Taehyung membawa kotak yang dipenuhi dengan buku laporan sambil membuntuti wanita yang berumur 30-an itu. Wanita itu langsung tidak membawa apa-apa dan tangannya sibuk berada di dalam poket kot putihnya. Taehyung mengeluh.
Tangan Sara menekan punat di hadapan pintu lif kemudian menunggu dengan sabar. Dia memandang ke belakang, memerhati gerak geri lelaki itu. Sara memandang ke hadapan semula.
"Awak ada apa-apa yang belum beritahu pada Namjoon?" soal Sara tiba-tiba.
Apa sahaja yang baru dibaca olehnya di dalam pejabat Namjoon tadi menyebabkan dia faham dengan tindakan Namjoon. Walaupun dia sendiri tahu bahawa dalam kepala lelaki gila itu, dia sendiri masih ragu-ragu dengan keputusan yang dia lakukan.
"Apa maksud prof?" soal Taehyung sambil memandang ke arah Sara.
Taehyung tak faham apa yang Sara maksudkan. Sejak keluar daripada pejabat tadi, kelakuan Sara yang kasar sedikit reda. Taehyung yang ingin mengikut arahan Namjoon hanya membiarkan sahaja angin wanita itu datang dan pergi sesuka hati.
Walaupun dia tak suka cara lelaki itu, dia tetap menghormati lelaki itu sebagai seorang saintis yang bertauliah. Kehandalan Namjoon dalam menjalankan pelbagai eksperimen yang mustahil dan berjaya mendapat keputusan yang memberi kebaikan kepada kemanusian tidak boleh ditolak tepi.
"Maksud saya," wanita itu berhenti dan kemudian pintu lif terbuka. "Tak apa lah" dia terus masuk ke dalam lif dan menekan punat di dalam lif.
Taehyung yang masih tercengang itu bergegas masuk apabila Sara berkata, "tak nak masuk?"
Taehyung hanya memerhati gelagat Sara yang entah kenapa tidak senang duduk itu. Namun apabila mereka sampai di tingkat ground floor, Sara terus berjalan laju menuju ke arah pintu dimana dia tidak masuk semasa dia berada di sini pada hari pertama.
Taehyung yang membawa kotak yang berat itu terpaksa mengejar Sara selepas memperbetulkan kedudukan kotak yang diangkatnya.
Sara terus mengeluarkan kad syarikat miliknya dan meletakkan kad tersebut pada scanner.
"Kad" pinta Sara sambil menghulurkan tangan kepada Taehyung.
Taehyung memandang tangan yang diajukan kepadanya. Tangan Sara pula meminta seperti memaksa.
Taehyung mengeluh. Dia menurunkan kotak yang berat itu perlahan-lahan di atas hujung jari kakinya supaya mudah untuk dia angkat nanti. Kadnya yang tergantung pada leher diambil dan diserahkan kepada wanita dihadapannya. Badan dibongkokkan sekali lagi dan dia mengangkat kotak itu dengan penuh kepayahan.
Kad itu discan sepintas lalu dan pintu yang menghubungkan Black Zone dan zon yang lain itu terbuka luas. Seperti biasa, asap putih yang sejuk menjemput mereka masuk ke dalam. Suhu bilik itu sejuk berbanding biasa kerana kewujudan ais kering yang diletakkan di merata tempat bagi mengurangkan tindak balas radioaktif bahan yang berada di dalam zon itu.
Sara terus berjalan ke hadapan meninggalkan Taehyung keseorangan. Taehyung yang masih teruja dengan apa yang dia sedang lihat sekarang tidak perasan bahawa Sara sudah meninggalkan dia.
Sedang dia seronok melihat kecanggihan alatan di dalam zon itu, dia secara tidak sedar telah meletakkan kotak yang berat itu di atas salah sebuah meja yang berada di hadapan yang Namjoon gunakan bagi membuat mesyuarat bersama para saintis yang bertanggungjawab di Black Zone.
