Y.O.M.Y.L (5)

1.6K 45 9
                                    


         Tangan dan kaki Anzie diikat, mulutnya ditutup menggunakan kain. Badannya terbaring pada tanah di dalam gua itu. Beberapa jam yang lalu, dia telah diperkosa oleh lelaki bernafsu syaitan yang telah menculiknya! Anzie tidak henti-henti menangis dan berharap agar Joel akan datang menyelamatkannya.

Quinn berdiri di hadapan Anzie sambil membetulkan bajunya. Dia tersenyum sinis dan hatinya gembira sekali kerana rindunya telah terubat selepas dipenjara selama setahun lebih. Dia pun duduk di samping Anzie dan mula berbicara sambil tangannya membelai rambut Anzie dengan penuh rasa cinta.

        "Anzie.. sebab awaklah saya jadi macam ni. Kalaulah awak tak jatuh cinta dengan Joel, kita akan bersama. Saya sanggup lakukan apa saja untuk dapatkan awak, sayang.." ulasnya.

Meremang bulu roma Anzie bila mendengar ulasan Quinn itu. Dia sudah menjadi terlalu benci kepadanya!

       "Awak tahu tak macam mana saya boleh keluar dari penjara?" Soal Quinn kepada Anzie. Tetapi Anzie hanya berdiam diri. Kalau tiada kain pada mulutnya, pasti dia akan meludah muka Quinn!

      "Waktu tu, saya berpura-pura sakit.. Polis bodoh tu percaya dan bawa saya pergi ke hospital. Lepas tu.. saya larikan diri. Hahaha!" Kata Quinn lagi.

Penjelasan itu membuatkan Anzie bertambah takut kepadanya. Tidak sangka Quinn begitu licik sekali! Dia sebenarnya sedang diburu oleh pihak berkuasa, tetapi lelaki ini bijak menyembunyikan diri dan menyamar. Dia mahu membalas dendam terhadap Joel serta Dave yang telah menyebabkan dia dimasukkan ke dalam penjara!

        "Anzie, awak sebenarnya hutang cinta dengan saya.. dan, saya nak awak bayar semula semua cinta tu! Awak mahu atau tidak, awak kena lakukan juga! Sebab, awaklah perempuan pertama yang buat saya gila. Saya dah cuba lupakan awak, tapi tidak boleh. Saya.. terlalu sayangkan awak dan setiap kali saya bayangkan awak dengan Joel, saya sakit hati! Kan bagus kalau Joel mati? Kita boleh mulakan hidup baru.. haha.." Quinn berucap panjang.

Jantung Anzie berdegup pantas bila Quinn berkata dia ingin Joel mati.

       "Umm...! Um..!!" Anzie cuba untuk menjerit hinggakan urat pada lehernya timbul.

       "Hahaha! Scream! Scream!!" Jerkah Quinn yang mahu Anzie menjerit lagi.

Anzie tidak lagi menjerit, tetapi dia menangis di hadapan Quinn tanpa memandangnya lagi.

      "Ouch! So touching.. jangan nangis sayang.." kata Quinn lalu mengucup dahi Anzie. Anzie mengelak, tidak mahu dikucup oleh syaitan itu.

      "Oh ya, Dave dah kahwin pula kan? Tahniah sebab dia akan menimang anak tak lama lagi. Tapi.. saya tak akan biarkan dia melihat anaknya! Hahaha! Dia akan tahu macam mana rasa sakit hati kehilangan seseorang!" Bentak Quinn lagi. Anzie terkejut bila dia berkata seperti itu.

   'Apa lagi yang Quinn akan lakukan!?'

Soal hatinya. Dia tidak menyangka Quinn begitu kejam sekali terhadap mereka semua. Rasa risau di dalam hati Anzie kian terasa. Dia khuatir Petsie akan menjadi mangsa seterusnya!

       "Umm..!!" Anzie menjerit sepenuh hati bila Quinn mengangkatnya keluar dari gua itu. Badannya menggeliat untuk melepaskan diri. Entah di mana lagi Quinn akan membawanya.

Quinn tersengih, cengkaman tangannya pada badan Anzie kuat sekali. Dia membawa Anzie meninggalkan gua itu sambil ketawa.

       "Saya dah kenal tempat ni, Anzie. Dulu saya selalu bercuti di sini dan keluar masuk dalam hutan ni. Dan saya tahu, di mana tempat yang sesuai untuk kita hidup bersama.." kata Quinn semasa berjalan di dalam semak belukar.

Y'O'M'Y'L (Completed)Where stories live. Discover now