"Sara, aku nak kau buat eksperimen pakai bahan kimia yang aku dah gunakan pada Jungkook. Kau akan lakukan eksperimen tu dengan budak kat sebelah kau" Namjoon memberi arahan terus kepada Sara, menyebabkan Sara memandang ke arah Namjoon.
"Maksudnya, awak bagi autoriti pada dia untuk gunakan Black Zone? Awak pasti dengan keputusan yang awak nak buat ni?" soal Sara.
"Kalau aku tak pasti, aku tak panggil kau ke sini" Namjoon merengus.
Dia sudah tidak tahan dengan perangai dua orang manusia yang berada di hadapannya itu. Walaupun dia amat memerlukan tenaga kerja mereka.
"Aku nak korang semak semua laporan berkaitan Haru dan Jungkook selama lapan tahun ni" arah Namjoon lagi.
"Awak masih simpan Haru?" Sara menghentak meja.
"Dia dah lari dengan Jungkook sebulan yang lepas" Namjoon bersandar pada kerusi pejabatnya sambil mengurut kepala.
"Maksudnya, spesimen yang lari daripada Red Zone tu..." wanita itu berhenti berkata-kata. Mulutnya yang terlopong ditutup dan rambut yang panjang disikat kebelakang menggunakan jarinya yang runcing.
Dia tidak percaya apa sahaja yang baru dia dengar. Haru yang dia sangka sudah mati sebenarnya sihat dan sekarang mengancam keselamatan dirinya? Ini semua tak boleh diterima akal.
"Kenapa awak tak berterus terang?" Sara menghentak meja sekali lagi.
"Maafkan saya. Semua ni salah saya. Saya yang biarkan Haru lepaskan diri dari sini" Taehyung yang berada di hadapan pintu hanya mampu meredakan kemarahan wanita itu dengan mencurah lagi minyak tanpa dia sedari.
"Apa?!" Sara sudah pening kepala.
"Awak biarkan Haru, yang bahaya tu, yang sepatutnya dikuarantin dari dunia luar tu, dengan budak baru seperti dia? Dengan budak tak berpengalaman? Dengan budak yang masih tak boleh lihat masa hadapan?" Sara memeluk tubuh.
Walaupun Taehyung tidak selesa dengan komen yang diberikan oleh Sara sebentar tadi, wanita itu tetap seorang senior dan kelakuannya telah menyebabkan Haru yang berbahaya itu melepaskan diri.
"I expected more from you, professor" wanita itu menjeling.
Hatinya masih panas dengan penipuan Namjoon. Kali ini, Namjoon meninggalkan Haru dengan seorang budak hingusan? Kenapa dalam ramai orang dalam dunia ni, Namjoon ialah orang yang buat keputusan sebodoh itu?
"Sara, I don't have time for this! Jungkook dan Haru masih ada di luar sana dan diaorang sedang rancang sesuatu yang kita tak jangka. Aku nak kau dan Taehyung pergi ke Black Zone sekarang dan buat apa yang aku suruh kau buat. Aku nak kau sangat detail dengan apa sahaja maklumat yang kau ada" Namjoon menyerahkan sebuah usb kepada Sara.
"I trust on this. Aku perlu buat sesuatu. Aku mungkin akan hilang buat beberapa hari" Namjoon mula bangkit dari duduk dan mengambil beg suitcase miliknya. Komputer riba dan sebuah bekas yang penuh dengan usb dimasukkan ke dalam beg itu.
"Apa maksud kau?" Kali ini, Taehyung bersuara. Namun, tiada sesiaoa pun yang menjawab.
Suasana di dalam pejabat itu sangat tegang dan sunyi. Bunyi jam berdetik terasa begitu kuat.
"Satu lagi, aku nak kau tutup syarikat ni. Hentikan segala operasi. Laksanakan 'Code Z'."
Sara tergamam. Tangannya yang menggenggam usb itu mengigil.
