Y.O.M.Y.L (20)

843 38 14
                                    


              "Lamanya awak ambil handphone?" Ibu doktor Bert menyoal Amanina ketika wanita itu baru saja masuk ke dalam kereta.

              "Hm.. ada masalah sikit tadi. Nanti saya ceritakan lepas sampai di rumah Bert." Balas Amanina sambil menghidupkan enjin keretanya.

Ibu bapa yang berada di belakang, memandang satu sama lain dengan penuh curiga. Amanina tidak berkata apa-apa lagi selepas itu. Keretanya dipandu semula keluar dari kawasan hospital. Mereka akan bermalam di rumah doktor Bert pada malam ini sehinggalah Eliza pulih.

Pada masa yang sama, doktor Bert telah melaporkan kejadian yang berlaku tadi kepada pihak polis. Dia ingin Laura dikenakan tindakan undang-undang kerana percubaan membunuh Eliza. Setiap ruang hospital dipasang kamera litar tertutup, dan ia telah membuktikan bahawa Laura telah memasuki bilik Eliza semasa ketiadaan doktor Bert. Ia telah dirakam secara langsung oleh litar tertutup itu. Kali ini, doktor Bert tidak akan menunjukkan rasa kasihan lagi kepada Laura. Wanita itu akan ditahan selepas saja dia sedar dari pengsan sementara.

~~~~~~

        Celine berlegar-legar di ruang pejalan kaki semasa masih berada di bandar itu. Dia bagaikan seekor burung yang patah sayapnya dan langsung tidak tahu ke mana arah tuju. Tanpa berbekalkan duit, dia menyusuri sepanjang jalan.

'Patutkah saya balik rumah? Macam mana saya nak pergi kalau saya langsung tak ada duit? Kad identiti ada di rumah.. apa saya nak buat sekarang?'

Bisik hati kecilnya. Dia mengeluh sedih dan kasihan pada dirinya sendiri. Dia benar-benar tidak mempunyai seorang sahabat pun di dunia ini. Orang yang mengenalinya hanya seimbas lalu saja, dan dia sering dilupakan.

Tiba-tiba, matanya tertumpu pada sekeping kertas yang dilekatkan pada dinding sebuah restoran yang agak jauh dari premis perniagaan Lyezze. Ia tertulis 'jawatan kosong'. Celine menguatkan hatinya dan terus masuk ke dalam restoran mewah itu tanpa memikirkan apa-apa lagi. Dia cuma inginkan pekerjaan yang ditawarkan pada kertas itu tadi.

Suasana restoran mewah itu memukau dirinya. Ia adalah tempat menjamu selera bagi para bangsawan dan orang-orang kaya. Padamulanya dia ingin keluar semula kerana segan, tetapi bila dia terfikirkan dirinya yang tidak ada hala tuju, dia terus bertanya kepada salah seorang pekerja yang sedang membersihkan meja.

       "Excuse me miss.." tegurnya.

Wanita berpakaian seragam kemas itu segera memandang ke arah Celine. Matanya melirik cara pemakaian Celine yang agak biasa itu. Lalu dia menjawab teguran tadi.

       "Ya?"

       "Err.. saya terbaca kertas diluar tadi. Betulkah mereka nak mencari pekerja? Sebab saya berminat," ulas Celine. Perasaan malu ditepisnya saja.

       "Oh.. kertas tu dah lama. Rasanya majikan kami tak perlukan pekerja lagi," kata-kata wanita itu agak mengecewakan Celine.

       "Em.. okey. Terima kasih.." ucap Celine lalu beredar dari restoran itu dengan wajah kecewa.

Ketika dia sudah berada di luar pintu restoran, wanita tadi memanggilnya semula dengan suara lantang.

       "Cik tunggu dulu!"

Celine terkejut dan lantas menoleh semula ke dalam restoran tersebut. Kelihatan seorang lelaki tua sedang berdiri di samping wanita itu. Celine mengorak langkahnya masuk ke dalam semula.

        "Ya apa dia?" Sahutnya.

Wanita itu tidak berkata-kata kerana lelaki berusia 50-an yang berada di sampingnya menunjukkan muka bengis terhadap pekerjanya itu.

Y'O'M'Y'L (Completed)Where stories live. Discover now