50

482 59 48
                                    

King berdiri di muka pintu dengan mata terbelalak. Walaupun dia tahu kandungan picagari itu bukanlah racun yang fatal, rasa sakit dan kebas yang menjadi akibat kepada pengambilan dadah tersebut tetap berbisa.

Taehyung menarik tangan Jungkook dan kini lelaki separuh buta itu berjalan beriringan dengannya. Dia kelihatan sungguh keliru.

Namjoon dan Jimin yang berada di dalam bilik tadi terus memanggil pengawal yang bertugas apabila Taehyung berjaya menumbangkan kedua mereka.

Mereka terlalu memandang rendah kepada lelaki bernama Kim Taehyung.

Taehyung yang sudah biasa berada di dalam bangunan itu sewaktu kecil hanya mengunakan memori silamnya untuk melarikan diri bersama Jungkook yang terpinga-pinga. Misi dia sekarang adalah untuk mencari dua orang wanita yang telah mengkucar-kacirkan hidupnya.

Dia membuka setiap pintu yang dijumpai namun satu persatu pintu itu membawa malapetaka buat mereka.

Kini, mereka bukan sahaja dikejar oleh pengawal keselamatan yang terdiri daripada tentera berbayar, malah para saintis yang pernah menjadi rakan sekerja Taehyung di syarikat juga turut mengejar.

Taehyung segera mencari pintu yang terkunci, kerana dia tahu bahawa pintu itu akan membawanya ke ruangan yang kosong tanpa penghuni.

Kakinya segera menendang setiap pintu yang ada di situ. Namun, dengan keadaannya yang perlu mencari dua orang wanita dalam kesusahan dan menarik Jungkook yang entah sedar entah tidak, dia tidak mempunyai pilihan lain selain daripada berdepan dengan sesiapa sahaja yang menghalang laluannya.

Jungkook cuba untuk melepaskan tangan Taehyung daripada lengannya. Rontaan itu akhirnya menyebabkan tangan Taehyung tergelincir daripada lengan baju Jungkook.

Jungkook segera merangkak laju bak raksasa empat kaki menuju ke belakang, menumbangkan ramai manusia bagaikan mereka itu pin boling yang memang patut tumbang.

Beberapa das tembakan bergema di segenap ruang dan Taehyung langsung tidak sampai hati untuk meninggalkan lelaki yang hilang daya pertuturannya itu. Kalau dia ditinggalkan, siapa sahaja yang tahu apa yang akan Namjoon lakukan kepada dia?

Tanpa mempunyai pilihan lain yang lebih bernas, Taehyung terus berlari ke arah Jungkook yang sedang mengamuk itu, seraya menolong lelaki itu dengan menumbuk seorang pengawal.

Sekurang-kurangnya kesakitan mampu untuk memperlahankan mereka.

Mulut Jungkook yang berlumuran darah yang bukan miliknya itu kelihatan begitu mengerikan dan menjijikkan. Nasib sahaja lelaki itu tidak mengambil nyawa sesiapa.

Selesai membelasah tanpa henti buat lima minit, mereka meneruskan pelarian. Kini, Jungkook berada di hadapan Taehyung, menunjukkan arah yang sepatutnya. Mungkin lelaki itu masih mempercayai Taehyung yang langsung tiada pendirian.

Taehyung membuka pintu dan ruang itu bercahaya. Lampu LED yang terpasang di dalam siling menerangkan segenap pelosok bilik itu. Kelihatan Haru yang sedang diikat tangannya dengan rantai besi yang melekat pada dinding satu inci di bawah siling menyebabkan wanita itu tertunduk tanpa daya.

Sara pula terbaring lemah di sebelah sebuah kolam, yang berdekatan dengan punca elektrik.

King mahukan mereka mati.

Tanpa bicara, kedua-dua lelaki itu terus membebaskan tangan mereka yang kurus, tipikal seorang tangan perempuan yang sudah lama tidak menjamah makanan.

Sebelum sempat mereka keluar daripada bilik itu, pintu yang terbuka luas ditutup rapat, menghasilkan bunyi dentuman yang kuat menyebabkan bahu hero seminit itu terhinjut.

