12

910 102 35
                                    

Taehyung mengemas katilnya kerana buat julung kalinya dia keluar daripada hospital itu. Kakinya melangkah keluar kemudian dia menyapa jururawat dan doktor sama ada yang merawatnya dan yang tidak.

Walaupun mukanya ceria dan ramah, dia tidak boleh menafikan bahawa di dalam kepalanya ligat berfikir tentang identiti 0000. Dia syak Haru ialah 0000 sebab satu-satunya spesimen yang dia kenal ialah Haru. Mungkin 0000 ialah nama Haru semasa di dalam Black Zone.

Tetapi aneh bin ajaibnya, Haru tidak pernah walau sekalipun menjenguknya apatah lagi memberikan apa-apa hadiah tanda minta maaf kerana telah menyebabkan dia pengsan selama sebulan. Sekurang-kurangnya berilah tanda bahawa dia masih hidup.

Sebaik sahaja Taehyung keluar dari lobi, dia terus berjalan menuju ke perhentian bas. Telinganya disumbat dengan airpods sambil lagu 4 o'clock nyanyi BTS berkumandang perlahan. Lagu itu sememangnya menenangkan.

Sesampai sahaja di perhentian bas, Taehyung duduk dan memandang ke kiri dan kanan. Kemudian, dia menggeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail satu nombor. Telefonnya berdering namun orang di sebelah sana tidak menggangkat. Taehyung mengeluh.

"Call siapa?" Soal satu suara.

Taehyung terus sahaja memandang ke arah mana datangnya suara itu.

Matanya membulat. Seorang wanita berpakaian serba hitam dan ketat serta seksi mengambil tempat di sebelahnya. Taehyung meneguk liur. Dia memandang wanita itu dari atas sampai bawah. Dengan kasut tumit tinggi yang incinya tak boleh bawa bincang dan rambut ikal mayang berwarna hitam dengan bau haruman bunga yang menarik perhatian.

Namun pada hakikatnya, Taehyung langsung tidak berminat dengan perempuan itu.

"Kenapa tak jawab?" Soal wanita itu lagi.

Taehyung menarik keluar airpod miliknya dan memandang tepat ke arah wanita itu. Mukanya agak familiar namun  kepalanya tidak mempu mengorek ingatan.

"Siapa awak ni?" Soal Taehyung dengan wajah polos. "Stalker ke?" Taehyung menuduh kemudian memeluk tubuh sambil menjauhkan diri dengan muka geli-geliman.

"Awak tak kenal saya? Serius?" Wanita itu ketawa. Mulutnya ditutup.

"Tapi saya macam pernah dengar suara awak" Taehyung berfikir semula.

"Taehyung, saya harap awak dapat hentikan kami dari teruskan kerja gila ni. Saya fikir kami dah cuci tangan tapi.." ayatnya terhenti. Dia memandang Taehyung dengan wajah sayu.

Dia terus berdiri dan berhadapan dengan Taehyung. Tangannya mula meramas rambut lelaki itu. Senyuman manis tidak lekang dari bibir wanita itu. Perbuatan wanita itu membuatkan Taehyung longlai.

"Awak tahu, ini adalah perasaan paling seronok saya pernah alami selama bertahun-tahun" wanita itu mengeluh.

"Awak mesti janji dengan saya, Taehyung. Awak mesti janji untuk hentikan saya dan Jungkook" wanita itu langsung menggambil tangan Taehyung yang entah kenapa membiarkan sahaja dan mengunci jari kelingking mereka.

"Terima kasih sebab selalu jaga saya dengan baik dan saya minta maaf atas semua kesalahan saya terhadap awak" ucap wanita itu sebelum berlalu dengan motosikal besar yang sudah lama berada di hadapan mereka.

Taehyung hanya membiarkan wanita itu pergi dengan bunyi bingit yang datang dari motosikal gergasi itu. Kepalanya pusing memikirkan tentang identiti perempuan itu. Tidak mungkin itu Haru. Cara cakapnya lain. Fesyennya lain. Wajahnya lain.

Namun orang yang dia jaga ialah Haru, orang yang bersalah ke atasnya ialah Haru, dan dia tiada kawan wanita lain yang rapat dengannya kecuali Haru.

Taehyung berdiri. Pada masa yang sama bas yang dia tunggu sampai di depan mata. Taehyung mengeluh. Kakinya terus melangkah masuk ke dalam perut bas. Dia mengeluarkan dompetnya dan diletak sekilas pada scanner. Bunyi "bitt" kedengaran dan dia segera berjalan ke dalam.

Taehyung mengambil tempat di bahagian kedua dari belakang dan melentokkan kepalanya pada cermin. Dia memandang ke arah pantulan wajahnya pada cermin lutsinar itu.

Selang beberapa saat, kelibat seorang lelaki datang dan duduk di sebelahnya. Walaupun dia buat tidak kisah, lelaki itu terus membetulkan kedudukan bagaikan mahu mangambil perhatian Taehyung.

"Duduk elok-elok boleh?" Taehyung menjadi geram. Sudahlah dia pening kepala, lelaki disebelahnya pula mahu merosakkan mood.

"Sorry" balasnya dan dia berhenti bergerak.

Susuk tubuh lelaki ini amat gagah bagaikan seorang pengangkat berat. Dengan wajah sekacak itu, sudah mesti dia ini seorang selebriti ataupun ahli sukan yang popular. Namun Taehyung tidak kisah itu semua. Yang penting dia mahu siasat tentang Haru dan perkara berkaitan tadi.

"Haru ada jumpa kau?" Soal lelaki yang sasa tadi secara berbisik. Mukanya menghadap ke hadapan dengan raut wajah selamba.

Taehyung memandang lelaki itu. Dia pasti dia ada terdengar perkataan 'Haru'.

"Kalau ada, apa saja yang Haru cakap, jangan percaya" lelaki itu berbisik lagi, langsung tidak memandang ke arah Taehyung.

"Kau.. Jungkook?" Soal Taehyung. Kalau betul dia kenal Haru, maksudnya dialah Jungkook yang Haru maksudkan tadi.

"Aku tak mahu bincang lebih. Kalau kau sayang nyawa, jangan masuk campur. Ini urusan aku dan Haru" lelaki itu berdiri.

"Disebabkan kau bukan dari Black Zone, aku tak boleh serang kau. Itu bukan etika kerja aku. Tapi, kalau kau masuk campur dan siasat lebuh dalam, kepala kau akan aku lekat pada dinding" Jungkook berbisik lagi.

Disebabkan bas itu lengang, suka hati sahaja Jungkook mengucapkan kalimat itu. Punat merah ditekan. Beberapa saat kemudian bas berhenti. Jungkook berjalan ke arah pintu dan Taehyung mengejarnya.

Belum sempat Jungkook melangkah keluar, "kenapa aku perlu percaya pada kau? Aku lebih percaya pada Haru berbanding kau. Aku kenal dia lebih lama berbanding kau. Apa kau ingat, aku ni lembik?" Soal Taehyung dengan nada marah.

"Aku hanya beri amaran dan aku akan buat apa yang aku cakap. Kalau kau tak percaya, kau teruskan dengan visi dan misi kau. Aku tak halang proses tu sebab aku cuma nak bagitau, konklusinya ialah kau akan aku hantar ke pintu neraka" Jungkook tidak langsung berpaling dan keluar dari bas.

✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜWhere stories live. Discover now