Taehyung membuka mata dan mengelipkan matanya beberapa kali sebelum dalam menterjemah imej siling yang berada di hadapannya.
Tangannya terasa seperti digenggam kemas.
Taehyung memandang ke sebelah kanan, dimana Sara sedang tidur di atas lengan kirinya sambil tangan kanannya memegang erat tangan Taehyung.
Taehyung tersenyum. Nampaknya, dia sudah kembali kepada realiti.
Badannya masih lagi sakit dan kebas namun kesakitan itu tidaklah menyeksakan. Dia cuba mengangkat tangannya.
Namun apa yang dia lihat bukanlah apa yang dia sangkakan. Tangannya sudah bertukar kekar, sama seperti bentuk tangan Jungkook. Pada tangannya juga melekat beberapa jenis wayar dan tiub kecil yang mengalirkan cecair pelik dari beg darah di sebelahnya.
Taehyung meletakkan kepalanya perlahan. Sudah berapa lama agaknya dia tertidur? Sehari? Seminggu? Sebulan? Setahun?
Taehyung memandang Sara kembali. Entah kenapa terbit rasa serba salah dalam diri Taehyung kerana Sara terpaksa menjaga dan menaruh perasaan terhadap budak bernama Jungkook yang telah dia seksa itu.
Tapi, bila difikirkan semula, entah kenapa dia langsung tidak teringat tentang kewujudan budak itu walaupun dia mengetahui nama musuhnya. Mungkin kerana Taehyung betul-betul mahu menanam terus masa silamnya dan tidak mahu berpatah balik.
Sara bergerak sedikit dan kepala terangkat. Dia memandang muka Taehyung dan matanya membulat.
"Good morning, sweetheart" Taehyung menyapa dengan suara yang serak.
"Taehyung, awak dah sedar?" Sara yang terkejut itu tidak semena-mena menangis.
"Hey, kenapa ni? Lama sangat ke saya tidur?" soal Taehyung panik dengan reaksi wanita itu.
"Lima hari" balas Sara. Dia mengelap air matanya yang jatuh.
"Sekejapnya" Taehyung agak terkejut. Pertama kali dia menyelami memori bersama Haru memakan masa sampai sebulan dan itu hanyalah secebis memori. Kali ini, dia menyelami lebih dalam dan lebih banyak masa silam. Macam mana boleh dia tidur lima hari je?
"Sekejap awak kata? Awak tahu tak jantung saya nak tercabut bila awak asyik meracau-racau? Hari tu, awak tiba-tiba je bangun lepas tu awak nampak macam sakit sangat. Saya risau awak tahu tak?" Sara memarahi Taehyung.
"Bukan salah awak ke?" Taehyung mengangkat kening dengan senyuman di bibir. Dia tidak mahu Sara terasa hati kerana dia tahu dia hidup kerana Sara.
"Tapi saya buat untuk kebaikan awak! Supaya awak boleh bernafas, supaya kita boleh sama-sama kalahkan Jungkook dan Haru. Supaya kita boleh selamatkan Namjoon!" Sara bersungguh-sungguh.
"Ya, saya tahu awak selamatkan saya, saya berterima kasih sangat-sangat pada awak. Tapi, kita tak boleh terburu-buru. Kita masih tak dapat nak kalahkan Jungkook dengan keadaan saya yang tak stabil ni" Taehyung tersengih.
"By the way, apa jadi dengan penyangak tu? Siapa dia?" soal Taehyung selepas beberapa saat mereka mendiamkan diri.
"Nama dia Jung Hoseok" ujar Sara separa berbisik.
Taehyung dapat rasakan bahawa wanita itu tidak selesa bercakap tentang subjek tersebut.
"Okay? Lepas tu?" Taehyung cuba mendapatkan lebih banyak informasi.
"Dia sekarang ni sedang disoal siasat. Saya panggil polis hari tu" Sara berterus terang.
"Lepas tu? Kalau awak panggil polis, mesti saya ada kat hospital sekarang. Macam mana boleh kita ada kat rumah awak?" Taehyung berkerut.
"Saya yang operate awak masa kat hospital tu. Saya ada lulusan general surgeon tahu?" Sara mula berlagak.
"Being my surgeon doesn't mean you get the privilege to discharge me" Taehyung masih tidak percaya.
"Well, for your information, I was also your guardian" Sara mengangguk.
"How is that even possible? We're not connected with blood" Taehyung berkerut lagi.
"For you information, I am your freaking boss" Sara bercekak pinggang.
"Oh, you're right" Taehyung tertawa.
"But how about the whole Namjoon saving situation though?" soal Taehyung kerana tiba-tiba sahaja teringat perihal lelaki itu apabila Sara menyebut perkataan bos.
"Sebenarnya, Jungkook sent me a very weird video" Sara mencapai telefon pintarnya yang berada di atas meja.
"Pelik macam mana?" Taehyung kini seperti bersemangat.
"Pelik macam he let Namjoon go and didn't hurt the police?" Sara menjawab sambil mencari video yang dia maksudkan.
"That's nonsense!" Taehyung pening sendiri. What in the world happened during the time he slept? He has been out for just five days and all of the suddenly everything gone wild!
"That's why I said, it's a very weird video" Sara meletakkan telefonnya di hadapan muka Taehyung dan membiarkan lelaki itu melihat sendiri video tersebut.
"Hey, ni aku, Jungkook. Aku tak nak buat video ni panjang sangat since aku kena tinggalkan tempat ni as soon as possible supaya the cops tak dapat jumpa aku."
Jungkook mengangkat kamera dan menunjukkan satu tempat yang Taehyung sangat kenali. Di suatu sudut, kelihatan tali yang telah di potong.
"Aku dah lepaskan Namjoon dan Jimin and I have my own reasons. The one yang serang korang is not one of my man. Dan Tae, aku maafkan kau. Sebenarnya, aku tak pernah marah pun dengan apa yang kau dah buat. Aku cuma marah pada Namjoon sebab dia tak beri aku peluang untuk mati di tali gantung dan berjumpa dengan ayah."
Jungkook mengeluh dan membawa kamera tersebut di suatu tempat, iaitu di dalam rumah usang yang panas, dimana dia selalu bertemu dengan Haru.
"Nah"
Kamera itu seperti bertukar tangan.
"Hey, my man"
Muka Haru terpampang pada skrin.
"Aku cuma nak kau tahu, I told Jungkook everything. Tapi, kitaorang masih tak lagi insaf since we have yet another mission to do. And it is all because of you. Jadi, aku harap kau dapat kejar aku dengan Jungkook dan sertai kami. Here's another hint untuk buka Pandora. Just add all the numbers in a very creative way"
Haru tersenyum dan sejujurnya, Taehyung sangat merindui senyuman itu.
"The bad guy isn't dead yet, darling"

YOU ARE READING
✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜ
Khoa học viễn tưởng° ᴬ ᴹᴬᴸᴬᵞ ᶠᴬᴺᶠᴵᶜ ᶠᴿᴼᴹ ᴿᴬᵁˢᶻᵞᴰᴬᴵ ° in which his whole existence is a labyrinth. cover made by my best buddy: @cryingat5am Publish : 30/12/2019 End :11/3/2020