"Kau memang tak takut mati" suara yang bergema itu langsung mengingatkan Taehyung tentang Darth Vader, penjahat durjana alam semesta. Cuma, Namjoon hanyalah manusia yang hidup di muka bumi.

"Kanapa perlu aku takut dengan kau? Kau hanya mengikut arahan" Taehyung memprovok tanpa menghiraukan keadaannya.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa dia dalam keadaan yang tak bagus sekarang.

"Walaupun kalau King mati kau akan jadi pewaris takhta, tak semestinya orang bawahan kau akan respect kau macam diaorang respect King" mata Taehyung melilau mencari cermin ataupun kamera litar tertutup di segenap penjuru bilik itu.

"Jangan risau pasal tu. Ramai orang bawah King ialah orang bawah aku. Diaorang lagi sokong aku berbanding King. Sebab? Mungkin kerana aku lebih manusia" suara Namjoon bergema lagi.

"Kau memang berani sampai boleh buat King lumpuh macam tu" suara Jimin pula kali ini kedengaran.

"Taehyung"

Suara yang memanggil itu kedengaran begitu familiar. Dia tahu Haru sedang memanggilnya melalui komunikasi otak yang entah macam mana boleh dihadiahkan oleh tuhan kepada Haru. Dan dia mungkin ialah orang paling awal yang dapat berkongsi keistimewaan itu. Walaupun masing-masing tidak tahu.

"Jangan obvious sangat"

Taehyung hanya memandang kosong ke arah dinding putih yang diperbuat daripada simen itu.

"Kau dah langgar banyak etika kerja aku dan aku nak kau bayar balik dengan nyawa kau" suara Namjoon bergema lagi.

Kali ini, dialognya diselangi dengan renjatan elektrik yang datang daripada wayar yang berselirat pada dinding.

"Kau takkan dapat lari daripada bilik tu" Namjoon ketawa perlahan.

"Mana kau tahu aku tak dapat keluar daripada sini? Macamlah kau boleh lihat masa depan" Taehyung masih lagi tidak mahu mengalah.

"Taehyung, jangan cocky sangat. He's still in power"

"Jangan cakap je, Tae. Buat" Namjoon mengejek.

Dia sudah terbiasa dengan perangai Taehyung yang berlagak tahap dewa. Tapi, tak boleh dinafikan yang Taehyung memang sudah banyak kali membuktikan dirinya di hadapannya.

"Okay. Kau nak aku buat apa sekarang ni?" Taehyung mengajukan soalan kepada Haru tanpa berselindung.

"Kenapa kau tanya aku pula?" Soal Namjoon. "Fikirlah sendiri."

"Kau kena suruh Jungkook rempuh pintu tu"

"Gila ke?!" Balas Taehyung.

"Kau yang cari pasal kan?" Namjoon geram dengan lelaki itu. Dahlah provok lebih-lebih, lepas tu digelar gila pula.

"Dah tu, kau ada idea lebih bernas? Siapa suruh kau cari pasal dengan dia? Oh my god, kalau aku tahu kau orang King, dah lama aku pancung kepala kau"

"Aku tak sebijak kau" balas Taehyung lagi.

"Tahu takpe" jawab Namjoon.

"Kalau dah tahu tak bijak, jangan nak berlagak bijak. Aku suruh tu buat ajelah"

Taehyung tersengih. Kelakar juga perbincangan tiga hala tak sependapat dalam kepala ni.

Jungkook di sebelah hanya memandang tajam tanpa bicara. Nafasnya kedengaran deras dan hidungnya kembang kempis. Mungkin kerana penat berlari dan bertumbuk.

Namun, ironinya, Jungkook bagaikan menunggu arahan daripada Taehyung. Lelaki tinggi lampai perasan kacak dan banyak menyusahkan itu satu-satunya harapan untuk dia keluar daripada penjara mentaliti sendiri.

"Jungkook, sedia" Taehyung yang bagaikan tahu sahaja apa yang dibicarakan di dalam hati Jungkook hanya tersengih seperti kerang wangi.

✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜWhere stories live. Discover now