27

561 78 2
                                    

Bunyi bip setiap saat menyedarkan dia dari lena.

Akalnya kosong. Jiwanya terteram. Adakah dia ada dalam mimpi? Matanya yang terpejam masih lagi mengekalkan posisi kerana ototnya malas mahu bergerak balas secara antagonis.

Namun, selang sesaat, desingan kuat menyebabkan dia membuka matanya besar, perit di belakang badannya tidak mampu dia tahan dan badannya melakukan reaksi spontan tanpa arahan.

Dia cuba meloloskan diri daripada katil.

Badannya yang dipenuhi dengan wayar berselirat dan tiub halus dimana-mana di tarik kasar.

Dadanya terasa seperti terbakar menyebabkan dia hilang keseimbangan dan membawa segala yang bersambung dengan wayar dan tiub yang tidak terkira dek jari itu menghentam lantai bersamanya.

Dia mengerang perlahan.

Kotak suaranya seperti dikunci dengan kunci berantai Pandora dan setiap kali dia mahu menjerit, kotak suaranya terasa bagaikan mahu terkeluar.

Cecair pelik keluar daripada mulutnya namun tiada apa yang mampu dia lakukan selain mengengkotkan badan sehingga lututnya menyentuh muka sendiri.

Namun, setiap kali dia menyentuh kulitnya sendiri, terasa seperti dia dibakar hidup-hidup.

Penyeksaan ini tidak mampu dia tanggung.

Badannya menggigil teruk bagaikan dia dalam keadaan yang sangat sejuk. Ironinya, seluruh anggota badannya terasa seperti berada di dalam kutub dunia kecuali dada, tekak dan belakangnya.

"Taehyung!"

Namanya dipanggil namun, tidak seperti selalu, dia tidak respon. Dia seperti tidak kenal siapa yang berada di situ dengan nama itu.

Taehyung cuba bangun namun di setiap pergerakan yang cuba dia lakukan, berakhir dengan badannya terlentang di atas lantai marmar yang sejuk.

"Taehyung, stay with me!" Wanita di hadapannya itu mengangkat badannya yang terasa berat semacam supaya berbaring di dalam dakapannya.

Nafasnya langsung tidak stabil dan nadinya sangat perlahan. Agak mustahil untuk dia hidup.

"Taehyung, saya minta maaf. Saya gila! Saya tak patut buat macam ni dengan awak! Namjoon dahlah tak ada kat sini!" Air mata wanita itu menitis deras ke atas wajahnya.

"Taehyung, jangan mati" rintihan itu entah bagaimana menyebabkan dia mengusap perlahan kepala wanita itu.

Walaupun pada hakikat dia langsung tidak tahu siapa perempuan itu atau siapa dirinya atau bagaimana dia boleh dalam keadaan yang perit begini.

Adakah semuanya salah perempuan ini, seperti apa yang dia kata?

Tangannya rebah ke lantai semula.

"Saya tak patut samakan genetik awak dengan Jungkook. Saya bodoh!" wanita itu terus menerus memaki diri sendiri sambil memandang tepat pada kedua dua mata dia.

Dia sekarang tidak mahu kisah tentang wanita di hadapannya. Matanya terlalu berat untuk dia membukanya.

Akhirnya, dia mengalah dan sepasang matanya terpejam.

Jeritan wanita itu memanggil nama tadi kedengaran begitu jauh sekali.

Sehingga satu tahap, dia terasa begitu sunyi dan tak selesa lalu membuka mata.

Dia sedang terbaring dan sekujur tubuhnya basah. Dia memandang ke bawah memeriksa sendiri dirinya berada di mana kerana badannya langsung tidak mampu untuk bergerak.

"Sara memang gila kan? Dia dah biasa dapat apa yang dia nak sebab tu dia jadi macam tu. Dia ingat dia boleh pulihkan awak tapi dia silap. Walaupun that doesnt change the fact yang dia betul betul bring you back from death"

Suara itu ketawa kuat. Taehyung tidak menunjukkan sebarang ekspresi. Dia langsung tidak berminat dengan apa sahaja yang suara itu mahu utarakan kepadanya.

"Hey, jawablah. We are inside your head. Tekak kau takkan sakit kat sini" suara itu terbatuk kecil bagaikan mahu memperbetulkan suaranya.

"Siapa kau?" soalan pertama yang terpacul keluar daripada mulut Taehyung menyebabkan suara itu terdiam sejenak.

"Well, aku tak boleh salahkan kau since kepala kau kena pukul teruk. Tapi aku sedih kau tak ingat aku lepas apa yang aku bagitahu pada kau sebelum ni" bunyi seperti suara itu tersengih.

"Apa yang kau bagitahu aku?" Taehyung langsung tidak berfikir dalam bertanya menyebabkan suara itu terkesima sekali lagi.

"Well, itu, aku rasa, kau kena ingat sendiri sebab aku, tak nak bagitahu kau." Suara itu seperti menarik nafas panjang.

"Nama aku Haru. Selamat berkenalan, Kim Taehyung"

"Itu nama penuh aku?" Taehyung yang tidak berganjak kini tersenyum nipis kerana lega mengetahui bahawa dirinya ialah Taehyung yang dipanggil oleh wanita itu tadi.

"Ya"

"Boleh kau tunjukkan memori aku?" Taehyung berterus terang. "Aku tak suka jadi clueless macam ni. Aku sedar sedar je ada dua orang bidadari datang menyapa aku. Walaupun satu secara fizikal dan satu lagi secara mental"

Suara itu kedengaran seperti tersenggih.

"Tapi, kau yang dulu, yang mempunyai memori, takkan suka dengan apa yang kau nak aku buat sekarang."

"Aku nak tahu siapa aku. Kenapa aku rasa sakit sangat. Siapa perempuan tu dan siapa engkau" Taehyung berkeras.

"Tapi Taehyung, kalau kau selami memori kau, bermaksud kau memberi aku kebenaran untuk melihat segalanya tentang memori kau. Kau yang dulu takkan suka dengan idea tu"

"Bukan ke ni badan aku? Kepala aku? Otak aku? Memori aku? Kau tak perlu persoalkan keputusan aku sekarang. Aku pasti aku yang dulu boleh terima hakikat" Taehyung menjawab dengan kasar.

Panas pula hati apabila suara itu tidak habis habis mahu melawan kehendaknya.

"Taehyung, aku bagi kau amaran yang terakhir. Kau akan menyesal. Tolong fikir baik baik" suara itu seakan merayu.

"Buat aje lah!" tengking Taehyung.

Suara itu diam namun angin kencang menyapa kasar sekujur tubuh Taehyung. Dirinya terasa seperti melayang entah ke  mana.

Adakah dia akan kembali semula ke dalam semua memori dia?

Entah kenapa, baru sekarang dia terasa tidak sedap hati. Baru sekarang dia menyesali perbuatan dirinya yang memaksa suara itu walaupun suara itu sudah menghalang.

Namun apabila dia memandang ke hadapan yang tiba-tiba bertukar permandangan menjadi sebuah ladang strawberi yang luas mata memandang, dia menangis.

"Kau memang cari nahas, Tae"

✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜWhere stories live. Discover now