Hari semakin lewat senja, Joel duduk di samping tilam tempat Anzie berbaring di dalam bilik hospital. Dia langsung tidak dapat melelapkan mata, ia asyik merenung wajah pucat isterinya yang sedang dibuai mimpi. Joel menepiskan pandangannya lalu menundukkan kepala. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang sedang dialaminya sekarang ini.'Jika diberi pilihan.. saya sanggup menanggung semua kesakitan yang Anzie alami. Tuhan.. janganlah ambil nyawa mereka.. saya merayu..'
Dia sebak ketika berbicara di dalam hati dan tidak dapat mengawal air mata lelakinya dari mengalir ke pipi. Suara esakkannya yang agak kuat telah didengari oleh Anzie, lalu wanita itu pun tersedar dari tidur. Dia terasa jari jemarinya dipegang erat oleh Joel bagaikan ada sesuatu yang tidak kena.
"Joel.." Anzie memanggil suami tercintanya dengan suara sayup.
Joel tersentak, air matanya segera dikesat menggunakan lengan dan dia berlakon ceria di depan Anzie.
"Eh? Awak dah bangun?"
Anzie tersenyum kepadanya, tetapi dia perasan mata suaminya kemerah-merahan seperti baru sahaja lepas menangis.
"Awak.. menangis? Kenapa..?" Soal Anzie.
"Haha.. tak adalah. Tadi saya gosok mata sebab gatal. Em.. awak haus tak?" Joel masih berlakon seakan-akan tiada apa-apa yang berlaku.
"Saya tak haus.. betulkah awak tak nangis? Apa kata doktor? Baby okey?" Anzie menyoal lagi. Dia tidak tahu bahawa dia sedang menghidap kanser rahim dan ia akan menjejaskan diri dan kandungannya.
Joel terdiam sejenak. Berat sungguh hatinya untuk memberitahukan hal itu kepada Anzie. Dia tidak mahu melukakan perasaan isterinya.
"Ya sayang, saya tak nangis.. doktor kata baby sihat.. awak kena banyak berehat.." ulas Joel. Namun di sudut hati, dia mahukan kesihatan Anzie yang dulu. Bukannya dalam keadaan sakit seperti ini.
"Baguslah.. sorry sebab buat banyak kerja berat dan selalu susahkan awak. Saya janji tak akan buat tu semua lagi." Kata Anzie.
"Awak tak pernah susahkan saya, sayang.."
Joel bangkit dari bangku dan duduk di atas katil. Anak-anak rambut Anzie diselitkan pada telinga. Ketika Joel mengucup bibir Anzie, dia menangis. Anzie lantas memegang mukanya dan bertanya kepada Joel kerana ia sungguh mencurigakan.
"Kenapa awak nangis? Awak kata tadi tak ada apa-apa? Beritahu saya Joel, apa yang tak kena..?" Anzie mulai tidak senang hati bila melihat sikap Joel yang tampak bersedih tentang sesuatu.
"Anzie.. saya nak beritahu awak yang.." bisik Joel tepat di hadapan muka Anzie. Dia terputus berbicara.
"Cakaplah.." Anzie memaksanya.
Joel mengenggam erat jari jemari Anzie sambil menarik nafas yang panjang sebelum memberitakan perkara buruk yang sedang terjadi pada diri Anzie. Dia tidak sanggup membiarkan isterinya tanggung masalah itu seorang diri.
"Kuatkan hati awak sayang.. apa yang saya nak beritahu ni.. sangat menyakitkan untuk didengar.." ulas Joel dengan nada lembut.
Anzie tidak menjawab, dia sedia mendengar apa pun yang akan dikatakan oleh suaminya. Perasaan ingin tahunya semakin mencengkam diri.
"Doktor kata.. awak menghidap.. kanser rahim.." ketika Joel menyuarakan hal itu, dia lantas memeluk Anzie. Tidak sanggup lagi dia menahan sebak di dadanya
Anzie terkesima! Badannya menjadi sejuk, jantungnya berdegup pantas! Mindanya melayang entah ke mana. Badannya yang dipeluk juga bagaikan tidak terasa. Suara tangisan Joel terngiang-ngiang memasuki corong telinganya.
YOU ARE READING
Y'O'M'Y'L (Completed)
RandomI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 WARNING, MATURE CONTENT!! 🔞🔞 Language : Malay, English Genre : Thriller, Romance Kesinambungan dari keseluruhan cerita ANZIE termasuk special edition Dr.Bert & Dear Dave. Adakah ini kesudahan terakhir bagi...