Y.O.M.Y.L (33) SEMI FINAL

1.1K 43 17
                                    


             Doktor Jeph dan Amanina sudah kurang berkomunikasi dalam talian sejak sebulan yang lalu. Bagi Amanina, ia perkara biasa dan dalam fikirannya pasti doktor Jeph terlalu sibuk bekerja hinggakan kadang-kadang tidak terbalas pesanan ringkas serta menyambut panggilannya. Amanina langsung tidak berasa curiga terhadap doktor itu. Dan pada suatu hari, sepupunya doktor Bert menjemput dia datang ke bandar untuk meraikan hari jadi Timmy. Padamulanya Amanina menolak, tetapi bila anak kecil itu merayu padanya ketika berbual di dalam telefon, hatinya tersentuh. Maka pada hujung minggu ini dia akan datang ke bandar tanpa pengetahuan doktor Jeph.

*******

Amanina datang ke rumah doktor Bert dengan membawa sedikit buah tangan untuk anak buahnya. Eliza menyambut kedatangan Amanina dengan baik di sana.

           "Hai kak Nina, apa khabar?" Soal isteri muda doktor Bert.

          "Hai.. saya okey, mana Bert?" Tanya Amanina. Rumah itu lenggang saja, suara Timmy juga tidak kedengaran.

          "Mereka pergi beli barang sikit untuk party nanti. Saya tak ikut sebab awak nak datang. Risau pula kalau awak datang tak ada sesiapa di rumah," ulas Eliza.

          "Oh.. patutlah sunyi saja." Kata Amanina. Dia duduk pada bangku sofa, kemudian mengeluarkan telefon bimbitnya.

          "Teman lelaki awak tahu ke kakak datang sini?" Soal Eliza. Dia menemani Amanina duduk di bangku itu.

            "Haha.. dia tak tahu. Ah, pedulikanlah dia." Balas Amanina, padahal dalam hatinya teringin berjumpa doktor Jeph.

Eliza tersengih lalu memanjangkan lagi perbualan. Tapi dia kelihatan risaukan sesuatu.

           "Kak.. saya sebenarnya ada nak beritahu.. tak baik kalau saya sembunyikan perkara ni dari awak.." kata Eliza dengan suara risaunya.

Amanina yang tadi sibuk memandang telefon, agak tersentak sedikit. Dia pun memasukkan semula telefon bimbitnya ke dalam beg.

             "Hm? Perkara apa pula? Awak pregnant ke?" Amanina membuat andaian.

             "Eh, taklah.. haha. Tapi perkara ni tentang.. em.. teman lelaki kakak.." balas Eliza.

Terkejut Amanina dibuatnya. Tetapi dia berlakon ceria, tidak mahu menunjukkan muka risau.

            "Oh.. kenapa dengan dia?" Membuak-buak perasaan ingin tahu dalam diri Amanina.

Eliza menggumul jari jemari, bibirnya sangat sukar untuk mengucap kata.

           "Erm.. saya bukan nak jadi batu api dalam hubungan kamu, tapi saya tak nak kakak jadi mangsa.." Eliza masih tidak berani memberitahukan hal mengenai doktor Jeph.

          "Haha.. apa awak cakap ni, Eliza? Beritahulah apa kena dengan Jeph?" Amanina tidak kesabaran lagi.

          "Okey.. dua minggu lalu, kami sekeluarga pergi ke taman tema. Em.. saya terserempak dengan Jeph di sana semasa saya membeli minuman untuk Timmy. Bert langsung tak tahu tentang hal ni. Sebab saya tak berani nak beritahu dia.. saya takut mereka akan bergaduh," Ulas Eliza.

Amanina terdiam sejenak. Tidak pernah doktor Jeph memaklumkan padanya untuk ke taman teman dua minggu yang lalu. Perasaan Amanina mulai curiga terhadap doktor Jeph.

          "Takut mereka bergaduh? Sebab apa?" Dia bertanya lagi.

          "Sebab dia.. err.. dia bersama dengan seorang perempuan, kak.." jawab Eliza bernada perlahan saja.

  Dup..!!

Bagai ada batu besar menghempap diri Amanina bila mengetahui hal tersebut! Sakit hati muncul begitu saja dalam dirinya! Tetapi dia berlakon tenang sambil tersenyum. Hari ini ialah hari jadi Timmy, dia tidak mahu bermuka masam di hadapan anak buahnya itu nanti.

Y'O'M'Y'L (Completed)Where stories live. Discover now