3

2.6K 177 87
                                    

Kad yang baru sahaja dia dapatkan daripada pembantu peribadi bosnya tadi digunakan untuk membuka pintu masuk ke Red Zone. Walaupun ruang Red Zone boleh dilihat dari kaki lima, tapi sebenarnya Red Zone berada di ruang bawah tanah di mana semakin dalam ruang suatu spesimen, semakin berbahaya spesimen tersebut. Dan secara ironi, Taehyung berada di tingkat paling bawah iaitu tingkat B5. 

Pada satu tingkat bawah tanah ini, terdapat lebih kurang 20 ruangan yang memuatkan spesimen. Pembantu peribadi Kim Namjoon juga menyatakan bahawa kawasan ini terus berhubung dengan Black Zone melalui satu pintu yang semestinya Taehyung tidak mempunyai akses. Taehyung juga diberitahu bahawa spesimen pada tingkat B5 dan B4 merupakan spesimen yang baru keluar daripada Black Zone.

Taehyung sejujurnya masih kurang faham dengan keadaan dia sekarang. Bukankah lelaki tadi kata dia masih tidak percaya kepada dirinya? Mengapa perlu memberikan tugasan seberat ini? Ataupun memang semua saintis saya bekerja dalam zon ini bermula dari tingkat yang paling bawah?

Taehyung berjalan pantas menyusuri kaki lima yang dikelilingi oleh bilik kebal yang dindingnya diperbuat daripada logam paling keras iaitu Tungsten. Di dalam ruangan yang sempit lagi sesak kerana kekurangan oksigen ini, terdapat satu spesimen yang mampu memanipulasi haba dan ada pula yang sekuat badang. Takat lebur Tungsten ialah 3500 darjah celsius dan suhu tersebut tidak mungkin dapat dicapai sebelum spesimen tersebut cair dengan sendiri dan kekuatan maksima logam tersebut ialah 1500Mpa dimana rempuhan tanpa henti pun tidak mampu untuk meremukkan dinding ini.

Kaki Taehyung berhenti betul-betul di hadapan pintu yang mengandungi spesimen yang ditugaskan kepadanya. Baru sekarang dia tersedar tentang keadaannya sekarang. Sesiapa sahaja yang berada di dalam tidak mampu bercakap namun lelaki itu mahu dia untuk berkomunikasi dengannya. Sukar baginya untuk mempercayai bahawa seorang wanita mampu melkaukan pembunuhan bersiri. Jika benar dia seorang yang buta, kemungkinan untuk melakukan dosa tersebut semakin tipis.

Tapi bukan dia yang sepatutnya berfikir tentang hal itu. Taehyung meletakkan kadnya pada suatu permukaan sebelum permukaan tersebut mengeluarkan cahaya yang berwarna biru menandakan identitinya sedang dikenal pasti. Sebaik sahaja pintu dihadapannya terbuka, dia terus melangkah masuk ke dalam untuk mendapati wanita bernama Haru itu melekatkan mukanya pada cermin yang mengasingkan tempat pemerhati dan spesimen dengan mata terbelalak tanpa berkata apa-apa selain daripada beberapa bunyi seakan menyanyi yang Taehyung tidak mampu untuk tafsirkan. 

Taehyung akhirnya bergerak secara perlahan ke belakang dengan mulut yang ternganga namun anak tekaknya mengunci suaranya di dalam. Matanya mula berair dan akhirnya dia tersadung pada kaki sendiri dan terduduk menyebabkan pintu yang terbuka tertutup semula. Taehyung menutup mulutnya. Dadanya berombak akibat terlampau terkejut. Adegan jenis apa yang baru sahaja dia saksikan? Apa yang dia telah lalui semasa berada di dalam Black Zone yang menyebabkan dirinya dalam keadaan sebegitu rupa? 

Taehyung memandang ke kanan dan kiri. Tiada satupun pintu atau pun ahli siantis lain yang berada di situ. Dia cuba mengambil nafas perlahan sambil mengurut dadanya. Sesekali dia berdehem bagi mengembalikan suaranya yang tersekat. Dia mula bangun dan memperbetulkan kotnya yang dipakainya.

Sekali lagi, dia meletakkan kadnya pada scanner dan masuk ke dalam bilik tersebut. Pada mulanya dia menutup mata tetapi selepas menarik dan menghembus nafas beberapa kali, dia membuka mata perlahan-lahan. Kali ini, wanita bernama Haru itu sedang duduk bersila membelakangkan dirinya.

Taehyung cepat-cepat duduk di kerusi pejabat beroda yang tersedia dan membuka komputer di hadapannya. Apabila komputer itu terpasang, dia dapat melihat bilik ini dari setiap sudut. Wajah Haru yang termenung itu juga terpampang di hadapannya. Apabila diamati, wajah tersebut tidaklah menakutkan. Taehyung tersenyum sendiri. 

Di dalam ruangan Haru, terdapat banyak bunga yang tertanam. Budak itu sahaja, lantainya juga dipenuhi oleh kelopak bunga. Kesemua bunga pula masih hidup dan segar. Taehyung masih tidak dapat menggagak personaliti sebenar makhluk di hadapannya. Yang paling pasti, wanita ini semestinya sudah dimutasi dan tidak patut digelar manusia lagi.

"Hai, nama saya Taehyung. Penjaga awak mulai hari ini" Taehyung memberanikan diri dengan mendekatkan dirinya di dalam cermin dimana Haru bersandar. 

Tiada balasan yang diterima.

"Boleh berkenalan?" suara Taehyung masih tersekat tapi masih boleh difahami. Suara yang dalam menyebabkan wanita itu sedikit tersentak dan duduk tegak walaupun bersandar pada cermin. 

"Kalau awak terima saya sebagai penjaga awak, letakkan tapak tangan awak atas tapak tangan saya, walaupun ada cermin tebal ni" Taehyung tersenyum sendiri sekaligus meletakkan telapak tangannya yang besar itu pada cermin yang tebal itu.

Haru berpaling, namun dia tidak melakukan apa-apa pergerakan. dia hanya memerhatikan wajah Taehyung di sebalik rambut hitamnya yang panjang.

"Kasho hyoka" walaupun Taehyung hanya mampu mendengar perkataan itu dan langsung tidak memahaminya, Haru masih lagi membuat bunyi-bunyi bisikan yang agak menyeramkan sehingga bulu roma Taehyung berdiri tegak. 

Haru perlahan-lahan merangkak ke balakang dan berbaring di atas lantai. Dinding yang tebal dipenuhi dedaun dan lumut di sebelah sana bagaikan dunia yang berlainan. Haru yang bergerak secara spontan seperti memeluk diri sendiri itu terus sahaja menjadi catatan Taehyung. Dia tidak mahu kerjanya tergendala disebabkan perangai Haru yang tidak mahu melayannya.

Namun, setelah habis di mencatat segala apa yang berlaku sejak ayat pertama keluar dari mulutnya, tangannya tiba-tiba melakukan garisan-garisan yang bersambung menjadi satu lukisan. dia melukis secara teliti berpandukan permandangan yang dapat dilihatnya sekarang. 

Beberapa minit kemudian, dia memandang lukisan itu dan tersenyum. 

"Saya ada hadiah untuk awak. Kalau awak tak suka saya, saya akan buat apa suka pada saya. Saya tak kisah kalau saya perlu menyorok di belakang buku laporan hari-hari untuk masuk dalam bilik ini. Awak ialah tanggungjawab saya sekarang" Taehyung melekatkan kertas yang berisi contengan lukisan itu pada cermin yang memisahkan mereka berdua.

"Saya naik dulu"

✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜWhere stories live. Discover now