Termasuk kali ini, sudah 10 kali Taehyung melakukan cycle yang sama. Buka, pasang, tembak. Namun, tiada satu pun peluru dimakan oleh sasaran yang berada 100 meter jauh daripadanya. Semua peluru dimakan oleh daging yang tergantung itu.
Taehyung mendengus. Tangannya kebas akibat terlalu banyak melakukan pergerakan dan menahan momentum peluru pada pistol.
Haru yang bosan dengan pencapaian Taehyung hanya berbaring di atas sofa yang tersedia di dalam bilik tersebut. Katanya, selepas Taehyung mampu lencongkan peluru Glock-17, barulah dia mengajar cara kendali senjata yang lain.
Pada masa itu juga, Jungkook memasuki bilik tembakan. Gerak gerinya hanya diperhati oleh Taehyung. Jungkook mengambil sepucuk Smith & Wesson Model 60 daripada rak dan mengisi konsolnya dengan peluru. Ditutup sehingga kedengaran bunyi klik lalu dipusingkan.
Jungkook berjalan ke sebelah Taehyung dan mula menembak.
BANG! BANG! BANG!
Tiga biji peluru dimuntahkan dan semuanya tepat terkena bullseye. Haru yang berada di atas sofa hanya tersengih dan terus membelek pistol.
"Target senang macam tu pun boleh terlepas" kata-kata pedas oleh Jungkook terus menyengat telinga Taehyung.
"Jadi, bila kau nak berlatih untuk lawan dengan aku?" soal Jungkook, meletakkan semula senjata apinya di atas rak.
"Kau yang pakai arena, dia pula yang kau tanya" Haru masuk campur.
"Kau pasti dia boleh kalahkan aku, hyung?" soal Jungkook kepada Seokjin. Dia hanya menghiraukan Haru.
"Bergantung kepada kesungguhan dia dan amarah kau. We never knows what the future holds. Unexpected things happened frequently nowadays so you can never guess" Seokjin hanya mengangkat bahu.
Bagi lelaki itu, dia tidak mahu menaikkan amarah Jungkook dan dia juga tak mahu Taehyung overconfident selepas berlawan dengan Jungkook dalam makmalnya. Biarlah mereka berlawan adil dan saksama dengan emosi yang sama.
"Well, aku rasa better kau start workout sekarang. Sebab Jin hyung akan start kerja lab dia lagi beberapa jam. I don't think you would have enough time to train" Jungkook masih lagi memprovok Taehyung.
Entah kenapa selepas Haru mengambil pihak Taehyung, dirinya terasa serba tak kena. Padahal sudah terang lagikan bersuluh yang lelaki gila dan manja ni bersalah.
"Kalau kau datang sini untuk hancurkan motivasi aku, baik kau pergi berlatih bina badan dalam arena tu" ujar Taehyung dengan suara dalamnya.
"Kau tahu tak kitaorang terpaksa delay operasi ni sebab engkau? Jadi jangan cocky sangat. Aku tak nak pun lah satu kumpulan dengan kau" Jungkook mencurahkan lagi minyak pada api kemarahan Taehyung.
Taehyung hanya mampu diam dengan provokasi Jungkook. Kalau boleh, dia mahu melenting. Namun, lebih baik sekiranya dia selesaikan hal tersebut di dalam arena semasa mereka bertarung. Kalau tidak, peluang untuk dia sertai mereka akan hilang begitu sahaja.
"Sudah. Taehyung, latihan menembak sampai sini je. Pergi arena sekarang. Aku tunggu kau kat sana" Haru berdiri di antara Taehyung dan Jungkook sekali lagi dan meminta Taehyung untuk beredar bagi memulihkan keadaan.
Taehyung mendengus dan meletakkan Glock-17nya di atas meja kemudian berlalu dari situ bersama Seokjin yang hanya mahu melarikan diri daripada suasana tegang di antara Haru dan Jungkook.
Setelah batang hidung kedua-dua lelaki saintis itu tidak kelihatan, Haru terus menolak kasar badan Jungkook. "Apa masalah kau sebenarnya dengan Taehyung tu?!" tengking Haru.
"Apa masalah kau sebenarnya?!" Jungkook yang tidak boleh menerima hakikat bahawasanya Haru berada di pihak Taehyung menolak kembali badan Haru.
"Kau konon tak kasi kebenaran untuk dia sertai kita. Konon takut dia cedera. Tapi kau juga yang latih dia! hypocriticism jenis apa yang kau cuba buat ni?" Jungkook menghamburkan apa sahaja yang terbuku di dalam.
"Kau fikir, aku boleh halang dia daripada tak berlatih?" Haru menjungkit kening.
"Kau sepatutnya buat tak kisah pasal lelaki tu. Apa yang special sangat pasal dia sampai kau angau macam ni?" Jungkook masih tidak puas hati.
"Aku.." Haru terhenti. Dia sendiri tak tahu nak jawab apa.
"Tengok? Kau sendiri terkulat-kulat nak jawab soalan tu" Jungkook menggaru kepalanya kasar tanda pening melihat perangai Haru yang entah apa itu.
"Haru, tolong sedar, kalau bukan disebabkan lelaki tu, kita mungkin dan menang sekarang" Jungkook menekan bahu Haru lalu digoncangkan.
"Tak. Kita tak akan mungkin menang tanpa dia. Kita takkan mungkin menang selagi dia bukan di bawah pengawasan kita" Haru mencerlung tajam memandang Jungkook.
"Kau tak faham lagi ke? Kalau dia pergi ke sana dah mati, kau pun akan mati bersama dia. Aku tak kisah kalau nyawa dia yang malayang tapi, kalau dia bawa engkau sekali, hakikat tu aku tak boleh terima" Jungkook meredakan tonasi.
"Habis tu, kau ingat, dia takkan bertindak ekstrim? Kalau kita tak bagi dia kebenaran sekalipun aku yakin yang dia akan tetap ada dekat sana. At least kalau aku latih dia, dia akan hidup lebih lama. Cuba kau bayangkan kalau kita tak latih dia. Belum apa-apa nyawa aku juga yang melayang" Haru menunduk.
Jungkook tak mampu menjawab. Ada logiknya juga apa yang Haru cuba untuk bentangkan. DIa mengambil dua langkah ke belakang. Muka serius masih dipakai.
"Kalau macam tu, aku akan latih dia combat" Jungkook akhirnya mengalah. Kalau bertekak dengan perempuan, dia tahu dia takkan menang.
"Tapi, kau sendiri kena tahan sakit sebab kau faham kan aku latih diri sendiri macam mana?" Jungkook tersenyum.
"Tahan sakit tu dah biasa. Tumbukan kau pun aku dah lali. Kau rag je mamat tu sampai tak boleh bangun esok pagi" Haru membalas senyuman Jungkook.
"Lagipun, aku dapat rasa yang dia pandai berlawan. Mungkin tak pandai seninya tapi tahu apa yang perlu dibuat" Jungkook berjalan beriringan dengan Haru keluar daripada bilik menembak.
"Well, baru je sekejap tadi dia belasah kau" Haru tersengih.
"Diam" Jungkook yang malu sendiri berjalan laju menuju ke arena meninggalkan Haru di belakang.
YOU ARE READING
✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜ
Science Fiction° ᴬ ᴹᴬᴸᴬᵞ ᶠᴬᴺᶠᴵᶜ ᶠᴿᴼᴹ ᴿᴬᵁˢᶻᵞᴰᴬᴵ ° in which his whole existence is a labyrinth. cover made by my best buddy: @cryingat5am Publish : 30/12/2019 End :11/3/2020