2018...
Hujan lebat mula turun dengan derasnya membasahi bumi. Amir yang mula sedar tubuhnya sedikit demi sedikit mula basah ditimpa air hujan, cuba mencari tempat untuk berteduh.
Bola matanya memusing ke kiri dan ke kanan seperti tiada arah tuju. Dia juga tiada tempat untuk berteduh. Hujan pula turun semakin lebat dan putih.
Setelah beberapa minit, dia terlihat ada pondok menunggu bas tidak jauh darinya. Sepantas mungkin dia berlari untuk berteduh daripada tubuhnya terus kebasahan.
"Fuhh..." dia mengembus nafas lega sebaik sahaja dia sampai di tempat itu. Baju yang sedikit basah di kibas-kibas supaya kembali kering.
Akhirnya dapat juga dia berteduh dari hujan yang makin deras. Dia tersenyum lega dan rasa sangat bersyukur. Tubunnya jugak tidaklah basah kuyup, cuma bajunya basah sedikit dengan muka dan kepalanya.
Dia mengeluarkan telefon pintar jenama Oppo dari kocek seluar jeans nya lalu membuka aplikasi grab.
Dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu menggunakan aplikasi itu, ini baru kali pertama dia cuba untuk mengunakan perkhidmatan grab. Terkebil-kebil jarinya menekan macam-macam pada skrin telefon itu entah apa yang di tekannya dia sendiri tidak tahu.
"Eh, kenapa handphone terpadam? Alamak bateri habis... Aduh, macam mana ni?" Dia mula rasa gelisah setelah telefon pintarnya mati secara tiba-tiba.
"Aduhh.."
"Nak balikk.." Meraungnya seorang diri dalam hujan tanpa di dengari oleh sesiapa pun. Dia sudah mula buat perangai terencat akalnya di situ setelah gelabah disitu seorang diri.
"Hrmm, hrmm... Nak balik... Mama, nak balik rumah mama..." Amir mula tidak tentu arah seorang diri di situ sambil memandang ke kiri dan ke kanan tidak tahu mahu lakukan apa.
Cuaca semakin gelap. Dia mula kedinginan duduk di situ seorang diri. Dia hanya mampu memeluk tubuhnya dan berdoa agar ada seseorang sudi datang membantu. Sesekali dia akan mengetuk-ngetuk kepalanya supaya dia dapat bertenang.
Hujan pulak makin lebat, tempias hujan terkena pada kulitnya membuatkan dirinya tambah kedinginan. Jam di tangannya menunjukkan tepat pukul 6.50 minit petang. Kereta yang lalu lalang di situ hanya berlalu sahaja tanpa ada seorang pun yang sudi datang membantu. Sesekali percikan air dari tayar kereta terkena pada Amir.
Tiba-tiba, ada sebuah kereta berhenti tidak jauh darinya. Seseorang keluar dari kereta jenama Honda berwarna putih tersebut dan dengan pantas sekali lelaki itu menuju datang ke arah Amir.
Amir yang kesejukkan itu terus memeluk tubuh, tanpa mengiraukan seseorang yang keluar dari perut kereta tersebut. Matanya dipejamkan serapat boleh. Dia cuba bayangkan yang dia sekarang berada di tempat yang selesa dan nyaman.
"Awak! Awak yang duduk kat situ! Hello?! Boleh dengar suara saya tak?!" Sahut satu suara yang ditelan oleh bunyi hujan deras.
'Eh, siapa yang panggil?' Ucap Amir dalam hati.
Perlahan-lahan Amir membuka kelopak matanya lantas, dia memandang ke arah lelaki itu. Sudah tentunya lelaki itu sedang bercakap dengannya kerana hanya dia yang berada di situ. Amir memandang lelaki itu kembali dengan dahi yang berkerut menahan kesejukkan.
'Eh, abang ni?' Kata Amir dalam hati sambil matanya tertancap pada jejaka bertubuh sasa di hadapannya itu.
Kini, mereka saling bertentangan mata..
YOU ARE READING
HANYA RINDU |BL| (COMPLETED)
RomantizmKisah cinta yang terlarang telah memisahkan mereka berdua selama tiga tahun. Pertemuan yang tidak di jangka telah menemukan mereka kembali. Namun, segalanya telah berubah kerana Amir mengalami hilang ingatan dan dia langsung tidak mengenali siapa Ji...