"Selamat datang ke syarikat saya" sebaik sahaja lelaki itu duduk di atas kerusi pejabatnya, terus sahaja dia menyilangkan kaki dan memandang tepat ke arah Taehyung. Pandangannya yang tajam menyebabkan Taehyung terasa seperti di ancam namun dia hanya mampu berdiri tegak tanpa daoat melakukan sebarang pergerakan.
"Saya nak Kim Taehyung sahaja yang tinggal di sini" arahnya tanpa memandang pembantu wanita disebelahnya.
Bagaikan robot, wanita itu hanya mengikut perintah bosnya itu dan berlalu pergi bersama intern yang memilih Yellow Zone sebentar tadi.
Taehyung yang masih tidak mempunyai apa-apa klu tercengang dan menelan liur apabila lelaki yang menggelar dirinya bos itu tersengih. Lelaki itu seperti ingin membaham dirinya bila-bila masa sahaja.
"Awak seorang yang menarik" pernyataan yang berunsur pujian itu terpacul keluar daripada mulut Namjoon.
Taehyung hanya tersenyum takut dan menunduk. Dia seperti mahu melarikan diri daripada situ. Aura lelaki ini bukan seperti manusia biasa. Lagipun, lelaki ini sanggup membunuh dan menutup pembunuhannya atas nama undang-undang.
"Terima kasih"
"Saya tak faham kenapa tak ramai orang macam awak tadi. Saya dapat rasakan ada di antara mereka yang berpotensi untuk menerajui beberapa eksperimen yang akan kami lakukan. Red Zone bukan calang-calang tempat. Awak sendiri nampak dengan mata kepala awak tadi. Secara jujur, saya tak sangka orang seperti awak yang akan menyertai kami" Namjoon berterus terang.
"Apa maksud tuan?" Taehyung memberanikan diri untuk bersuara. Dia pantang jika ada orang lain yang cuba merendahkan dirinya. Sudahlah saling tidak mengenali, nak kutuk pula.
"Maksud saya, menurut resume dan persepsi saya terhadap awak, boleh dikatakan awak tak layak untuk kerja ni dan pada mulanya saya langsung tak berminat dengan awak. Tapi kami kesuntukan masa dan tenaga kerja jadi terpaksa juga saya relakan hati untuk biarkan mereka yang bagi saya tak layak untuk menghadirkan diri dalam ujian intern hari ini. Dan salah seorang daripada mereka ialah awak" Namjoon mengurut dahinya.
"Saya tak sangka langsung bahawa orang yang saya anggap sangat berpotensi boleh menghampakan saya begini rupa. Kita semua saintis dan lebih dikenali sebagai pemacu kemajuan masa depan" Namjoon masih memandang tepat ke arah Taehyung.
"Walau bagaimanapun, saya ingin mengucapkan tahniah sebab berjaya untuk buat saya terkejut hari ni. Disebabkan itu, saya ingin berikan awak satu tugasan. Mungkin awak mampu untuk hilangkan sangsi saya semasa bekerja" Namjoon kemudiannya memetik jarinya.
Bilik itu tiba-tiba sahaja menjadi gelap kerana lampu semua terpadam. Taehyung yang tidak senang dengan pernyataan jujur bakal bosnya itu bagaikan lipas kudung yang tidak bergerak apabila lelaki itu tiba-tiba sahaja melakukan perkara yang dia tidak jangka.
"Silakan duduk" jemput lelaki yang memakai kot putih makmal itu.
Taehyung terus sahaja melabuhkan punggungnya di atas kerusi pejabat beroda yang berwarna hitam yang diletakkan betul-betul di hadapan meja bakal bosnya itu.
"Perhatikan skrin putih" arahan seterusnya diberikan apabila lelaki itu berpusing ke kanan di mana satu skrin putih jalan secara perlahan.
Dari situ, pancaran daripada projector menunjukkan seorang 'pesakit' atau lebih tepat lagi seorang spesimen yang duduk di satu sudut, tanpa pergerakan.
"Untuk kerja pertama awak, saya tak nak beri awak kerja berat lagi. Seperti apa yang saya katakan, awak masih belum layak di mata saya. Spesimen ni namanya Haru. Dia buta tapi boleh melihat dan bisu tapi boleh berkata-kata. Pergerakan sangat spontan tapi setakat ini dia ialah spesimen yang berakhlak paling baik sejak dia dipindahkan ke sini" tiba-tiba skrin itu memaparkan biodata wanita yang digelar spesimen itu tadi.
"Dia merupakan pembunuh bersiri, dan ditangkap semasa melakukan pembunuhan beramai-ramai. Dia cuba untuk membunuh sebuah keluarga yang sedang meraikan hari lahir di rumah mereka" Namjoon berhenti.
"Apa yang patut saya buat?" Taehyung memandang terus pada wajah lelaki yang berada di hadapannya itu.
"Awak tak takut?" Soal Namjoon, nadanya seperti mengejek.
"Kalau betul apa yang tuan katakan tadi, dia sekarang berperwatakan baik dan masih boleh di kawal. Saya yakin saya tidak akan trigger apa-apa yang boleh menyebabkan dia terganggu. Sebab tu saya perlu tahu secara spesifik perihal apa yang saya akan lakukan" Taehyung bertukar serius. Kakinya disilangkan.
Namjoon tersengih. "Jangan terlampau yakin Kim Taehyung sshi. Awak masih belum lihat kes paling teruk. Awak fikir kenapa kami perlukan tenaga kerja sedangkan syarikat ini merupakan syarikat yang dikenali?" Namjoon mendagu di atas meja pejabatnya.
"Kalau ada walau sekelumit pun rasa seperti pandang rendah terhadap spesimen saya, walaupun dalam Yellow Zone, awak akan menyesalinya sampai ke akhir hayat awak" Namjoon memberi amaran.
Bukan kali pertama dia bertemu intern yang terlebih riak, sudah beratus kali sejak syarikat ini dibuka. Dia sudah muak apabila pekerjanya seorang demi seorang melarikan diri daripada tugas menyebabkan dia tidak menang tangan melayan kerenah spesimen dalam Red Zone. Dia hanya mahu fokus terhadap spesimen dan penambahbaikan di dalam Black Zone.
"Berbalik kepada soalan awak, awak hanya akan melakukan perkara yang mudah. Awak hanya berkomunikasi dengannya secara fizikal, memastikan dia makan dan melakukan aktiviti normal seperti buang air. Segalanya awak perlu catat dalam buku laporan. Setiap gerak geri yang spontan akan awak catatkan" arah Namjoon.
Taehyung mengangguk faham dengan tugasnya. Sudah semestinya lelaki di hadapannya itu masih belum mempercayainya seratus peratus.
"Jika awak mampu lakukan tugas ini dengan baik dan mengubah keadaan spesimen menjadi lebih sesuai untuk peringkat seterusnya, saya akan pastikan awak dinaikkan pangkat dengan melakukan kerja yang berkali ganda lebih rumit" Namjoon berhadapan dengan Taehyung apabila lampu biliknya terbuka semula dan skrin putih perlahan-lahan naik secara automatik.
"Setuju?" Namjoon menghulurkan tangannya untuk berjabat.
"Setuju" Taehyung menjabat tangan bosnya itu.
YOU ARE READING
✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜ
Science Fiction° ᴬ ᴹᴬᴸᴬᵞ ᶠᴬᴺᶠᴵᶜ ᶠᴿᴼᴹ ᴿᴬᵁˢᶻᵞᴰᴬᴵ ° in which his whole existence is a labyrinth. cover made by my best buddy: @cryingat5am Publish : 30/12/2019 End :11/3/2020