Special pt2

1.2K 76 72
                                    

Open the song above for full experience

1̵̟͔̣̣͍̺̙̭̗̐̄́̅̈́͂͌̃̕5̶̞̳̻͎̮͍͇̍͜ ̷͈̱͖̣́̀̈́̎̏̆͗͆͠y̸̧̛͉͎̝̬̯͒̂̐̐̾̒̀͌͆ę̶͇̟͇̠̭̓̔ḁ̶̰̰̰͋̋͐͌̂̋͠͝ŗ̸͈̂̃̋͐̋̂̊̅͋̂ṣ̴͔̠̼̺̜̽̏̀̿̇ ̸̢̘̞̥̼͎͓̗̩͗́̒́̂͗́͐̀å̵͍f̷̘͎̖̺͇̫̋̐̊̃͠t̵̺͎̬̳͇̜̍̅͘ĕ̴̛͓͠ř̷̜͍͚̮͓̹̬̹̳̄̐ ̸̢̺̬̭̜͓̥̾̽̐̅͗͘͜͜͝͝T̵̡̢̻͖͂̇̌̈́͑͗̕à̶̡̳e̷̹̬̟̤͖̋͛͆̆͛̑́͠ḩ̷̦̪̩̘̺̘̑͋͑̓͋͐͋̀̏͝y̶̨̨̡̩̞̌̎̉͝u̷̧̼̯̠̹͚̪̳̤̝̍̓͒̚ņ̶̖͎̭̝͔͕̦͈̾̂̏̈͗̿̕͠g̵͎̙̬͒̀͊ ̵̺̞͓͇̹͕̄̾͆̉̉͌́́͘ĺ̶̼͇͇̦o̶͈̣̾̂̿̑̚͝s̷͍̿͗̉̽̌̍̕t̴͕̳̉̆̐̓̈́͋̽̀ ̵̧̟̱̂̀͌h̵̢̧͈̲̦̱͂̉̓ḭ̵̼̮͚͔͙̆s̸͖͠͝ ̶̡̡̛̛̦̥͓̱̱̒̊͆̍͌̄ͅs̷̺̯̠͙̘̔̑̓̓i̵͍̅g̶͈̺͊h̴̛͓̯͍̯͑͊̚t̶̨̰͓̹̥͈͎͂̉́̎͂͒͘͜

Taehyung berjalan keluar daripada penjara tanpa bantuan tongkat untuk orang buta. Matanya yang tidak celik itu bukanlah satu kelemahan baginya. Dia boleh melakukan perkara yang orang celik boleh buat.

Keluar daripada penjara itu langsung tidak memberikan apa-apa perasaan kepadanya. Manakan tidak? Hari-hari berkomunikasi dengan kekasih hati, jiwa, jantung, pankreas walaupun berjauhan.

Baginya, buta itu satu rahmat kerana dia tidak perlu melihat muka garang abang polis dan muka gangster tahanan di situ. Bukan nak berlagak, tapi memang nak belagak.

"Appa!" Suara garau yang datang dari arah kiri mengejutkan Taehyung.

Excuse me?! Taehyung masih virgin lagi. Takkan mungkin dia mempunyai anak. Apatah lagi yang sudah besar panjang lagi panjang dari galah.

"Siapa?" soal Taehyung, sambil meraba persekitaran, cuba untuk mengesan tubuh badan si 'anak'.

"Ni Taeyonglah" tegur Taeyong sambil tangannya mencapai tangan penyelamatnya itu. Taeyong tersengih melihat Taehyung yang sungguh keliru dengan keadaan sekarang.

"Sejak bila kau jadi anak aku?" Taehyung mengetuk kepala Taeyong perlahan tanda protes. Buat gugur jantung je confess sebagai anak.

"Alah, Haru omma yang suruh. Lagipun, diakan girlfriend abang" Taeyong ketawa kuat.

Walaupun Haru tidak sampai sepuluh langkah daripada mereka, Taeyong masih mengambil kesempatan itu untuk mengusik pasangan kekasih yang entah kekasih entah tidak.

"Kalau dia mak korang, aku tak terlibat sama. Saya masih suci murni okay?" Taehyung ketawa dibalas dengan pukulan daripada tangan Haru.

Taehyung cepat-cepat menarik tangan itu supaya badan Haru masuk ke dalam dakapannya.

"Long time no see" Taehyung berbisik.

"It's not that you can see anyways" Haru ketawa manja.

"At least I am not crazy" Taehyung memperli.

"Hey!" Haru menepuk kuat dada lelaki poyo ngada-ngada itu.

"But hey, you are crazy" Haru tersenyum nakal.

"Indeed, I am crazy about you" Taehyung mengenyitkan mata walaupun mukanya tidak memandang Haru.

"Astaga orang tua ni. Cari bilik please" Felix menepuk dahi.

