1

21.3K 391 108
                                    

Taehyung masuk ke dalam Blue Zone itu bersama-sama dengan pembantu makmal yang baru sahaja diterima untuk bekerja. Syarikat ini mahukan lepasan universiti yang mengambil course biochemicals. Maka dengan itu, ramailah kenalan Taehyung di sini. Dari pelbagai sudut, kelihatan beberapa tiub yang dipenuhi air yang masih belum diketahui kandungannya dan bahan uji kaji yang sedang dikaji oleh syarikat ini. Mereka juga mengeluarkan propaganda tentang inovasi manusia dan secara tak langsung menarik minat Taehyung untuk bekerja di situ.

"Disini kamu dapat lihat betapa banyaknya tiub yang dipenuhi dengan manusia. Jangan risau, kebanyakkan daripada mereka merupakan penjenayah yang akan dihukum gantung mandatori. Jadi, kegiatan ini langsung tak bercanggah dengan hak asasi manusia." Kata seorang saintis yang memandu kata ke sekitar makmal yang besar ini.

Kemudian Taehyung melangkah masuk ke dalam bilik yang dikatakan Yellow Zone itu. "Disini pula kami mengkaji mayat-mayat supaya kita dapat tahu apakah penambahbaikan yang kita dapat lakukan untuk manusia yang masih hidup" tambah saintis itu,"Oh, sudah tentu, kami ambil mayat-mayat ni semua daripada hospital. Dan mayat-mayat ni nampaknya tiada sesiapa yang nak claim. Jadi, apa salahnya jika mereka berkhidmat untuk kemanusiaan walaupun sudah mati?"

"Ada juga beberapa orang yang tidak dimasukkan ke dalam tiub supaya kita dapat tahu personaliti dan cara penerimaan inovasi manusia terhadap mereka. Sel-sel mereka yang bermutasi aku dipantau secara detail dalam satu bilik khas yang akan menempatkan golongan ini sahaja" tambah saintis itu apabila mereka memasuki satu kawasan yang dipanggil Red Zone yang mempunyai cermin condong di sekeliling kaki limanya. Terdapat juga manusia yang berada di bawah tempat mereka berpijak ini berkelakuan ganas dan bagaikan menahan keperitan.

Taehyung terasa tidak sedap hati dengan kegiatan yang dilakukan oleh syarikat ini. Sekalipun eksperimen terhadap kemanusiaan ini berjaya, maksudnya, mereka akan mengeluarkan inovasi tersebut sebagai satu produk yang boleh digunakan oleh manusia seantero dunia? Bukankah melalui perkara tersebut eksperimen ini mampu untuk mencabar hak asasi manusia?

"Akhir sekali, kita berada di Black Zone. Tiada sesiapa di antara kamu yang boleh melangkah masuk ke dalam zon ini. Di sini, kami melakukan eksperimen yang paling cepat dan berisiko tinggi. Letupan berskala besar juga boleh berlaku di sini. Selalunya, kita akan menggunakan jalan yang paling selamat untuk melakukan uji kaji tetapi di sini kami akan sentiasa mencipta bahan yang boleh mempercepatkan proses itu dan semestinya keselamatan bahan uji kaji menjadi prioriti kedua kami" saintis itu hanya berhenti di situ bagaikan menunggu sesuatu.

"Maaf lambat" tiba-tiba ada seorang saintis yang kusut masai keluar dari pintu Black Zone.

"Nama saya Namjoon. Ketua kamu. Mulai hari ini, kamu akan bekerja di bawah saya. Sebarang pertanyaan tentang apa sahaja yang kamu perlu lakukan akan diberikan setelah aku dipecahkan kepada tiga zon yang kamu lalui sebentar tadi. Saya pasti tiada seorang pun daripada kamu semua yang bukan bijak pandai. Maka, tak adillah jika saya memberikan kerja yang mudah kepada mereka yang layak menimba ilmu baru. Jadi, saya nak kamu semua masuk ke bilik yang berada di hujung sana dan tuliskan pada sticky note berwarna nama-nama kamu. Warna sticky note melambangkan zon tempat kamu ingin bertugas. Jadi, fikirkan betul-betul" lelaki bernama Namjoon itu terus sahaja masuk semula ke dalam kawasan Black Zone.

