Dua bulan kemudian......
Hubungan antara Steve dan Lyezze semakin bertambah erat hari demi hari. Kecederaan yang dialami oleh Steve juga telah pulih sepenuhnya. Petsie bersama-sama Dave dan ibunya telahpun berpindah semula ke rumah lama mereka selepas saja kejadian malang yang berlaku dua bulan yang lalu.
Hari ini ialah hari pertama Steve memulakan semula kerjanya di pejabat selepas sembuh dari kecederaan. Dia disambut dengan baik oleh rakan sekerja dan juga majikannya. Ada yang sibuk bertanya tentang perkara yang telah terjadi, tetapi Steve tidak mahu disoal banyak. Dia hanya kata..
"Sorry, saya tak nak lagi cakap tentang benda tu. Yang penting kami semua sudah selamat.."
Rakan sekerjanya faham dan tidak lagi bertanya apa-apa kepadanya. Ketika Steve berada di ruang pantri untuk membancuh kopi sebagai alas perut pagi itu, tiba-tiba seorang gadis berambut pendek paras bahu berpakaian formal masuk ke dalam. Dia agak terkilan kerana dia tidak pernah melihatnya sebelum ini. Gadis itu juga turut kelihatan terkejut melihat Steve.
"Eh, hai.." sapa si gadis. Suaranya ayu dan tidak sekasar wanita-wanita yang bekerja di pejabat itu.
Steve menghirup kopi panas sambil bersandar pada meja pantri. Sapaan gadis itu dibalasnya dengan senyuman.
"Hai.. awak ni siapa? Tak pernah nampak pun?" Steve menyoal.
"Err.. saya pun nak tanya awak soalan yang sama. Saya pekerja baru di sini. Dah sebulan saya mula kerja," balas gadis itu.
Steve menjungkitkan kening tanda faham. Lalu dia berkata lagi.
"Oh.. patutlah saya tak pernah nampak. Saya pekerja lama sini, cuma dua bulan lalu saya tak sihat. By the way.. welcome to the office, i'm Steve." Tapak tangannya dihulurkan kepada gadis itu.
"Haha.. nama saya Celine. Nice to meet you.." balas gadis bernama Celine itu sambil tangannya yang molek menyambut salam dari Steve.
Steve segera menghabiskan kopinya kerana tidak mahu berada di dalam ruang pantri itu lebih lama.
"Nice to meet you too. Em.. saya dah nak start kerja. Happy working," katanya lalu mencuci gelasnya dan keluar dari ruang kecil tersebut tanpa memandang gadis itu lagi.
Celine memerhatikan saja tingkah laku Steve yang agak dingin. Lalu dia tersenyum sendirian di dalam pantri.
'Kacaknya dia..'
Bisik hati kecil si gadis. Gelas dicapai, kopi dibancuhnya. Matanya asyik memandang ke luar pintu, berharap dapat melihat lagi lelaki berbadan tinggi dan berambut hitam itu.
~~~~~~
"Hari ni saya nak belanja kamu semua makan malam. Ha.. tiada sesiapa boleh escape tau? Terutama sekali Steve. Sebab hari ni hari pertama dia masuk kerja semula," umum majikan mereka semasa berada di ruang pejabat yang besar dengan suara lantang.
Steve menggaru-garu kepala, lalu berdiri dari bangku kerjanya.
"Haha.. perlu ke nak makan malam? Tak payahlah bos.." Steve menolak secara halus.
"Ah.. tiada alasan. Awak kena datang juga. Ok semua? Lepas kerja, kita semua pergi ke restoran. Saya belanja," baik sungguh hati majikan mereka pada hari ini.
Steve adalah salah seorang dari pekerja terbaik di dalam pejabat itu kerana dia rajin dan suka membantu orang lain. Majikannya terkesan dengan perkara yang telah dihadapi oleh Steve dua bulan yang lalu. Dan hanya ini saja cara untuk menceriakan semula Steve.
YOU ARE READING
Y'O'M'Y'L (Completed)
De TodoI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 WARNING, MATURE CONTENT!! 🔞🔞 Language : Malay, English Genre : Thriller, Romance Kesinambungan dari keseluruhan cerita ANZIE termasuk special edition Dr.Bert & Dear Dave. Adakah ini kesudahan terakhir bagi...