Steve P.O.V • 12

917 39 4
                                    

The Wedding's Day..
*
*

          Seminggu kemudian, perkahwinan antara Steve dan Celine dilangsungkan di sebuah gereja kecil yang hanya dihadiri oleh keluarga kecil Dave dan sahabat handai. Termasuk Anzie dan Joel. Majlis perkahwinan itu dibuat secara kecil-kecilan saja di sana. Steve tidak mahu tunggu lebih lama untuk berkahwin dengan Celine kerana risau gadis itu akan menjadi buah mulut jiran tetangga di bangunan rumah sewa.

Celine memakai gaun putih biasa saja di hari perkahwinannya itu bercalitkan mekap tidak terang pada wajahnya. Dia dibantu oleh Petsie semasa menyiapkan diri. Hatinya tidak pernah berhenti berdegap degup dengan pantas.

'Sebentar lagi saya akan jadi isteri kepada Steve.. betulkah apa yang sedang berlaku ni? Rasanya.. apa Steve fikirkan sekarang? Dia menyesalkah?'

Fikiran Celine melayang jauh semasa berada di pintu hadapan gereja kecil yang dihiasi bunga-bungaan berwarna putih. Perasaannya sungguh gembira tetapi pada masa yang sama ingin menangis kerana pada hari perkahwinannya ini, tiada satu pun ahli keluarga ataupun saudaranya yang tahu mengenai perkara ini.

'Layakkah saya memakai gaun putih ni? Steve.. awak nampak kacak di sana.. kalau suatu hari awak berubah atau ingin bersama orang lain, saya akan relakan awak pergi. Sebab, saya cuma menumpang hidup dengan awak.. terima kasih Tuhan kerana memberikan saya peluang untuk merasakan bahagia ini..'

Dia berucap di dalam hati semasa berjalan perlahan-lahan menuju ke altar dimana Steve sedang menantinya di situ.

Pengantin lelaki yang memakai sut hitam melihat diri Celine yang tampak cantik pada hari ini. Dari jauh lagi Steve memandangnya, tetapi adakah ia pandangan cinta atau sekadar simpati? Celine tersenyum sahaja..

Gadis itu diiringi Petsie sehinggalah tiba di hadapan altar. Steve menadahkan tapak tangannya kepada Celine inginkan gadis itu menyambutnya.

Celine menggeletar! Sungguh cepat masa berlalu, dan kini dia akan berkahwin dengan lelaki yang dicintainya!

Tangan hangat Steve disambut.. dan Celine berdiri tepat di hadapannya bersama paderi yang akan menjalankan upacara perkahwinan mereka. Steve seakan-akan tidak gentar dengan keadaan itu. Dia tampak biasa, tapi dalam hatinya, siapa yang tahu?

Bermulalah segala ucapan beserta doa.. kedua-dua tangan Celine dipegang erat oleh Steve. Celine asyik menundukkan mukanya kerana tidak mahu ditenung oleh bakal suaminya itu..

Segala ayat yang diutarakan oleh paderi menyentuh sanubari Celine. Air matanya mengalir ke pipi bila saat-saat yang ditunggu tiba, bila paderi itu menyoal Steve.

       "Steve Hendry, sudikah awak terima Celine Moses sebagai isteri dan akan setia serta menjaganya sehingga ke akhir hayat?"

Steve diam beberapa saat.. lalu sambil tersenyum, dia pun menjawab.

       "Ya. Saya Steve Hendry sudi memperisterikan Celine Moses dan akan setia serta menjaganya.. sehingga ke akhir hayat.." suaranya lembut sekali. Jari jemari Celine bertambah digenggam kuat olehnya.

Soalan yang sama diajukan kepada Celine oleh paderi.. Celine padamulanya langsung tidak mahu bersuara. Tetapi dia mendongak dan melihat wajah Steve sambil tersenyum.. semasa dia menjawab soalan itu, air matanya tidak henti-henti mengalir deras.

       "Ya. Sa.. saya.. sudi untuk.. menjadi isteri kepada Steve Hendry.. dan akan setia.. serta menjaganya.. sehingga ke akhir hayat.."

Steve tersenyum lebar setelah Celine mengucapkannya. Paderi lantas mengijabkabul kan pasangan itu sebagai suami isteri yang sah di hadapan hadirin.

Y'O'M'Y'L (Completed)Where stories live. Discover now