Taehyung termenung. Diikutkan hati, dia mahu sahaja untuk memilih Blue Zone, tetapi, sudah semestinya kerja it akan jadi membosankan kerana tiada interaksi. Kalau bekerja dalam Yellow Zone pula, dia sudah muak dan lali dengan tugas forensik yang senantiasa diberikan kepadanya. Sampai pada suatu ketika, deria baunya seperti sudah rosak akibat hari-hari bau mayat. Kalau Red Zone pula, memang boleh berinteraksi, tetapi, dengan manusia yang berkelakuan tak siuman? Taehyung menggelengkan kepala.

Nama Taehyung dipanggil dan Taehyung akhirnya masuk ke dalam bilik itu. Ramai di antara mereka yang memilih Blue Zone. Mungkin mahukan kerja yang senang dan bayaran yang mahal. Tetapi tiada seorang pun yang inginkan Red Zone. Taehyung terpana. Kenalan yang selama ini sentiasa melakukan thesis dan eksperimen dengannya juga memilih Blue dan Yellow Zone. Taehyung berasa sedikit kecewa dengan mereka. Tanpa berfikir panjang, Taehyung terus sahaja menarik sticky note berwarna merah dan menulis namanya di belakang sticky note itu agar tiada sesiapa yang boleh melihat. Cepat-cepat dia menampal kertas itu pada bahagian Red Zone dan keluar daripada bilik tersebut.

Selang beberapa minit, saintis yang tadi menjadi guide mereka keluar daripada bilik yang menjadi tempat menggundi itu.

"Baiklah, berikut merupakan keputusan kumpulan. Seperti yang anda semua tahu, kami akan memberikan test untuk sesiapa sahaja yang akan bekerja di sini dan nampaknya, hanya beberapa daripada kamu yang berjaya" ayat itu disambut dengan bisikan daripada semua orang.

"Mereka yang akan bertugas di Blue Zone, tiada" habis sahaja pengumuman itu berkumandang, ada diantara mereka yang mengamuk. Ada juga di antara mereka seperti mahu menangis. Ada juga yang menundukkan kepala.

"Seperti yang saya katakan sebentar tadi, saya takkan berikan kerja-kerja mudah kepada mereka yang berilmu. Maka, sesiapa yang memilih Blue Zone, sila keluar daripada bangunan ini sekarang" Namjoon tiba-tiba keluar daripada celah-celah manusia yang mengamuk.

Namjoon tiba-tiba merampas helaian keputusan daripada saintisnya lalu ketawa, "Daripada 37 orang intern yang masuk sini, hanya seorang sahaja yang pilih Red Zone? Kamu semua biar betul? Disini bukan tempat untuk bermain!" tengking Namjoon tiba-tiba. Mereka yang memilih Blue Zone tadi terus terdiam.

"Kamu ingat, kami hanya mahu memberi kamu makan walaupun kamu tak berfungsi untuk kami? Fikiran naif jenis apa yang masuk dalam minda kamu? Kamu ingat, syarikat sebesar ini sanggup untuk merugikan diri sendiri dengan memberikan kamu kerja-kerja yang hanya menggunakan kertas? Kamu fikir, kami inginkan pekerja untuk perkara seremeh itu sedangkan di sini terdapat ramai lagi saintis handal dan lebih berpengalaman daripada kamu?!" herdik Namjoon lagi.

"Saya hampa dengan pilihan anak-anak muda sekarang. Lima orang yang memilih Yellow Zone dan seorang yang memilih Red Zone, masuk ke makmal saya sekarang" arah Namjoon tiba-tiba. 

✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜWhere stories live. Discover now