Tok! Tok! Tok!Bunyi ketukan di pintu menyedarkan Steve yang tertidur di ruang tamu. Keadaannya mamai sambil menggosok kelopak mata. Skrin telefon dipandangnya sejenak.
"Jam 8 malam? Ergh.. saya tertidur rupanya," dia menggeliat dan bangkit dari bangku sofa lalu menuju ke pintu rumah.
Krakk.. pintu dibukanya perlahan.
"Happy birthday abang..!" Petsie mengejutkannya di depan pintu.
Steve tersentap dengan kedatangan adiknya dan Dave. Bibirnya mengukir senyuman girang, bila terlihat Dave mendukung Lucas, dia bertambah ceria.
"Happy birthday bro.." ucap Dave pula.
"Haha.. thank you. Dah lewat ni, kenapa datang?" Steve menyoal. Pintu dibuka besar untuk menjemput mereka masuk.
"Ish, abang kan kerja. Malam saja ada masa nak jumpa awak.. kami nak raikan hari jadi abang," kata Petsie. Ditangannya ialah kotak kek untuk menyambut hari lahir Steve yang ke 36 tahun.
"Erm.. awak sihat?" Balas Steve. Petsie memandangnya lalu menjawab soalan itu.
"Saya sihatlah. Abang macam mana? Bakal kakak ipar saya tu tak datang sambut birthday ke?" Soalan itu membuatkan Steve diam sejenak. Dia berpura-pura ceria lalu menjawabnya.
"Oh, kami dah sambut tadi. Em.. jemputlah duduk. Abang buatkan minuman untuk kamu," Steve menipu tentang Lyezze dan terus mengubah topik.
Petsie dan Dave berpandangan ketika duduk di atas bangku sofa. Dari raut wajah Steve, Petsie tahu abangnya ada masalah peribadi. Steve masuk ke dapur dan membuatkan minuman untuk mereka. Petsie pun mengekorinya dari belakang.
Sedang Steve membancuh minuman, Petsie menegurnya.
"Abang nampak tak okey.. apa dah jadi?"
Steve agak tersentak dengan kedatangan Petsie serta soalan itu. Tetapi dia tetap tersenyum.
"Ah, tiada apa-apalah.. cuma penat sikit dari kerja." Jawab Steve.
"Betul ke ni? Lyezze macam mana? Dia okey?" Petsie menyoal lagi tentang teman wanita Steve.
"Dia okey lah. Eh, kenapa banyak tanya ni? Haha.." Steve mengelak dari ditanya. Suara ketawa itu hanya dibuat-buat saja.
"Hm.. sebab saya kenal abang. Abang tak pernah macam ni. Kalau ada apa-apa, beritahulah.. mungkin saya boleh tolong," ujar Petsie yang sudah cukup mengenali diri Steve.
"Petsie, em.. abang tak boleh nak cakap pasal ni sekarang." Sahut Steve dengan nada perlahan.
"Abang dengan dia ada masalah ke?" Petsie tidak mahu berhenti menyoal.
Steve mengeluh pendek. Sudu digenggamnya, kepala menunduk.
"Tadi.. kami bergaduh. Ia cuma salah faham.. saya tahu dia sedang sakit hati sekarang ni. Kalau boleh, abang tak mahu sakitkan hati dia," akhirnya Steve memberitahukan hal yang membuatkan wajahnya masam.
"Hm.. abang buat apa pada dia sampai bergaduh?" Tanya Petsie lagi. Bukannya dia mahu menyibuk, tetapi dia tidak suka melihat wajah tidak ceria itu.
"Saya tak buat apa-apa.. tadi saya tak tahu langsung yang dia nak datang ke office untuk buat kejutan hari jadi. Masa tu, kawan-kawan saya juga lakukan yang sama. Dan.. sesuatu yang tak dijangkakan berlaku," ulas Steve. Matanya merenung cawan berisi minuman panas.
YOU ARE READING
Y'O'M'Y'L (Completed)
RandomI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 WARNING, MATURE CONTENT!! 🔞🔞 Language : Malay, English Genre : Thriller, Romance Kesinambungan dari keseluruhan cerita ANZIE termasuk special edition Dr.Bert & Dear Dave. Adakah ini kesudahan terakhir bagi...