51

439 57 20
                                    

Dia "Rempuh pintu tu, sekarang!" jeritan tanpa amaran Taehyung diselangi dengan gerakan spontan daripada Jungkook.

Lelaki itu terus merempuh pintu sehingga tercabut kedua-duanya sekaligus menghempap semua orang yang berada bertentangan dengan daya tolakan raksasanya.

"Simbah air kat diaorang!"

"Habis tu, Jungkook macam mana?" Taehyung menyoal separa berbisik.

"Dia kan kebal. Kulit keras macam permata"

"Betul ke ni?" Taehyung masih ragu-ragu.

"Buat aje lah!"

Taehyung teragak-agak menyimbahkan sebaldi air daripada kolam kepada Jungkook.

Kuasa elektrik yang sememangnya mengalir pada pintu yang beru sahaja tercabut itu telah menyebabkan semua yang berada di bawah pintu itu terkena renjatan elektrik. Nasib saja kuasa elektrik itu tidaklah tinggi mana.

Jungkook yang sudah lali dengan renjatan elektrik hanya membiarkan sahaja dirinya direnjat supaya manusia di bawahnya itu tidak dapat melarikan diri.

"Pergi cari power outlet. Blackoutkan tempat ni"

Melihat situasi yang agak kelam kabut itu, Taehyung terus berlari keluar tanpa dikejar dengan membawa baldi berisi air yang tidak terlalu penuh, menuju ke arah stor berdekatan.

Apabila dia terjumpa bilik yang dicari-cari, terus sahaja dia masuk dan menyelongkar kawasan dinding.

Tepat pada jangkaan, power outlet untuk emergency sememangnya berada di situ. Kalau benar telahannya, sistem itu terus bersambung dengan main outlet. Kalau main outlet rosak, satu bangunan akan blackout.

Tanpa berfikir panjang, terus sahaja dia menyimbah air di dalam baldi yang dibawa tadi.

Sesaat selepas itu, ruang yang terang kini menjadi suram. Cahaya matahari yang hampir lari ke ufuk sahaja yang dapat membantu Taehyung mencari jalan keluar.

"Tekan emergency button"

Arahan seterusnya diberikan dengan bersahaja. Emergency button yang sememangnya berada di luar bilik stor ditumbuk kuat oleh Taehyung sehingga bunyi deringan loceng yang menjengkelkan kedengaran. Pancutan air yang dingin pula membuatkan Taehyung terleka.

"Aku dalam perjalanan untuk keluar dengan Jungkook dan Sara"

Laporan itu mengejutkan Taehyung.

"Jangan berangan boleh tak?"

Taehyung berkerut. Macam mana boleh--?

"Kau lupa ke aku boleh baca fikiran kau?"

Taehyung tersengih. Langkah diambil terus ke tangga kecemasan. Kakinya kadang-kadang melompat ke bawah tanpa menghiraukan rasa sakit tumit kaki. Rasa tidak sabar untuk menjadi bebas membuak-buak di dalam hati dan kepala.

Sampai sahaja dia pada pintu lobi, kelihatan sudah berderetan kereta polis dan ambulans terletak tidak jauh daripada pintu depan. Sedang dia berlari ke hadapan dengan senyuman terukir pada wajahnya, tidak sabar untuk berada di dalam dakapan Haru, yang selama ini dia tolak jauh.

Namun nampaknya, tuhan masih mahu dia membalas dosa yang telah dia lakukan.

Lagi beberapa langkah sahaja dia dapat mencapai dakapan Haru sebelum tanah bergegar kuat dan dirinya terasa seperti terjatuh, perasaan yang sudah lama dia tidak rasakan.

"Taehyung!" jeritan Haru tenggelam dengan bunyi runtuhan yang berada di sekelilingnya itu. 

Wajah Haru yang bagaikan mahu menangis dengan tangannya yang menggapai tanpa pertolongan sambil ditarik perlahan oleh seorang pegawai polis, semuanya dilihat perlahan. 

✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜWhere stories live. Discover now