Y.O.M.Y.L (25)

815 42 12
                                    


          Hanya beberapa orang sahabat handai dan jiran bapa Dave yang telah menghadiri majlis hari jadi kecil-kecilannya. Selesai sahaja meniup lilin pada kek, mereka menyambutnya dengan riang dengan hidangan daging panggang beserta minuman keras. Dave asyik berkepit dengan Petsie kerana tidak mahu dia pergi ke mana-mana. Jelas sekali dia ingin melindungi isterinya yang cantik dari mata-mata lelaki. Jared duduk bersebelahan dengan Dave sambil meletakkan beberapa botol minuman keras yang sudah sejuk di atas meja.

       "Dah lama tak minum sama-sama, kan Dave? Isteri awak pandai minum arak ke?" Jared membuka cerita.

        "Haha, pandai. Tapi saya dah lama tak sentuh," Petsie mencelah. Dave seraya memandangnya dengan muka serius.

        "Jangan minum," Dave memberi amaran sedia kepada isterinya. Petsie tergelak dengan amaran itu.

        "Haha.. okey," balasnya.

Jared tersengih, dia tidak mempedulikan adiknya. Lalu menghulurkan sebotol kepada Petsie. Petsie tergamam waktu itu.

         "Ah, sebotol je. Bukannya mabuk pun. Tak baik kongkong isteri tau," katanya kepada Dave.

         "Jared.. saya bukan nak kongkong. Tapi saya suami dia, dia kena dengar apa saya cakap," balas Dave. Ketara sekali dia tidak berpuas hati dengan Jared.

         "Hm.. alright." Sahut Jared. Minuman diteguk, tapi matanya kerap melirik ke arah Petsie.

        "Awak bila nak kahwin?" Dave sengaja menyoal hal peribadi abang tirinya.

        "Haha.. tiada calon. Lagipun saya sibuk di Canada. Saya cuti sebulan je, lepas tu balik ke sana semula." Jawab Jared.

        "Takkan tiada langsung perempuan yang sangkut dengan awak?" Dave bertanya lagi sambil meneguk minuman keras. Petsie hanya menjadi pendengar cerita lelaki mereka.

        "Ramai yang sangkut, tapi tiada yang berjaya menyangkut di hati saya, haha! Lucu kan?" Jared tergelak sendiri.

        "Yeah funny.." Dave menyahut dengan suara kecil saja.

        "Well.. gadis-gadis yang saya jumpa semua sama saja. Mereka cuma nak bermain-main, bukannya serius. Ciri-ciri gadis idaman saya.. tak perlu lah lemah lembut sangat, tapi yang penting dia rajin, penyayang dan hormat dengan orang tua. Dan satu lagi.. saya suka perempuan berambut panjang serta berwarna hitam. Macam saya, haha.." ulasan panjang itu didengar dengan teliti oleh Dave dan Petsie.

Dave meneguk sehingga habis arak di dalam botol kerana ciri-ciri itu serupa dengan isterinya! Dia mengambil sebotol arak lagi dan meneguknya sehingga habis!

        "Dave.. jangan minum banyak sangat. Nanti tak dapat pandu kereta," Petsie menasihati suaminya yang masih mengambil minuman di atas meja.

        "Ha.. dengar cakap dia, Dave. Tak payahlah minum laju sangat. Nanti terpaksa pula kamu tidur di sini kalau awak mabuk, haha.." Jared mencelah.

Dave memandang sinis pada Jared lalu dia berdiri dari bangku. Dia lantas menarik tangan Jared meninggalkan Petsie di meja. Jared tergelak sakan ketika itu. Petsie pula menjadi bingung, tapi dia membiarkan mereka.

        "Ada saya nak cakap dengan awak," kata Dave sambil menarik tangan abang tirinya ke dalam rumah.

Sesampai saja mereka di dalam, Jared terus menyoalnya.

       "What's wrong?"

       "Jared, boleh tak awak kawal cara percakapan awak tu?" Balas Dave.

Y'O'M'Y'L (Completed)Where stories live. Discover now