Y.O.M.Y.L (16)

936 45 13
                                    


            Sebulan kemudian setelah segalanya berubah menjadi baik, Steve masuk ke sebuah kedai bunga yang berada di bandar. Kedatangannya ialah untuk membeli bunga kegemaran Lyezze. Tetapi, ketika dia sedang melihat bunga-bungaan, dia agak terkejut apabila terlihat seorang gadis yang dikenalinya sibuk membungkus bunga di hadapan kaunter.

        "Celine?" Dia menyebut nama gadis itu. Padamulanya dia ingin keluar dari kedai bunga itu, tetapi hatinya terdetik untuk menegur dan bertanya khabar Celine.

Tanpa berfikir akan kesalahan Celine yang lalu, Steve datang ke arah kaunter dan seraya menyapanya.

         "Hai Celine?"

Gadis itu tersentak dengan kehadiran Steve. Matanya melihat kiri dan kanan, risau jika Steve bersama dengan teman wanitanya. Jari jemarinya tidak keruan, ia asyik memegang tangkai bunga yang sudah dipotong. Sapaan Steve itu disambutnya dengan suara tergugup-gugup.

         "H.. hai Steve.. err.. awak buat apa di sini?" Soal Celine.

        "Em.. saya nak beli bunga untuk teman wanita saya. Eh, awak kerja di sini pula? Awak apa khabar?" Balas Steve diikuti soalan. Dia sebenarnya tidak mahu gadis itu berasa janggal dengan kehadirannya di situ.

        "Haha.. saya okey. Dah sebulan saya kerja di sini lepas resign hari tu.. em.. susah nak cari kerja office, asalkan ada kerja saya dah okey," jawab Celine pula. Dia seperti malu bila ditanya tentang pekerjaan. Kepalanya menunduk tidak mahu memandang Steve.

        "Tapi.. hari tu Bob kata, awak sambung belajar?" Steve menyoal.

Celine terpinga-pinga dengan soalan itu. Jarinya digaru-garu lalu dia membalas soalan Steve.

       "Oh.. haha.. memang saya nak sambung belajar. Tapi.. em.. saya ada masalah kewangan sikit. Sebab tu lah saya kerja dulu. Kalau dah cukup duit simpanan, saya akan mendaftar di universiti," terang Celine.

Steve mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham. Tetapi dari riak wajah Celine, dia seakan-akan menipu. Pasti ada sesuatu yang sedang disembunyikan dari dirinya.

       "Uhm.. okeylah. Saya harap awak akan dapat sambung pelajaran awak. Boleh tak tolong bungkuskan bunga ros merah tu untuk saya?" Kata Steve sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah kelompokan bunga ros yang tersusun rapi di depan kedai.

        "Oh ya, boleh." Celine pantas menyahut. Dia dengan laju bergerak menuju ke arah bunga-bunga itu.

Ketika mereka memilih bunga-bunga ros yang akan diberi kepada Lyezze, Celine berbicara dengan suara lembut.

         "Teman wanita awak.. bertuah sebab memiliki awak.. pasal hari tu, saya betul-betul minta maaf."

Steve memandangnya lalu tersenyum. Bahu Celine ditepuk perlahan.

         "Haha.. saya dah lupakan benda tu. Saya harap kita akan berkawan baik," balas Steve.

Celine hanya tersenyum tetapi dia menepiskan perasaan sukanya kepada Steve kerana dia tahu Steve cuma menganggapnya sebagai seorang sahabat.

Selesai saja Steve membuat pembayaran, dia sempat mengucapkan selamat tinggal kepada Celine dan berharap akan bertemu lagi. Tetapi Celine hanya mampu membalas dengan senyuman. Matanya memandang Steve sehinggalah dia keluar dari kedai itu. Dia mengeluh lega.

       "Hm.. Boleh tak awak jangan muncul lagi di depan saya..?" Celine menyoal sendirian. Kalau boleh, dia tidak mahu bertemu lagi dengan Steve kerana dia takut akan semakin berharap kepada lelaki itu.

       "Nampaknya, saya kena tukar kerja.." bisik Celine.

Pada hari itu juga, dia berjumpa dengan majikannya untuk berhenti kerja dari premis tersebut. Harapannya termakbul, dia keluar dari kedai itu dan mula mencari kerja lain yang lebih baik.

Y'O'M'Y'L (Completed)Where stories live. Discover now