"Felix, kau memang langsung tak berubah kan?" soal Taehyung sambil meleraikan pelukan dirinya dengan Haru.

"Buat apa nak berubah? Change is useless when you're happy to be who you are" Felix menyatakan falsafah yang dipetiknya entah dari mana.

"Ceh ayat, macam bagus-bagus je" perli Haechan.

"Bukan memang bagus pun ke?" Soal Felix, mengangkat kening dua kali tanda berlagak.

"Tak elok berlagak, nanti rezeki lari" pesan Sana yang sudah muak melihat perangai kebudak-budakkan Felix yang seperti tiada kesudahan.

"Dah, jom balik. Kalau bertekak kat sini, sampai besok tak habis. Lagipun kaki dah sakit ni" Haru mula membebel. Tangan Taehyung dipimpin ketat. Tidak mahu lelaki itu berjauhan lagi.

"Tae tak larilah, kat mana nak lari pun? Jalan pun tak nampak" Taehyung terhibur dengan gelagat Haru.

"Lari tak lari, nak pegang jugak" balas Haru, tanda geram.

"Omma, tak patah ke tangan abang Taehyung tu nanti?" Soal Taeyong concern dengan tangan Taehyung yang digenggam seperti polis menangkap suspek.

"Hahaha, pangkat Tae masih abang so, Tae lagi muda. Maksudnya masih handsome dan laku" Taehyung memflipkan rambutnya yang baru sahaja dicukur demi keselesaan.

Yelah, bukan boleh cukur sendiri kan?

"Eh orang tua kerepot ni, ada hati kata laku?" Perli Felix yang tak puas hati dengan perilaku Taehyung yang tak serupa bekas banduan itu.

"Eh, awak nak cari yang lain ke?" soal Haru, memandang tepat ke arah muka Taehyung yang undeniably kacak itu. Eh orang tua ni, tak sedar diri baru keluar penjara nak mengurat perempuan lain pulak.

"Nak buat apa cari yang lain, orang lain tu bukannya awak pun."

Felix menepuk dahi pada pintu SUV kepunyaan Taeyong itu. Sana dan Momo pula berfangirl di tempat duduk belakang kerana ayat manis Taehyung membuatkan mereka terlebih excited.

Muka Haru merona merah. Dia ni sejak keluar dari pintu penjara tu lain macam cara cakap. Polis pengawal tu ada ajar dia apa-apa yang pelik ke?

"Yelah, saya ni kan purfect. Manalah nak dapat perempuan macam saya ni lagi. Masih terima awak walaupun umur dah tua bangka" Haru cuba untuk cover malu.

"Hey, takdelah tua sangat! Baru 41 tahun okay?" Taehyung memperbetulkan mentaliti Haru.

"Tualah tu! Rambut pun dah beruban" Haru membiarkan lelaki itu masuk ke dalam kereta.

"Beruban tak beruban, awak tetap sayang saya kan?" Taehyung menyoal Haru, kali ini memandang tepat pada muka wanita itu.

Haru tak menjawab sebaliknya terus duduk di sebelah Taehyung. Aish, pandai pulak Tae nak lemahkan jantung Haru ni!

Sana dan Momo masih lagi menjerit kegedikkan kerana cair dengan kata-kata manis si Taehyung.

Kononnya, bercita-cita mahukan boyfriend sama seperti bakal appa mereka itu. Eh?

"Kenapa tak jawab? Memang tak sayang ke?" soal Taehyung risau tiba-tiba.

Iyelah, Harukan jenis perempuan cakap lepas. Sudahlah pertama kali berjumpa setelah sekian lama, kalau tersalah cakap nanti merajuk sampai tua, siapa yang nak naik pelamin dengan Taehyung nanti?

"Sayang" balas Haru perlahan.

"Apa? Saya tak dengar" Taehyung yang obviously dengar apa yang Haru cakap tersenyum simpul.

"Sayanglah" Haru kuatkan sedikit tonasinya. Mukanya semakin lama semakin merah.

Gila ke tak merah? Confirm Taehyung memang mahu mengenakan Haru. Kalau cakap kuat-kuat nanti mesti budak-budak bawah umur ni dengar. Malulah Haru! Jatuh saham wo!

"Tak dengarlah Haru, maklumlah dah makin tua" Taehyung masih belum mengalah.

"Sayanglah!" Haru sudah sampai ke kemuncak kegeraman.

Ish, nasib baik sayang! Kalau tak dah lama campak kat lautan Pasifik biar tak payah timbul. Biar duduk dekat Atlantik!

Taeyong yang terhibur itu hanya tersenyum melihat gelagat mereka yang berlakon seperti orang tuanya itu.

Kalau bukan sebab mereka, sudah pasti dia masih tersekat dalam tanah bersama Felix dan yang lain.

"Hey, jangan lupa singgah Panda Express. Lama tak makan kat sana."

-

✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜWhere stories live. Discover now