Eliza dan Petsie menoleh ke belakang pada jalanan menuju ke kabin. Tadi, mereka seperti terdengar suara jeritan kecil di belakang mereka, tetapi bila mereka menoleh, tiada sesiapa pun yang sedang berada di kawasan itu."Kak Anzie mungkin tak ikut kita," kata Petsie sambil mengusap-usap perutnya.
"Hm.. mungkinlah. Tapi tadi saya nampak dia berdiri dari bangku.. takkanlah husband dia tak suruh join?" Balas Eliza.
"Tak tahulah. Eh, jomlah masuk. Sejuk pula di luar ni," kata Petsie. Dia membuka pintu dengan kuncinya.
Eliza berasa pelik dengan keadaan itu. Matanya memandang sekeliling, suasana samar-samar dan hanya diterangi lampu kelip-kelip di sepanjang jalan. Dalam fikirannya, Anzie tidak menyertai mereka tadi. Tanpa memikirkan hal itu lagi, dia pun masuk ke dalam kabin sewaan Petsie dan Dave sementara menunggu doktor Bert.
~~~~~~
"Eh, dah nak lewat ni. Mesti isteri kita semua dah tertidur sekarang." Kata doktor Bert. Dia berdiri dan terus membayar minuman keras yang mereka minum tadi. Begitu juga dengan Joel dan Dave. Mereka sudah bersiap sedia untuk bergerak pulang ke kabin.
Sambil berjalan perlahan, mereka asyik berbual. Gelak tawa mereka jelas kedengaran sehinggalah mereka tiba di kabin tempat Dave bermalam.
Tok.. tok.. tok..
Dave mengetuk pintu. Doktor Bert dan Joel menunggu isteri mereka di luar saja. Eliza membuka itu sambil mengesat kelopak matanya yang semakin kuyu kerana mengantuk.
"Eh? Petsie dah tidur?" Dave menyoalnya.
"Belum, oklah saya nak keluar dulu. Bye Petsie.." kata Eliza dan melambai pada Petsie yang sedang berbaring di atas tilam.
Dave menjenguk ke dalam, matanya mencari kelibat Anzie. Tetapi isteri Joel tiada di situ. Ketika Eliza mendapatkan doktor Bert, Joel masih menanti. Eliza melihat kiri dan kanan serta kawasan pejalan kaki. Oleh kerana dia tidak terlihat isteri Joel, lalu dia bertanya.
"Em.. kak Anzie mana?"
Joel yang berdiam diri tadi membetulkan posisi berdirinya. Hatinya mulai tak keruan dengan soalan itu.
"Bukankah dia dengan kamu tadi?" Joel menyoal semula.
"Tak ada pun? Saya ingatkan dia bersama dengan kamu tadi?" Balas Eliza.
Dup! Dup! Dup!
Bergetar tulang rusuk Joel ketika itu! Jantungnya berdegup laju! Dia terus masuk ke dalam kabin Dave untuk mencari Anzie kerana tidak percaya dengan apa yang dikatakan isteri doktor Bert.
"Anzie.. Anzie, where are you?" Joel mencari disetiap ruang bilik hingga ke kamar mandi. Petsie dan Dave melihatnya saja.
"Err.. kami tak bersama dengan kak Anzie tadi," Petsie menegur Joel yang masih berdiri di dalam kabin itu.
"Eh? Ye ke? Kamu tak nampak dia di belakang kamu tadi?" Dave menyoal isterinya. Petsie menggeleng-gelengkan kepalanya bermaksud tiada. Dave terkejut, begitu juga dengan Joel.
"Dia.. tak bersama dengan kami. Tadi dia ikut kamu dari belakang," balas Joel. Dia semakin gelisah! Petsie tergamam dengan jawapan itu. Bukan dia saja yang takut, malah Dave juga!
"What's wrong?" Doktor Bert yang berada di hadapan pintu bertanya selepas mendengar perbualan itu.
Joel tidak menjawab, dia meluru keluar dari kabin itu dan berlari selaju-lajunya ke arah kabin mereka.
YOU ARE READING
Y'O'M'Y'L (Completed)
AléatoireI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 WARNING, MATURE CONTENT!! 🔞🔞 Language : Malay, English Genre : Thriller, Romance Kesinambungan dari keseluruhan cerita ANZIE termasuk special edition Dr.Bert & Dear Dave. Adakah ini kesudahan terakhir bagi...