Taehyung menutup mata rapat apabila badannya jatuh terus ke atas katil. Nikmat tidur di atas katil empuk sudah lama dia nantikan. Namun fikirannya terus menerawang dan satu-satu perkataan lelaki tadi terngiang di telinga.
Taehyung mencapai telefonnya lagi dan mendail nombor yang baru dia dail sebentar tadi. Sekali lagi, Namjoon tidak mengangkat telefon.
Dia asyik terfikir tentang perubahan mendadak Haru. Bagaimana Haru yang dia kenal boleh jadi sebegitu rupa? Dia tidak langsung mengenali Haru yang sekarang. Wajahnya tampak lebih tenang dan personalitinya lebih feminin. Bukan itu sahaja, dia tidak pernah lihat Haru senyum selebar itu dan ketawa seikhlas itu.
Taehyung bangun dari perbaringan dan terus menuju ke arah bilik air. Apabila dia masuk sahaja, cermin besar dihadapannya memantulkan imej dirinya dengan rambut yang kusut masai. Dia berjalan masuk dengan malas dan membiarkan pintu itu terbuka.
Paip air dibuka dan mukanya dijirus dengan air. Dia memandang pantulannya pada cermin. Terasa begitu kacak.
Tiba-tiba, anak matanya menangkap satu pantulan yang bergerak di dalam biliknya. Dia tinggal seorang diri sahaja di dalam apartment tujuh tingkat itu. Tak mungkin ada orang lain di dalam selain dia kecuali kalau orang tersebut masuk ikut tingkap. Tapi dia berada di tingkat atas tiga menyebabkan teori Taehyung menjadi mustahil.
Taehyung mencapai berus gigi di dalam cawan yang melekat pada dinding di hadapannnya. Dia berpusing ke belakang kerana yakin tiada pantulan yang menunjukkan tiada sesiapa di situ. Dia berjalan perlahan menuju ke dalam bilik semula. Sebaik sahaja dia mengeluarkan kepalanya daripada ruang tandas ke dalam bilik, dia memandang ke kiri dan kemudian ke kanan.
Matanya membulat dan dia cepat-cepat masukkan semula kepalanya ke dalam tandas. Dia bersandar pada pintu dengan nafas turun naik. Tangannya yang memegang berus gigi itu menggeletar teruk menyebabkannya berus itu terlepas dari genggamannya.
Dia keluar semula. Kali ini, dengan sekujur tubuh. Apa yang dia lihat berada di atas kali itu langsung dia tidak mahu percaya. Persoalan mula menyerang minda. Taehyung mendekati katilnya sebelum memandang sekeliling bagi memastikan tiada sesiapa yang berada di dalam bilik itu kecuali dirinya sahaja.
Pandangannya beralih semula ke arah simbol yang berada di hadapannya itu. Simbol itu berada betul-betul pada dinding di atas katilnya. Ianya di conteng menggunakan cecair merah pekat yang dia sangat kenali iaitu darah. Taehyung langsung tidak memahami simbol tersebut.
Tangannya mencalit sedikit darah yang masih segar itu daripada dinding. Kakinya terus bergerak pantas ke arah meja kerjanya dan tangannya lincah membuka beberapa rak. Akhirnya, sebuah tabung uji yang ditutup gabus dijumpai.
Darah pada jari telunjuknya di masukkan ke dalam tabung uji. Darah yang mengalir pada dinding juga dimasukkan ke dalam tabung uji.
Seusai itu, Taehyung terus mengambil beg sandangnya dan kunci kereta lalu keluar dari rumah, turun tangga dengan tergopoh gapah, kemudian memasuki perut kereta. Beg sandangnya dibaling ke tempat duduk penumpang. Enjin kereta dihidupkan dan kakinya memijak pedal menyebabkan kereta meluncur laju menuju ke tempat kerjanya.
Dalam perjalanan selama 20 minit itu, Taehyung asyik memikirkan tentang keselamatan dirinya. Dia menekan pedal dengan kuat supaya tidak dikejar sesiapa sahaja yang berada di dalam rumahnya tadi. Lagipun, bukannya dia simpan emas atau berlian sehingga perompak mahu memecah masuk rumahnya. Thesis dan laporan eksperimen di pejabat juga tidak pernah dibawa balik atas dasar rahsia sulit syarikat.
Rambut dikusutkan. Sudah beberapa lampu merah dilanggar. Telinga Taehyung mendengar bunyi bising hon disetiap sudut dia membelok. Sudah pasti lepas ini dia terpaksa membayar saman yang berharga berpuluh ribu won.
Keretanya sampai di hadapan bangunan yang berwarna kelabu, tersergam megah dihadapannya walaupun sudah lebih sepuluh kali dijahanamkan oleh tindak balas eksperimen ekstrim Namjoon. Kakinya membawa diri dengan pantas sebaik sahaja dia mengambil beg galas dan mengunci pintu kereta.
Pintu kaca dibuka dan dia berada di lobi. Di sebelah kanan terdapat pintu-pintu lif yang tertutup serta beberapa orang pekerja sedang menunggu. Disebabkan masih panik dan insecure, Taehyung mengambil keputusan untuk mendaki tangga ke tingkat dua di mana Yellow Zone berada.
Sesampai sahaja dia di depan pejabat Yellow Zone, dia terkocoh-kocoh mencari kad pengenalan syarikat lalu diletakkan di hadapan scanner di sebelah pintu cermin lut sinar. Dia membuka pintu kaca sebaik sahaja cahaya pada scanner itu bertukar hijau. Kemudian, kakinya membawa pula kepada kaunter depan dimana seorang wanita bertugas di situ.
"Boleh saya pakai Blood Isolation Machine tak? Ada hal mustahak yang Namjoon suruh saya buat. Lepas tu, saya nak semua jenis darah dalam satu tabung uji." Taehyung suka hati sahaja mengambil nama bosnya.
Dia perlukan alat itu sekarang juga kerana dengan cara mengenal pasti jenis darah supaya dia dapat mengurangkan nama yang berada dalam senarai suspek.
Wanita itu berkerut lalu membuat satu panggilan. Dia kemudiannya meminta Taehyung menunggu di ruangan menunggu. Taehyung yang tidak mempunyai kuasa di atas zon itu tanpa rela melabuhkan punggungnya di atas sofa yang lembut yang berada di suatu sudut ruang hadapan Yellow Zone.
Dia kemudiannya memeluk beg sandang dan menggoyang kaki bagi menunggu masa berlalu. Taehyung juga memandang wanita itu dengan pandangan yang tiada perasaan walaupun dirinya sangat panik dan ingin cepat dan marah dengan sifat wanita itu yang tidak melakukan apa sahaja yang dia suruh secepat mungkin.
Selepas wanita itu meletakkan ganggang telefon, dia terus berjalan ke arah Taehyung lalu berkata, "Prof Kim Namjoon nak jumpa awak di dalam pejabat dia."
YOU ARE READING
✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜ
Science Fiction° ᴬ ᴹᴬᴸᴬᵞ ᶠᴬᴺᶠᴵᶜ ᶠᴿᴼᴹ ᴿᴬᵁˢᶻᵞᴰᴬᴵ ° in which his whole existence is a labyrinth. cover made by my best buddy: @cryingat5am Publish : 30/12/2019 End :11/3/2020