Taehyung meletakkan kotak di atas meja kerja Sara yang berada dalam bilik 0001. Taehyung memandang ke segenap pelosok bilik itu. Dia teruja dengan keadaan bilik ini. Memang patut Jungkook mempunyai muka pucat dan bentuk badan seperti itu. Alatan di dalam bilik bukan main-main.
Taehyung terus duduk di tempat Jungkook selalu berbaring, di atas kerusi yang selalu ada di klinik gigi. Dari situ, kelihatan jelas beberapa wayar yang disentap secara sengaja. Terdapat juga kesan darah yang banyak di atas lantai dan beberapa lubang kecil disebabkan oleh bahan kimia yang terlampau berasid dan terlampau beralkali.
Di dalam bilik itu juga, terdapat simbol yang sedang disiasat oleh Taehyung. Ianya terletak pada dinding, betul-betul di hadapan kerusi itu. Taehyung beranggapan Jungkook sudah muak dengan simbol itu kerana terpaksa memandangnya tanpa rela selama lapan tahun.
"Jadi, kita akan mulakan dengan laporan yang lama dulu. Awak periksa Haru punya" arah Sara.
Taehyung terus berjalan ke arah Sara dan duduk di salah satu kerusi di situ. Satu per satu helaian kertas yang sudah kuning itu diselak, dan setiap satu huruf dan perkataan yang tertulis dibaca dengan penuh teliti. Kadang-kadang, Taehyung ada juga bertanya berkaitan bahan-bahan kimia dan tindak balas yang dia kurang fahami.
Taehyung mengambil beberapa nota dan gambar tentang tindak balas Haru terhadap asid kuat. Dia juga baru tahu bahawa perwatakan sebenar Haru bukanlah seperti yang dia sangka. Dia sebenarnya langsung tidak mengenali Haru.
Bukan itu sahaja, Haru sebenarnya merupakan spesimen pertama dan terulung bagi Namjoon. Namjoon berusaha keras bagi mengubah suai Haru dan kebanyakkan daripadanya telah berjaya. Tapi, menurut Sara, Namjoon mengambil Haru secara tidak rasmi.
Apabila Taehyung membaca dan meneliti laporan pada tahun 2014, dia mendapati ada seorang lagi saintis selain Namjoon dan dirinya yang terjebak dalam menjaga Haru. Dengan segera, dia menunjukkan nama itu kepada Sara.
"Siapa dia ni? Dia kerja lagi ke kat sini?" Soal Taehyung.
Sara yang sedang sibuk menulis nota mengambil laporan 2014 iru daripada Taehyung dan membaca perincian yang tertulis.
"Oh, Kim Seokjin. Dia ni bekas director. Sebenarnya, saya yang gantikan tempat dia. Seokjin cedera parah dan satu letupan masa nak kaji tindak balas satu spesimen" jawab Sara kemudian memberikan Taehyung buku laporan itu kembali.
Taehyung menyambut buku laporan itu dan meletakkannya di atas meja.
"Kenapa Seokjin kaji spesimen lain kalau dia dipertanggungjawabkan untuk kendalikan Haru?" Taehyung menyelak lagi helaian laporan bagi mencari laporan yang ditulis oleh lelaki yang bernama Kim Seokjin itu.
"Masa tu, kami tak cukup kakitangan. Kebanyakkan saintis yang berani ambil risiko belum habis belajar" Sara mengangkat bahu.
"Jadi, lelaki ni kat mana sekarang?" soal Taehyung lagi.
"Saya sendiri pun kurang pasti. Lepas letupan berlaku, dia koma seminggu dan terus letak jawatan. Namjoon juga ada merungut sebab Seokjin tu menghilangkan diri. Saya bukannya rapat sangat dengan Seokjin tu" Sara langsung tidak memandang muka Taehyung.
"Teruk ke kecedaran dia?"
"Hmm, muka dia hancur, kaki dan tangannya dia pun banyak terkena bahan kimia. Tapi keajaiban berlaku dan dia masih hidup" Sara memluk tubuhnya.
