Taehyung terkejut dengan pernyataan tu dan dia tak boleh menerima apa yang dia dengar.
Haru sayang Jungkook?
Kenapa semua perempuan sayangkan lelaki ganas tu? Tahulah muka hensem tapi dia lagi hensem kot. Tahulah badan dia on point tapi Taehyung pun mampu bina badan macam tu apa?
"Taehyung, awak kena faham, hanya Jungkook seorang je yang saya boleh relate. Hidup saya dan dia hampir sama. Cuma saya betul-betul membunuh dan dia tak. Sifat empati tu buat saya sayang dia" kedengaran sayu suara Haru yang bergema itu.
"Jadi, informasi yang saya dapat dari Namjoon tu memang betul? Awak memang pembunuh?" Taehyung berkerut.
Pelik baginya seorang pembunuh mengaku salah. Mungkin Haru memang sudah insaf.
"Awak tahu kan saya boleh dengar dengan jelas apa je yang terlintas dalam kepala awak ni?" Haru ketawa perlahan namun bagi Taehyung ianya sangat menyeramkan.
"Jadi, awak memang dah insaf?" Taehyung menginginkan kepastian.
"Kalau awak nak saya jujur, sebenarnya saya tak insaf pun. Tapi awak kena faham sebab pembunuhan saya baru awak faham kenapa saya tak kisah dilabel pembunuh"
Taehyung terdiam. Dia tak tahu mahu cakap apa. Kepalanya kosong. Sebenarnya agak terkejut dengan kata-kata Haru.
"Tapi masalahnya sekarang, kenapa awak kisah sangat saya membunuh ke tak? Sekarang ni awak kena selamatkan kawan awak ni. Walaupun Namjoon dah banyak buat salah dekat saya tapi saya tak sanggup nak seksa dia"
"Saya peninglah dengan awak ni" Taehyung menyerabaikan rambutnya.
Haru pembunuh tapi ada empati dan simpati.
"Awak ingat semua pembunuh ni psikopat ke?" Suara itu kedengaran sangat marah.
"Manalah saya tahu! Saya tak pernah ada dalam situasi macam ni" Taehyung memarahi semula suara itu.
"Penipu"
Angin dingin menyapa kasar badan Taehyung. Dirinya terasa tidak stabil namun kakinya cepat menyimbangkan semula posturnya.
"Apa yang awak tahu tentang saya?" Taehyung memarahi suara itu lagi.
"Awak sedar ke tak yang saya ada dalam kepala awak dan awak ada dalam kepala saya? Saya boleh dengar, boleh lihat, boleh rasa segalanya. Semua rahsia yang awak cuba untuk tanam dalam kepala awak supaya awak tak boleh ingat. Awak fikir, cara psikiatri tu boleh halang saya daripada tahu segalanya? Awak, sebagai seorang pelajar biologi sepatutnya lebih tahu tentang kompleksiti otak"
"Dan saya sebagai pelajar biologi, masih lagi tak faham logik tentang bagaimana kita boleh berkomunikasi di dalam kepala!" Taehyung bercekak pinggang.
Suara itu senyap untuk beberapa saat.
"Kalau awak dapat dengar apa yang saya fikirkan, kenapa saya tak dapat dengar apa yang awak fikirkan? Kenapa saya tak dapat selami memori awak macam mana awak ceroboh privasi saya dengan tengok memori saya tanpa izin. Dengan mengingatkan saya tentang perkara yang saya tak nak ingat!" Bentak Taehyung.
Air matanya mengalir lagi.
"Haru, awak ke..." Taehyung mengelap hingusnya dengan lengan baju.
"Awak ke yang tunjukkan memori saya dengan nenek?" tangan Taehyung menggigil kerana marah dengan wanita itu.
