Y.O.M.Y.L (19)

916 43 9
                                    


            Pembedahan ke atas Anzie sehari yang lalu telahpun berjaya. Kandungannya yang terpaksa digugurkan telah disemadikan oleh Joel di sebuah tapak perkuburan. Jantina bayi yang baru berusia 3 bulan itu tidak di dapat dipastikan, tetapi Joel menamakannya sempena nama mendiang bekas kawan baiknya iaitu Quinn Junior. Ia tertulis pada batu nisan makam bayi malang itu. Joel turut mendoakan anak itu agar dia dapat berjumpa dengan bapa kandungnya 'di sana'.

Perasaan Anzie selepas menjalani pembedahan agak muram. Tetapi bila Joel membawa anak-anaknya untuk melawat, hatinya berbunga-bunga semula. Sudah beberapa hari dia tidak bertemu dengan mereka kerana ditahan di hospital. Dia sangat berterima kasih kepada mak cik Stephany kerana sudi menjaga anak-anak kecil itu semasa ketiadaan dia di rumah.

        "Mama.. Luna rindu mama.." anak pertamanya menangis ketika berjumpa dengan Anzie di dalam bilik pesakit.

        "Mama rindu awak juga sayang.." balas Anzie, lalu mengucup dahi Luna.

Oliver yang didukung oleh Joel meronta-ronta dan menangis inginkan ibunya yang sedang berbaring di atas katil.

        "Oliver miss you so much, Anzie.." kata Joel. Dia mendekati Anzie dan terus menyerahkan anak lelaki mereka kepada isterinya.

        "Maafkan mama sebab tak pulang. Mama rindu awak juga.." ucap Anzie sambil mengucup-ngucup muka Oliver. Dia memeluk erat anak itu diiringi tangisan.

        "Sebab inilah saya tak nak kehilangan awak, Anzie. Kami perlukan kasih sayang awak.. You're a strong wife and mom. We love you.." Joel lantas mengucup pipi Anzie selepas berucap manis kepada isterinya.

Anzie tersenyum melihat Joel. Rambut Luna dibelainya. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kedatangan Dave dan Petsie bersama anak mereka di hadapan pintu.

        "Hai semua.." sapa Dave. Dia mendukung Lucas, Petsie pula membawa sedikit buah-buahan sebagai buah tangan untuk Anzie.

        "Hai.." sahut Anzie dan Joel.

        "Kakak apa khabar? Ni, ada buah tangan untuk awak.." kata Petsie lalu meletakkan buah-buahan itu di atas meja.

        "Saya okey, terima kasih untuk buah tu dan terima kasih sebab melawat saya," balas Anzie.

Joel mendukung Oliver semula kerana badan Anzie belum cukup kuat untuk mendukung Oliver.

        "Syukurlah semua selamat.. saya harap kakak akan bertambah sihat lepas ni," kata Petsie lagi. Anzie yang bermuka pucat, membalasnya dengan senyuman.

        "Kamu dah buat keputusan yang betul. Joel, lepas ni.. awak jagalah keluarga awak dengan baik.. saya sebagai kawan, akan selalu bersama kamu." Ujar Dave pula.

        "Haha.. ya Dave, semua yang terjadi ni adalah pengajaran dalam hidup saya. Eh, kamu pula macam mana? Tak nak tambah ke?" Joel menjawab tapi seperti mengejek Dave.

        "Tambah anak ke? Haha.. saya bila-bila masa saja boleh tambah, tapi.. orang sebelah ni.. hm.. hahaha.." balas Dave sambil menjeling isterinya. Ia cuma kata-kata gurauan untuk menceriakan hari mereka.

Anzie tergelak setelah mendengar celoteh Dave yang selalu menjadikan Petsie sebagai mangsa gurauan.

       "Err.. haha.. saya faham tu," Joel tidak berani untuk bercakap banyak kerana renungan Petsie kepada Dave tajam sekali seperti ingin menelan suaminya.

Dave membalas renungan Petsie sambil mengenyitkan kelopak matanya. Bibirnya dimuncung-muncungkan seperti ingin berkucupan. Petsie yang tadi serius, berubah wajah bila melihat kelakuan lucu Dave.

Y'O'M'Y'L (Completed)Where stories live. Discover now