"Kau okay tak? Sakit sakit lagi ke? Tak payah paksa diri sangat" pesan Jungkook sambil menghulurkan segelas lemonade kegemaran Haru.
"Aku okay lah. Tak payah nak risau sangat. Semalam tu macam kena gigit semut je" balas Haru sambil menyambut cawan yang dihulurkan dengan senyuman ikhlas. caring sangat budak ni.
"Banyaklah kau punya gigit semut" Jungkook naik menyampah dengan perangai haru yang entah bila baru mahu berubah. Asyik nak merisaukan dirinya sahaja.
"Kau pergilah buat kerja. Pandailah Jin oppa jaga aku kat sini. Lagipun dia pandai masak, kenyang sikit perut aku kat sini. Pastu bolehlah aku masuk kepala Taehyung tu lagi nak curi idea untuk invention baru Jin oppa" Haru bagaikan menghalau Jungkook pergi.
"Tak nak! Selagi kau tak ada kat sebelah aku, tak ada makna aku nak tenang dekat tempat tu. Dahlah kat sana bahaya, kalau jadi apa-apa dekat aku macam mana?" soal Jungkook sambil mengjungkit kening.
Haru tersengih dengan pernyataan Jungkook. "Gedik bebenor" Haru menggelengkan kepalanya kemudian menyisip sedikit air dari dalam cawan.
"Biarlah aku nak gedik ke, macho ke, dengan kau je pun" Jungkook sengaja menaikkan marah Haru.
"Ei, siapalah yang nak kawen dengan kau nanti, aku rasa, belum malam pertama dah minta cerai" Haru membalas paku buah keras. Geram dengan perangai Jungkook yang asyik ingin berkepit dengannya. Rimas!
"Ei, aku kawenkan kau orang berdua kang! Asyik nak bergaduh aje. Aku panggil masuk makmal tak ada sorang pun jawab!" bebel Seokjin yang muncul dari tangga sambil bercekak pinggang.
"Sorry hyung" Jungkook tersengih dan bangkit berdiri, berlari masuk ke dalam makmal di tingkat dua selepas sengaja mengerakkan tangan Haru yang memegang cawan berisi sir manis itu. Nasib baik tak tertumpah.
"Jeon Jungkook!" jerit Haru sampai satu rumah sehingga ke perkarangan dapat dengar suara garang Haru.
"Kau ni kan, kalau sehari tak kacau aku, tak sah!" bebel Haru sambil berlari mengejar kelibat Jungkook yang hilang di balik pintu.
Selang beberapa minit, Seokjin melangkah masuk ke dalam makmalnya dan hanya memandang Jungkook dan Haru yang sedang duduk di atas sofa yang empuk.
"Keadaan dia agak stabil, macam yang kau cakap, masih ada kesan dadah tu lagi dalam badan dia" Seokjin terus memulakan perbincangan mereka sambil tangannya menunjukkan ke arah gambar Taehyung yang sedang berbaring. "Aku rasa, dia banyak kali overdose dadah ni, sebab tu dia mampu adapt dengan ubat tu walaupun dah lama tak consume" Seokjin membentangkan teori dia.
"Haru, kau memang tak ingat langsung pasal dia ni ke? Tak pernah langsung berinteraksi ke dengan dia?" soal Jungkook apabila Seokjin habis bercerita.
Haru hanya mengangkat bahu dan menggeleng sedikit. Jujur, pada hari pertama dia tahu bahawa Taehyung berada di dalam bot itu bersama dengannya, dia terasa seperti mahu muntah. Bukan kerana jijik dengan Taehyung, tetapi kerana teringat segala keperitan yang dia telah lalui di dalam bot itu.
"Kau tak nak tegur dia ke dalam kepala?" soal Jungkook lagi.
"Aku dah cuba. Tapi tak dapat. Dalam kepala dia gelap. Dia memang koma betul bukannya separa koma macam hari tu" Haru menggeleng lagi. Dia sedikit hampa kerana tidak mampu untuk membantu Taehyung sedar kembali.
"Enough pasal Taehyung, aku nak cerita pasal musuh kita" Seokjin membentangkan beberapa video rakaman bertutup yang terdapat pada apartment Sara. Ianya semua dibentangkan secara hologram dan mampu dikawal dengan pergerakan selagi pembentang memakai gelang yang direka khas untuk alat itu.
"Diaorang sengaja letak sesuatu dekat kereta Sara dan macam yang aku jangka, ekspresi diaorang terus berubah kepada panik. Masalahnya sekarang, benda tu semua dah terbakar. Jadi, kita dah tahu yang musuh kita memang betul-betul target si Taehyung ni" Seokjin membesarkan beberapa rakaman untuk ditunjukkan kepada Haru dan Jungkook.
"Lepas tu, aku dapat call daripada Namjoon katanya, Sara baik baik je dalam hospital. Dia pun masih belum sedar" Seokjin memandang tepat ke arah Jungkook membuatkan lelaki itu kekok.
"Jadi, ada apa-apa maklumat baru tentang musuh kita?" soal Haru, kerana malas mahu melayan kerenah dua orang lelaki yang asyik mahu mengusik satu sama lain itu.
"Well, fair enough, spy kita dari dalam dah dapat hasil interrogation dia dengan penunjuk perasaan yang belasah si Taehyung tu." Seokjin membuka satu fail suara dengan hanya menekan hologram.
"Ehem, hai, saya pegawai siasat awak. Mulai daripada sekarang sampai lagi 48 jam, saya akan soal awak bermacam soalan berkaitan jenayah yang telah awak buat. Menurut ujian pengesahan doktor, awak tak mempunyai amnesia disebabkan hentakan yang dibuat oleh defendan, dan ini bercanggah dengan apa yang awak laporkan kepada pegawai siasat awak sebelum ini. Apa motif awak sebenarnya?"
"Saya nak bercakap dengan peguam saya"
"Awak sepatutnya lebih tahu bahawa pihak polis ada kuasa sepenuhnya terhadap awak, 48 jam selepas awak diberkas. Tapi, kes awak lain sebab awak cedera dan perlu menempuhi banyak prosedur perubatan demi menjaga kesahihan keterangan awak. Jadi, saya ulang sekali lagi, apa motif awak sebenarnya?
"Saya tak akan buka mulut"
"Baik, kalau macam tu, soalan saya yang kedua, siapa yang arah awak cederakan defendan?"
Tiada suara terlafaz buat sementara waktu.
"Mereka dah mati"
"Jangan nak tipu!"
Bunyi meja dihentak kedengaran.
"Awak fikir saya bodoh?"
"Mereka betul-betul dah mati. Ada orang lain dah ambil alih kuasa tempat kami. Orang tu, gila. Dia ubah segala-galanya. Tapi sebab dia, kami jadi kuat. Buat apa dia arah saya untuk bunuh lelaki tu? Hanya dia yang tahu kenapa. Tapi, saya nak bagi amaran pada encik polis. Orang yang nampak baik di mata encik, tak semestinya berkelakuan serupa malaikat. Dia syaitan yang dilaknat!"
YOU ARE READING
✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜ
Science-Fiction° ᴬ ᴹᴬᴸᴬᵞ ᶠᴬᴺᶠᴵᶜ ᶠᴿᴼᴹ ᴿᴬᵁˢᶻᵞᴰᴬᴵ ° in which his whole existence is a labyrinth. cover made by my best buddy: @cryingat5am Publish : 30/12/2019 End :11/3/2020