"Ya"
"Kenapa? Kenapa?! Kenapa mesti awak bangkitkan memori lepas yang tak boleh saya nak ubah? Kenapa mesti awak bangkitkan segala perasaan saya pada waktu tu? Perlu ke awak buat saya rasa serba salah lagi? Awak tahu tak penat? Penat saya lupakan benda tu? Saya terseksa. Dan macam tu je awak ingatkan saya balik?!" Suara Taehyung ditekan beberapa kali sehingga beberapa perkataan tidak jelas. Air liurnya juga terkadang menjejeh keluar.
Suara Haru langsung tidak kedengaran buat seketika. Taehyung memperbetulkan nafasnya. Dia cuba untuk bertenang tapi fikirannya bercelaru. Dia tidak tahu apa yang perlu difikirkan.
Isu Namjoon menjadi tebusan lelaki gila itu sudah lama dia ketepikan. Memang pada mulanya fokus utama Taehyung adalah pada Haru. Dia sebenarnya tidak kisah langsung tentang Namjoon. Kalau lelaki itu terbunuh sekali pun, memang padan dengan muka dia.
Taehyung menjerit sekuat hatinya. Tangannya digenggam sekuat hati sehingga titisan darah menitis ke atas lantai yang berdebu itu namun impuls sakit langsung tidak sampai ke otak.
"Saya tak hijack kepala awak malam ni sebab nak bertekak dengan awak. Saya nak awak berfikir waras Taehyung. Saya bukan perempuan yang baik, saya bukan Haru yang awak kenal sebulan yang lepas. Haru yang sebenar ialah seorang yang jahat dan tak berperikemanusiaan. Sama macam Namjoon. Tak, saya lagi teruk!"
"Jadi, saya nak minta tolong sangat sangat dengan awak. Walaupun saya ni jahat, tapi Namjoon dan Jungkook belum sampai lagi tahap kejahatan yang saya dah capai. Kejahatan yang saya dah buat jauh lebih kejam daripada pembunuhan beramai-ramai yang Namjoon dah buat. Apa yang buat tak boleh dimaafkan bukan macam Jungkook yang hanya racun bos awak"
"Saya tahu saya tak ada hak untuk minta tolong awak. Lepas dah susahkan awak, ceroboh privasi awak secara sengaja, komakan awak selama sebulan, saya memang tak ada hak. Tapi, tolong. Jangan buat untuk saya, buat untuk diaorang. Diaorang masih ada peluang untuk berubah. Diaorang masih ada masa untuk perbaiki kesilapan diaorang. Saya, saya hanya ada tali gantung yang tunggu saya di dunia luar."
Bunyi tangisan dan bunyi bisikan silih berganti.
Taehyung yang hanya mendengar tanpa sebarang komen. Walaupun dia sedang marah, tapi dia masih tertanya-tanya kesalahan jenis apa yang membuatkan Haru tidak boleh dimaafkan?
"Haru, saya--"
"Taehyung, masa dah tamat. Awak dah bazirkan peluang keemasan awak macam tu je. Saya minta maaf sangat"
"Haru, tunggu!"
Cahaya cerah memenuhi ruang penglihatan Taehyung menyebabkan dia menutup mata.
Apabila dia membuka sahaja mata, sinar mentari menerangi segenap ruang di dalam ruang tamu itu. Kepalanya terasa begitu selesa namun apabila teringat kejadian malam semalam, dia terus terbangun.
Dia memandang Sara yang masih tertidur dengan mulut ternganga.
Taehyung duduk semula di atas sofa dan tersenyum nipis.
![](https://img.wattpad.com/cover/208152057-288-k655737.jpg)
YOU ARE READING
✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜ
Science Fiction° ᴬ ᴹᴬᴸᴬᵞ ᶠᴬᴺᶠᴵᶜ ᶠᴿᴼᴹ ᴿᴬᵁˢᶻᵞᴰᴬᴵ ° in which his whole existence is a labyrinth. cover made by my best buddy: @cryingat5am Publish : 30/12/2019 End :11/3/2020