Steve bangun seawal jam 6 pagi untuk menyediakan sarapan buat dia dan Celine. Selesai saja dia mencuci muka, dia terus keluar dari bilik sebelum Celine bangun. Ketika kakinya melangkah keluar dari bilik, pakaian milik Petsie yang dipakai oleh Celine semalam dilihatnya berlipatan di atas meja ruang tamu. Steve gusar! Dia segera menjenguk ke dalam bilik Celine untuk mencari gadis itu. Tetapi bilik itu kosong, tiada sesiapa. Tilam Petsie dikemas rapi tanpa meninggalkan sedikit pun semak."Dia dah pergi?" Bisik Steve ketika masih berdiri di depan pintu bilik Petsie.
Dia balik semula ke ruang tamu. Dipandangnya sejenak pakaian milik Petsie. Lalu dia mengeluh.
"Hm.."
Dia keluar dari rumah dan matanya melirik ke bawah bangunan berharap dapat melihat gadis itu, tetapi kelibat Celine langsung tiada. Dia sudah pergi meninggalkan kawasan perumahan itu awal lagi sebelum Steve bangun.
"Dia pergi di mana? Takkan dia balik rumah seorang diri? Macam mana kalau pemilik kelab malam tu jumpa dia semula?" Steve menyoal dirinya tentang Celine.
Dengan tergesa-gesa, dia masuk semula ke dalam rumah dan mengenakan pakaian kerjanya. Tanpa bersarapan, dia terus keluar dari rumah itu. Dia mahu membantu Celine atas dasar keprihatinan, dan bukan sebab lain. Kerana gadis itu harus diselamatkan dari dunia gelap.
Vrroomm!!
Steve membonceng laju motosikalnya menuju ke arah jalan raya untuk ke rumah Celine. Dia masih ingat lagi jalan itu selepas menghantar gadis itu pulang dulu.
Sesampai saja dia di sana, rumah kecil milik Celine dan bapanya ditenung sejenak oleh Steve. Dia sangat berharap gadis itu ada di dalam. Motosikal, dia tinggalkan di tepi jalan. Dia melangkah masuk ke dalam kawasan rumah yang agak setinggan itu. Barang-barang rosak memenuhi kawasan tersebut. Sungguh jelas sekali kehidupan Celine tidak sebaik orang lain.
Steve menguatkan hatinya untuk mengetuk pintu rumah mereka. Tetapi tangannya terhenti ketika baru sahaja ingin mengetuk pintu kayu selepas terdengar jeritan seorang gadis dari dalam rumah itu!
"Ahh..!! Jangan pa..! Maafkan saya..!"
Steve terkejut! Suara jeritan itu ialah milik Celine! Badannya membahang, dengusan nafasnya semakin menjadi-jadi pada waktu pagi itu! Bunyi hentakan dan pukulan beserta dengan suara Celine mengerang kesakitan mencengkam gegendang telinga Steve!
"Celine! Celine!"
Buk! Buk! Buk!
Steve menjerit memanggil nama gadis itu sambil menumbuk-numbuk pintu rumah. Lalu dia terdengar suara garau seorang lelaki memarahi Celine dari dalam.
"Awak tidur di mana semalam!? Saya dah kata awak kena bayar hutang tu, Celine! Anak tak guna!"
"Saya tak mahu, pa..! Saya tak mahu jadi pelacur..! Saya mahu jaga bapa..!" Suara Celine bercampur tangisan semakin meresahkan diri Steve yang berada di luar.
Tanpa berfikir panjang, dia terus menendang pintu rumah itu dengan kuat!
Brakk..!!
Ia terbuka luas! Celine terkujur di atas lantai dan bapanya yang sedang memegang tali pinggang terkejut dengan tendangan kuat serta kedatangan Steve ke sana.
"Apa semua ni pak cik!? Kenapa awak pukul anak awak!?" Bentak Steve. Dia tidak mempedulikan lagi bapa Celine itu orang tua atau tidak.
"St.. Steve.. kenapa awak datang..?" Celine menyoal dengan suara tersekat-sekat.
YOU ARE READING
Y'O'M'Y'L (Completed)
De TodoI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 WARNING, MATURE CONTENT!! 🔞🔞 Language : Malay, English Genre : Thriller, Romance Kesinambungan dari keseluruhan cerita ANZIE termasuk special edition Dr.Bert & Dear Dave. Adakah ini kesudahan terakhir bagi...