Bercerita tentang saintis lain, sejak dari tadi, selepas Taehyung keluar daripada pejabat Namjoon, tiada satu batang hidung manusia pun yang dia terserempak. Suasana di dalam bangunan ini sunyi sepi sebaik sahaja Namjoon melaksanakan Code Z yang langsung dia tidak tahu itu.
Sedang dia memerhati ruang yang luas disekelilingnya, matanya menangkap satu imej yang sangat dia kenali. Jantungnya berdegup kencang apabila simbol itu terpempang di hadapan matanya.
Dia mendekati simbol itu lalu menyentuhnya. Tiada apa yang berlaku. Simbol yang diperbuat daripada bahan logam itu beku dan sejuk akibat suhu yang sangat rendah disekelilingnya.
"Taehyung sshi, awak pergi mana tadi?" Wanita bernama Sara itu muncul kembali di sebalik dinding.
Taehyung langsung tidak mengendahkan kedatangan wanita yang sombong itu. Dia terus cuba untuk mencari simbol yang sama di sekitar Black Zone. Seperti yang dia sangka, simbol itu bersepah di dalam ruangan itu.
"Ini simbol apa?" Taehyung menundingkan jarinya ke arah satu simbol yang terdapat di atas meja mesyuarat dimana dia meletakkan kotak berisi buku laporan tadi.
"Itu simbol rasmi syarikat. Tapi Namjoon guna untuk Black Zone sahaja. Kenapa tanya?" Sara mengangkat kening.
Sara tidak hairan kalau ada saintis yang tidak mengenali simbol yang menjadi identiti syarikat kebanggaannya itu.
"Apa maksud simbol ni?" Soal Taehyung lagi.
Kali ini, dia lebih bersungguh. Dia berjalan dan berdiri betul-betul di hadapan Sara. Tubuh Taehyung yang tinggi dan agak berotot itu menyebabkan wanita itu mengambil selangkah ke belakang.
Sara meneguk liur. Dia memandang ke arah simbol yang berada di atas meja itu.
"Jawab!" Taehyung bertegas.
"Okay, okay!" Sara melangkah ke belakang dengan wajah yang takut.
"Naga yang makan ekor sendiri ni maksud dia roda yang berputar di antara hidup dan mati. Manusia akan sentiasa dilahirkan dan bila sampai masa mereka akan mati. Ianya juga bermaksud kebaikan dan kejahatan yang sentiasa bersandar antara satu sama lain. Tak boleh ada lebih kejahatan atau lebih kebaikan dalam dunia ni. Sama macam fungsi Black Zone. Tempat ni adalah dimana kejahatan itu berjalan. Tapi, daripada kejahatan itulah kebaikan yang membantu manusia muncul."
"Naga yang berlilit ada tanda salib itu pula melambangkan kegagahan syarikat ini. Nagakan melambangkan kekuatan dan keabadian. Tanda salib itu pula adalah supaya staf syrikat ingat bahawa sekarang kita sedang menjalankan amanat tuhan untuk memperbaiki kemanusiaan. Mahkota pada naga tu pula menunjukkan kemegahan syarikat yang tidak pernah terpesong daripada tujuan sebenar syarikat ini ditubuhkan, iaitu menambah baik kemanusiaan."
"Puas hati awak?" Sara memeluk tubuh.
"Semua orang tahu pasal simbol ni?" soal Taehyung.
"Tak semua. Sebab, bukan calang-calang saintis boleh masuk zon ni" Sara membalas.
Taehyung mengangkat kening.
YOU ARE READING
✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜ
خيال علمي° ᴬ ᴹᴬᴸᴬᵞ ᶠᴬᴺᶠᴵᶜ ᶠᴿᴼᴹ ᴿᴬᵁˢᶻᵞᴰᴬᴵ ° in which his whole existence is a labyrinth. cover made by my best buddy: @cryingat5am Publish : 30/12/2019 End :11/3/2020