Kepalanya digerakkan bagi mengerangkan rasa lenguh akibat lama menunduk dan membaca.
"Jungkook kenal tak Seokjin ni?" Taehyung memandang ke arah Sara.
"Kenal. Sudah semestinya. Kebanyakkan spesimen yang wujud pada zaman tu kenal sangat dengan Seokjin. Walaupun hanya Haru dan Jungkook yang masih hidup" Sara tersengih.
Dia terfikir tentang berapa ramai spesimen yang telah menjadi korbannya. Sejak kebelakangan ini, dia baru sedar yang dia telah membunuh ramai orang tanpa dia sedari. Kadang-kadang, dia sampai bermimpi tentang mereka.
"Seokjin ni, dia baik. Walaupun dia mempunyai visi yang sama dengan Namjoon, namun dia tidak ekstrim. Sudah banyak eksperimen Namjoon yang dia halang sebab kemungkinan besar akan meragut nyawa spesimen. Walaupun Namjoon bengang dengan Seokjin dan mereka selalui bertengkar, Namjoon sedar yang dia memerlukan Seokjin."
Taehyung mengangguk. Pen yang berada di dalam tangan menulis sesuatu.
"Maksudnya, ada kemungkinan Haru dan Jungkook minta tolong Seokjin masa mereka larikan diri?" soal Taehyung.
"Kemungkinan besar, ya. Tapi, memang betul pun kata Namjoon, keadaan mereka berdua tak stabil. Diaorang perlukan ubat-ubatan untuk hidup. Kalau mereka dapat bertahan selama sebulan, maksudnya memang ada orang yang selamatkan mereka" Sara memandang Taehyung.
"Rasa-rasanya, Namjoon pergi mana?" soal Sara pula.
Walaupun dia asyik tak sependapat dengan lelaki bernama Namjoonitu, hatinya tetap gundah gulana tentang keselamatan lelaki yang tidak berperikemanusiaan itu. Dia tu sudahlah banyak musuh. Dengan Haru dan Jungkook terlepas, nyawa lelaki itu semestinya terancam.
Taehyung hanya mampu mengangkat bahu. "Rumah Seokjin, mungkin?" balas Taehyung akhirnya selepas mendiamkan diri beberapa saat.
"Kenapa dia nak pergi ke sangkar musuh?" dahi Sara berkerut.
"Kan awak juga yang kata, walaupun Namjoon dan Seokjin tak sependapat, tapi Namjoon perlukan lelaki tu. Lagipun, walaupun kita baru terfikir pasal Seokjin sekarang, saya pasti Namjoon dan terfikir sejak dia dengar cerita tentang rumah saya dipecah masuk kemudian lukis simbol Black Zone ni" Taehyung meneruskan kerjanya.
Sara mengangguk. Akhirnya, suasana kembali sunyi. Hanya bunyi helaian kertas yang diselak sahaja yang kedengaran.
Beberapa minit kemudian, Taehyung berhenti. Dia berdiri dan mengeliat. Dia terus berjalan ke arah water dispenser dan menuang air sejuk ke dalam cawan kertas itu lalu meneguknya rakus.
"Nak tanya, Jungkook ni kena jadi spesimen sebab apa?" soal Taehyung sambil cawan kertasnya dilekapkan pada bibir.
Sara berhenti menulis dan membelek kertas yang berada di hadapannya. Dia memandang ke arah Taehyung.
"Kenapa nak tahu? Bukan penting sangat" Sara cuba untuk mengelak dari menjawab soalan itu.
"Apa yang Jungkook dah buat sampai masuk sini? Secara rasmi pulak tu" Taehyung berjalan kembali ke tempat duduknya.
Sara kaku.
YOU ARE READING
✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜ
Science Fiction° ᴬ ᴹᴬᴸᴬᵞ ᶠᴬᴺᶠᴵᶜ ᶠᴿᴼᴹ ᴿᴬᵁˢᶻᵞᴰᴬᴵ ° in which his whole existence is a labyrinth. cover made by my best buddy: @cryingat5am Publish : 30/12/2019 End :11/3/2020