5

1.8K 142 121
                                    

Namjoon hanya menggerakkan kakinya untuk membiarkan dirinya berpusing di atas kerusi pejabat beroda itu. Sedari tadi, dia sedang memerhatikan pergerakan dan perlakuan Haru dari kaca komputer ribanya yang berwarna biru. Baginya, Taehyung masih belum tahu apa akan datang menimpa. Dia sepatutnya lebih tahu bahawa Haru merupakan seorang yang tak boleh nak diagak perilakunya.

Namjoon mengurut kepalanya lagi. Taehyung masih lagi berasa terlalu yakin dalam menjalani hari hari yang akan datang. Kenapa Taehyung fikir dia meletakkan Haru ditingkat paling bawah? Nampak sangat Taehyung seorang yang naif dan tiada pengalaman. Namjoon menepuk dahi sendiri.

Tiba-tiba pintu pejabatnya diketuk dan pembantu peribadinya memunculkan diri dari balik pintu.

"Tuan, laporan untuk spesimen 0001" wanita itu meletakkan helaian kertas yang tebal.

"Terima kasih" Namjoon menyisip sedikit air kopi yang dibuat sendiri.

"Doktor Sara beritahu pada saya bahawa dia ingin mengadakan mesyuarat untuk pelucutan spesimen 0001 dari Black Zone. Dia nak tuan bersetuju tanpa syarat kalau tuan masih perlukan tenaga kerjanya" pembantu peribadinya itu tanpa segan silu memberitahu khabar kurang baik itu kepada lelaki dingin di hadapannya.

"Beritahu dia yang saya masih belum selesai dengan spesimen 0001. Spesimen tu mempunyai banyak potensi yang Sara tak boleh lihat. Saya masih mahu lihat penambahbaikan dalam kajian spesimen 0001. Jangan kata Sara sudah sayang dengan sampah masyarakat tu?" Balas Namjoon, agak pedas.

Kalau diikutkan hati, mahu saja Namjoon bertekak dengan Sara sekarang. Tapi disebabkan wanita itu merupakan penaung terhebat syarikatnya, dia tidak sanggup melepaskan bakat dan ketelitian Sara. Namun, Sara sentiasa menyusahkan dirinya dengan perangai wanitanya yang keras kepala dan kadang-kadang sarkastik. Namjoon juga pernah terfikir, bagaimana nanti jika Sara mendapat jodoh? Sudah pasti dia juga perlu berhadapan dengan lelaki itu kerana Sara sudah menjadi seperti adiknya sendiri.

Namun, perkara yang paling ditakuti telah pun berlaku. Saintis paling berkaliber dalam syarikatnya telah jatuh hati dengan salah seorang atau lebih seoatutnya digelar seekor, spesimen. Namjoon juga sangat berharap bahawa Taehyung juga tidak termasuk ke dalam perangkap cinta.

Seketika kemudian, bunyi derapan tapak kaki yang kuat sudahpun kedenngaran menandakan kehadiran Sara disitu. Sara yang sentiasa memakai selipar tandas ke mana sahaja dia berada, kecuali di dalam makmal kimia, kini berada di hadapan Namjoon dan sedang bercekak pinggang.

Namjoon hanya menumpukan perhatiannya kepada kertas kerja yang diconteng oleh Sara tentang spesimen 0001. Sesekali, matanya melilau ke arah skrin komputer untuk melihat perkembangan Taehyung. Tangannya pula sibuk menulis nota bagi menambah kesinambungan yang ditulis di dalam laporan. Dia sangat pasti bahawa Sara telah membuang sedikit perkembangan positif dan menambah perkembangan negatif di dalam laporan tersebut.

"Apa masalah awak sebenarnya? Jungkook dah lama terseksa. Dia ialah spesimen pertama kita dan dia tidak pernah keluar daripada Black Zone sejak lapan tahun lepas. Awak ni tak berperikemanusiaan ke? Dan lagi satu, dia bukan sampah masyarakat!" Tengking Sara.

Hatinya sudah lama panas dengan perangai Namjoon yang langsung tidak mahu pandang sebelah mata kepada kesemua spesimen mereka. Bukan itu sahaja, dia juga memandang rendah dan membenci setiap satu daripada mereka. Dia akan cuba untuk menyeksa mereka secukupnya sehingga dia puas hati.

Tapi, Sara tidak nafikan bahawa terdapat banyak ubat dan supplement yang dihasilkan disebabkan spesimen mereka banyak membantu dalam menghalang penyakit yang tiba-tiba sahaja tular. Sara juga tidak boleh menafikan bahawa kebanyakan daripada spesimen mereka sememangnya telah melakukan dosa besar.

Tapi Jungkook lain! Dia dituduh, dianiaya oleh peguam dan hakim. Polis juga turut serta dalam cuba untuk menyalahkan Jungkook sedangkan kesalahan Jungkook adalah berada di tempat kejadian.

Tapi kenapa, kenapa Namjoon kata 'yang memberi hukum kepada mereka ialah hakim, kita hanya melunaskan hukuman. Bukankah dia sepatutnya berbangga bahawa dia merupakan penyebab kepada kesihatan manusia seantero dunia' kata-kata itu masih berdesing di telinga Sara.

Namjoon menghentam meja dengan kuat dan membuka cermin matanya lalu membaling cermin mata tersebut ke atas meja, "Saya dah lakukan silap yang besar. Saya tak sepatutnya beri awak kelonggaran untuk berinteraksi dengan dia. Awak tak nampak macam mana dia cuba untuk raih simpati daripada awak?" Namjoon kini berdiri.

"Apa sebenarnya yang awak mahukan Sara? Saya masih tak faham kenapa awak masih mempercayai makhluk tu lagi. Sekarang dia bukan manusia, dia makhluk! Dan orang yang menjadikan dia sebegitu rupa ialah awak! Sekarang awak mahu salahkan saya pula? Awak sudah berikrar untuk sentiasa setia dengan saya tapi sekarang awak mengugut saya dengan pemberhentian awak? Awak jangan buat lawak!" Namjoon menunding jarinya ke arah Sara.

Rambutnya diserabaikan. Fikirannya bercelaru. Dia tidak mahu kelihangan Sara sebagai seorang rakan kongsi. Aset yang berada pada Sara sangat banyak untuk dilepaskan.

Sara mendekati Namjoon dengan mata yang berair. Bunyi hentakan selipar tandas yang kelakar bukan lagi satu isu. Satu tamparan kuat dihadiahkan kepada pipi kanan Namjoon. Namjoon tercenggang apabila pipinya terasa panas. Dia memandang Sara dengan rasa marah, geram dan tak puas hati.

"Awak jangan nak kurang ajar! Selepas apa yang saya dah korbankan untuk karier saya dan untuk syarikat ni, sanggup awak cakap macam tu dengan saya?" Sara masih lagi tidak percaya dengan tingkah laku lelaki yang berada di hadapannya kini.

"Awak tahu? Berhenti sajalah. Saya dah malas nak layan drama pukul 7 awak dengan spesimen 0001 tu. Tapi awak kena ingat, kalau awak nak ugut saya dengan pemberhentian awak, 0001 akan saya seksa dengan lebih lagi, sampai dia lupa diri, lupa awak, lupa dunia. Awak kena ingat, kuasa di tangan saya. Saya penentu hidup mati mereka" Namjoon menghentam meja dengan kuat sambil matanya terbelalak merah, tanda dia sudah hampir hilang sabar dengan wanita ini.

✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜWhere stories live. Discover now