26

588 75 38
                                    

Taehyung membuka mata. Badannya terasa begitu ringan. Tiada lagi rasa sakit yang melampau. Namun dia langsung tidak mampu menggerakkan anggota badannya.

Matanya berpinar apabila satu cahaya menerangi tempat itu.

"Kau okay?" suara Haru yang amat dia kenali buat pertama kalinya menyebabkan hatinya terasa terpujuk.

"Tak" balas Taehyung kemudian tersenyum.

"Aku dah mati ke?" soal Taehyung beberapa saat selepas itu.

"Hampir mati" Haru membalas dengan bunyi sengihan.

"Kau buat apa sampai aku tak mati?" Taehyung berkerut.

Badannya yang seakan terapung itu dibiar begitu sahaja. Entah kenapa, terasa begitu selesa dalam keadaan begitu.

"Aku cuma rehatkan kau dalam mimpi kau sendiri" balas Haru.

"Maksud kau?"

"Kau masih dipukul kuat Taehyung, nafas kau lemah, nadi kau perlahan, darah kau banyak hilang tapi tapak tangan kau masih pegang kemas kepala perempuan tu. Jujur aku kata, aku cemburu"

"Kau cemburu dengan Sara?" Taehyung pula yang tersengih.

"Tolonglah, kalau boleh, aku nak sangat berada di dalam dakapan kau, dibawah senyuman hangat kau yang bentuk kotak tu, bersama-sama kau. Sebab kau seorang je yang layan aku seperti manusia walaupun aku tahu yang kau hanya mempergunakan aku"

"Aku... aku tak pernah tahu" perasaan serba salah terbit di dalam hati Taehyung.

Haru baru confess pada dia ke?

"Come on, Taehyung. Aku hanya boleh lihat warna aura kau yang pelik. Bila kali pertama aku tengok kau dalam bentuk manusia, bila aku dapat tatap wajah kau, bila aku dapat sentuh rambut kau instead of rasa kehangatan tangan dari the other side of that thick glass, aku rasa macam dunia ni aku yang punya. Kau tak dapat bayang kebahagiaan aku"

"Sampai macam tu sekali?" Taehyung tergamam dengan kejujuran wanita itu. Walaupun dia hanya berterus terang di dalam kepala dan bukan secara berhadapan.

Taehyung dapat rasakan muka Haru sekarang sudah merah padam walaupun tona suara dia kedengaran tenang.

Entah kenapa, dia terasa begitu rindu dengan Haru walaupun dia baru sahaja berjumpa dengan wanita itu semalam.

"Taehyung, aku tahu, aku bukan orang baik. Aku bukan jenis wanita yang kau suka. Tapi, aku tak tentu arah bila kau ada dengan aku dalam bilik tu. Perasaan tu tak sama macam apa yang aku rasa dengan Jungkook, apatah lagi Namjoon" suara Haru kedengaran mengeluh.

"Haru, kau tahu kan ini bukan masa yang sesuai--"

"Aku tahu, ini bukannya waktu paling sesuai untuk kita berbincang tentang hal ni. Lagipun, kau dah tahu latar belakang aku. Kau perlukan masa untuk terima aku seperti mana kau pernah dulu"

"Aku perlu bangun. Aku kena buka mata" suara Taehyung seakan merayu.

"Kau pasti kau dah habis berehat?"

"Aku perlu jumpa kau, supaya hal ni boleh settle cepat. Supaya aku boleh proses kewujudan kau dan balas apa yang sepatutnya aku balas" Taehyung seperti mahu menangis.

Rasa serba salah dan amarah bercampur dan Taehyung tidak mampu menginterpretasikan apa-apa. Dia hanya mahu bangun dari mimpi ini.

Taehyung menutup mata.

Samar-samar, kedengaran suara Sara yang menjerit namanya berulang kali dia dengar. Rasa sakit dan kebas dialami kembali. Rasa hentakan kuat yang serba sedikit mengikis dagingnya juga menyebabkan ngilu, juga menyedarkan dia dari mimpi.

Dia berganjak ke tepi walaupun kudratnya tidak mengizinkan.

Kayu besbol berpaku itu menghenyak lantai dan beberapa paku terpelanting.

Taehyung mengalihkan badan Sara dan menlindunginya daripada paku terbang yang membuta tuli itu.

Paku berkarat itu juga berjaya untuk menusuk ke dalam daging lengan lelaki bernama Taehyung itu menyebabkan dia mengaduh.

"Taehyung! Awak memang nak bunuh diri ke apa?!" Jerkah Sara. Hatinya sakit kerana Taehyung bertungkus kumus menyelamatkannya namun dia tidak mampu berbuat apa-apa.

"Lari" bisik Taehyung pada telinga Sara.

Kakinya yang berat diangkat, mendirikan badannya yang terhuyung-hayang.

Sara memimpin Taehyung yang cuba berdiri sendiri namun ditolak kasar oleh lelaki itu sehingga terjelopok jatuh.

"Itu je yang kau ada? Kayu dengan paku?" Provok Taehyung.

Walaupun dia tahu ini bukanlah masa yang terbaik untuk memprovok, tapi dia perlu lengahkan masa untuk Sara melarikan diri.

Lelaki misteri itu mendiamkan diri. Wajahnya disebalik topeng itu seperti tersenyum mengejek.

Tangannya dihayunkan lagi. Kali ini, tepat pada muka Taehyung.

Sara yang berada di atas lantai cuba untuk menghalang kayu itu daripada mendarat pada muka Taehyung namun perkara yang langsung dia tidak jangka berlaku.

Tangan Taehyung menghentikan sendiri kayu besbol berpaku itu. Telapak tangannya tertusuk sehingga ada yang sehingga merentasi telapak tanggannya itu. Darah memercik terus pada wajah ketiga-tiga mereka.

Disebabkan lelaki misteri itu juga tergamam, Sara mengambil langkah dengan menyepak terus di celah kaki lelaki misteri itu sebanyak dua kali.

Tangan lelaki misteri itu melepaskan kayu besbol miliknya dan menutup kemaluannya. Badannya perlahan-lahan menutup.

Mengambil peluang, Taehyung memegang pemegang kayu itu dan menghempuk kuat muka lelaki misteri itu sehingga dia terpelanting jauh.

Di tempat lelaki itu jatuh, kolam darah yang keluar dari kepalanya membasahi lantai simen yang berwarna kelabu dan sejuk itu.

Tangan Taehyung yang kebas terlepas bayu besbol. Taehyung tidak mampu rasa apa-apa sekarang. Badannya lemah, nafasnya sesak.

Dia rebah.

Suara Sara yang kuat itu pun dia dengan secara samar-samar.

Dia akan tidur dalam hospital lagi? Dia akan jumpa nenek lagi? Dia akan jumpa Haru lagi? Ataupun, dia akan mati?

Soalan demi soalan menerjah akal fikirannya.

Sara meminta dia terus membuka mata tapi apa gunanya membuka mata tapi nyawa tidak di kandung badan?

Nafasnya berat. Dadanya tidak mahu terangkat, diafragmanya seperti pecah, sangkar rusuknya seperti berkecai, Tulang belakang seperti terpatah dua, dagingnya bersepai disekeliling.

Kepalanya kosong. Tiada lagi suara diri sendiri mengingatkan diri tentang mati.

✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜWhere stories live. Discover now