereka bertiga seraya memandang ke arah pintu. Steve agak terkejut apabila melihat Lyezze berdiri sambil tersenyum masuk ke dalam. Petsie bingung kerana wanita itu tiba-tiba saja datang. Dia sebenarnya tidak mengetahui apa sebenarnya yang telah terjadi antara Lyezze dan abangnya.
"Hai.." Lyezze menyapa.
Steve agak segan sedikit ketika itu. Lalu dia membetulkan posisi baringnya tanpa membalas senyuman Lyezze. Matanya beralih arah ke tingkap. Dia sendiri tidak tahu mengapa Lyezze datang ke situ. Adakah dia simpati? Itu yang bermain di dalam fikiran Steve sekarang.
"Hai.." Dave dan Petsie serentak menyahut sapaan itu.
"Em.. Sorry sebab menganggu.. tapi boleh tak saya melawat Steve?" Soal wanita Lyezze. Buah tangan dipegang erat semasa berbalas pandang dengan Petsie.
YOU ARE READING
Y'O'M'Y'L (Completed)
RandomI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 WARNING, MATURE CONTENT!! 🔞🔞 Language : Malay, English Genre : Thriller, Romance Kesinambungan dari keseluruhan cerita ANZIE termasuk special edition Dr.Bert & Dear Dave. Adakah ini kesudahan terakhir bagi...