"Code Z tu apa pulak?" Sekali lagi Taehyung menyoal dan dipalaukan. Taehyung berkerut dan dia menjadi tidak keruan.
"Namjoon, tell me it's a drill" Sara tidak mampu untuk memandang wajah bosnya.
Namjoon hanya memandang kosong wajah Taehyung yang keliru itu. Perasaan bersalahnya tiba-tiba menyerang kerana dia langsung tidak mengajar Code syarikat secara terperinci. Dia mengaku kesilapannya.
"Taehyung, mulai hari ni, sampai aku balik, perempuan ni ialah bos kau, dan bos semua orang dalam bangunan ni. Kau dengar cakap dia elok elok" Namjoon mengangkat suitcase dan berjalan ke arah pintu.
"Dan kau Sara, kalau aku hilang melebihi sangkaan kau, aku bukannya seorang manusia yang wujud atas muka bumi ni" Namjoon tidak memandang ke arah Sara dan dia menepuk bahu Taehyung kemudian membawa dirinya keluar dari ruang itu.
Taehyung dapat mendengar wanita itu menyumpah seranah. Taehyung hanya mampu menunggu arahan seterusnya.
"Apa lagi yang nak awak tunggu? Cepat cari laporan tentang Haru dan Jungkook kat sini sekarang! Geledah je segala almari, kabinet, kotak yang awak jumpa" arahan diberikan dengan tegas.
Secara jujur, Taehyung langsung tidak suka dengan perangai Sara. Taehyung juga tidak faham kenapa Sara sangat marah apabila tahu bahawa Haru masih hidup.
Taehyung membuka segala kotak dan drawer serta mengelongsorkan segala cermin bagi mendapatkan isi dari dalam almari. Satu persatu laporan tentang spesimen yang berada di dalam bangunan itu dikeluarkan. Dia bernasib baik kerana menjumpai laporan tentang Haru dan Jungkook dari tahun 2015 hingga sekarang, 2020.
Namun, laporan untuk tahun sebelum itu masih tidak dijumpai. Taehyung yang sudah terbiasa mengemas dengan sistematik mengasingkan laporan mengikut zon dan nama yang menyebabkan bilik itu dipenuhi dengan buku laporan.
Sara hanya memerhati gerak geri Taehyung. Dia masih mahu tahu mengapa Namjoon mempercayai lelaki ini untuk menjaga Haru. Haru merupakan sebuah kegagalan bagi Sara dan Namjoon sangat faham tentang itu. Jungkook juga pernah menunjukkan simptom yang sama menyebabkan Haru sangat kecewa.
Tetapi, apabila Jungkook berjaya melepasi jangkaannya, perasaan yang dia tidak boleh tafsir datang menerjah semua pencaturan yang sudah lama dia bina. Dan itu menyebabkan dia faham kesakitan yang Jungkook dan Haru alami.
Namun, Namjoon tidak pernah faham.
Sara menekan papan kekunci di hadapannya bagi membolehkan lelaki bernama Taehyung itu akses masuk ke dalam kawasan terlarang. Dia juga sempat memberi notis kepada semua pekerja tentang pelaksanaan Code Z.
Selesai dengan kerjanya, dia mengambil keputusan untuk membiarkan sahaja Taehyung melakukan kerja berat dan menyusahkan itu seorang diri. Dia menekan tetikus itu beberapa kali dan akhirnya menjumpai fail Taehyung yang agak tersorok. Kemudian dia menekan pada fail itu dua kali.
YOU ARE READING
✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜ
Science Fiction° ᴬ ᴹᴬᴸᴬᵞ ᶠᴬᴺᶠᴵᶜ ᶠᴿᴼᴹ ᴿᴬᵁˢᶻᵞᴰᴬᴵ ° in which his whole existence is a labyrinth. cover made by my best buddy: @cryingat5am Publish : 30/12/2019 End :11/3/2020